[Info] Macam Mana Nak Detect Kamera Tersembunyi Dalam Fitting Room?
By Mysara Newrie - Wednesday, June 02, 2010
Salam. Hari ini aku nak kongsi sedikit info dekat korang semua, expecially yang girls macam kita-kita nie. Hehe :D
Selalu kalau pergi fitting room kan, nak tukar baju kan? Yelah ~ Nak test-test baju atau seluar sebelum beli. Sejujurnyalah kan, aku tak suke pergi fitting room untuk mencuba baju-baju baru. Sebaliknya ~
Haha :D Yeah ~ Tak perlu bagitahu sebab korang sendiri dah tahu kan? Haha :D Eh eh itu adik aku ok? Jangan nak kata aku bukan-bukan pulak !
Tapi kadang-kadang perlu jugak untuk kita test-test dulu. Kang salah beli saiz, mengalir lesu je air mata tu kan. Hehe :) Sape yang bengkak mata, kau jugak. Hehe
Pernah tak terfikir, masa kita tengah tukar-tukar baju, kot-kot lah ada orang mengintai kita? Ada orang pasang kamera ker ~ Giler punya kerja. Yelah ~ Sekarang ini kan dah maju dan moden. Benda-benda yang tak logik akal pun boleh berlaku. =.="
Lepas tu, orang yang tak ada hati perut tue, pergi pulak sebar-sebarkan rakaman atau video tutt korang. Heh? Tak ke malu tu? Haih ~ Kerana tindakan orang yang tidak bertanggungjawab, kita pulak yang kena tanggung malu. Maruah kita dah tercalar =.="
Oklah ~ Selalunya kita tak sedar pun yang ada kamera tersembunyi di dalam fitting room kan? Maka dengan ini aku rasa nak kongsi info ini dengan korang. Hehe :D Aku amik ini dari blog Cik Yani . Tepuk tangan amai-amai kat die :D
Masuk dalam fitting room macam biasa. Tapi pastikan HP korang berfungsi tau, maknanya ada line nak call orang. Duduk/Berdiri depan cermin dalam fitting room tu dan try call sape-sape. Kalau tak dapat call, SAH ! Memang ada kamera tersembunyi dalam fitting room tue. Hal ini disebabkan oleh campuran optic fibre semasa pertukaran signal. Wallahualam ~
Hah ~ Dah tahu pasal ini, sila-sila lah sebarkan yer kepada adik, kakak, kawan, mak-mak, sedara-sedara, sepupu papat dan sewaktu dengannya. Bukannya apa. Demi keselamatan dan maruah orang yang tersayang jugak kan? :)
p/s : Still dengan pendirian tak suka test-test baju nie :)
28 comments