Salam. Hari ini aku rasa aku nak cerita pasal kisah cinta (monyet) aku. Haha ;D
Weh ! Sape die yang tanya soalan ini? Baik ngaku cepat ! Haha ;D BTW Thanx kat Annoy nie sebab membuatkan aku teringat dekat kenangan-kenangan cinta aku yang lepas. Hehe ;D
Kisah cinta lapuk ini sangat panjang. Harap bersabar :)
Darjah 5, aku pindah ke Besut, Terengganu. Ikut ayah aku =.=" Masa tu aku masuk English Club. Kebetulan perjumpaan petang tu, teacher just suruh buat aktiviti bebas. Apa lagi, budak-budak ini pun bergurau-senda lah ~
Masa ini lah aku berkenalan dengan seorang budak laki yang muka ala-ala Chinese sikit. Haih ~ Asyik tersengih je aku ini. Haha ;D Let me call him Ajim ok? Dia anak orang kaya. Hehe :)
Masa aku duk gelak-gelak dengan kawan-kawan, aku perasan dah die asyik duk tengok aku jer. Weh weh ! Aku bukan perasan ok? Tapi aku memang perasan yang die memang tengok-tengok aku. Heh? Ayat apa nie? Haha ;DDD
Maka bermula dari hari itu, aku usha dia dan die usha aku. Aku kelas 5 Seroja 1 dan die 5 Seroja 2. Memang tak sekelas lah kan? Jadi waktu rehat je lah yang ada untuk aku dengan dia berjumpa. Eh masa ini jumpa dari jauh taw ~ Tak cakap-cakap pun. Hehe :D Malu dan berdebar-debar taw ~ Haha ;D
Tapi entah macam mana entah, tersebarlah berita antara aku dengan Ajim ini. Ya Allah ~ Memang kecoh giler masa tue. Kiranya aku dengan Ajim ini hot couple lah masa tue. Haha :D
Dah aku cakap hot couple, haruslah semua orang duk bising-bising dan bercakap-cakap pasal aku kan? Alah ~ Tak kan korang tak pernah rasa kot benda-benda macam ini kat sekolah? Haha ;D
Yang aku hairannya, macam mana berita ini boleh tersebar dekat sekolah. Sebab aku dengan Ajim ini tak pernah declare pun kitorang couple. Haha ;D Just yang aku tahu ialah aku suka Ajim dan Ajim suka aku. Itu je ~ Tapi berita pasal ini telah berjaya buat kawan-kawan aku secara tidak langsung macam cacing kepanasan sebab aku dengan Ajim ini. Haha ;D
Kalau pergi mana-mana jer, mesti ada jer bunyi "..Fewwiit ! Mai tu ~ .." Haih ~ Mula-mula memang malu lah weh ~ Tapi dah lama tu macam dah biasa dah. Perkara ini berlanjutan agak lama jugak lah ~ Aku rasa sampai kitorang Darjah 6 kot. Hehe
Masa berita aku dengan Ajim ini tengah hot, terdengarlah ura-ura yang mengatakan ada sorang budak perempuan ini, Syakirah, budak kelas Ajim, cemburu dengan aku. Kah kah kah ! Weh ! Darjah 5 baru tahu tak ! Tapi dah pandai nak bercemburu buta dan bercinta ! Haha ;DDD Sumpah lawak weh !
Ada sekali tu, geng-geng aku terjumpa satu surat cinta dari Syakirah untuk Ajim. Haha ;D Kantoi betul lah ~ Aku sendiri baca surat tue. Dia cakap dia cemburu dengan aku sebab Ajim tu syok kat aku. Dia kata die suka sangat-sangat kat Ajim. Haih ~ Masa tu aku dah rasa tergugat taw sebab aku tahu aku ada persaingan. Haha ;DDD Tapi nak buat macam mana kan? Ajim still dengan aku jugak dan aku dengan Ajim jugak.
Naik Darjah 6, cerita pasal aku dengan Ajim ini dah kurang sikit hot dia sebab dah digantikan dengan beberapa pasangan couple yang baru. Haha ;D Tapi kalau ada apa-apa berita pasal aku dengan Ajim memang cepat lah tersebar. Haha ;D Even cikgu-cikgu aku pun dah tahu pasal hal aku dengan Ajim. Hehe :)
Masa Darjah 6 aku dengan Ajim sekelas. Kebetulan pulak masa tu ada 40 orang dan hanya 15 orang je budak perempuan. Jadi seharusnya budak perempuan kena ikut peel perangai budak lelaki lah ~ Alah ~ Masa tu kan baru Darjah 6. Peduli hape kalau nak lari-lari dalam kelas sambil angkat kain. Haha ;DDD
Tahun 2004 tu aku dengan Ajim memang dah start cakap-cakap dah. Yelah ~ Sekelas kan? Tiap-tiap petang selalu stay back sampai pukul 4, buat homework sama-sama bawah payung, makan tengahari sama-sama dekat kantin, study sama-sama. Eh bukan aku dengan die je lah ~ Kitorang study dan makan tu ramai-ramai ok? Hehe :D
Masa tu memang best. Tak ada istilah control ayu dan control macho. Apa kau nak buat, buat je ~ Haha ;D Aku usik dia, dia usik aku :) Gitulah seterusnya sampailah kitorang habis UPSR :)
Masa dekat-dekat nak UPSR, cikgu tukar kedudukan kitorang. Kebetulan pulak guru kelas aku masa tue, Cikgu Mashitah tahu pasal aku dengan Ajim ini. Jadi dia suruh Ajim duduk belakang aku. Walaweh ~ Super gamat giler dalam kelas masa tue. Haha ;D
Starting for that day, Ajim selalu usik-usik aku. Tendang-tendang kerusi aku. Haha ;D Aku nak balas pun tak boleh. Haih ~ Tapi aku dengan die tak khayal ok? Kitorang sama-sama study tipa-tiap petang dan akhirnya dapat straight A dalam UPSR
Masa die pergi lawatan ke KL untuk budak-budak lepas UPSR, die ada belikan aku hadiah taw ~ Alah ~ Yang ada jual kat Melaka tue ~ Yang signboard untuk letak depan pintu tu ~
Hah ~ Macam inilah ~ Yang colour biru, coklat dan hijau tu anggap macam pulau ok? Ada tulis perkataan 'Kepada sayangku, Mysara'. Ok apa perasaan korang bila terima hadiah macam ini ketika anda berumur 12 tahun? Rasa macam kelakar giler kan? Haha
Then naik Form 1 aku dengan dia lost contact terus. Just dengar-dengar je khabar dari kawan-kawan aku yang lain. Dan sekarang ini aku dengan dia terjumpa balik kat FB. Hehe :) Dia dah ada makwe baru. Makwe dia tu adalah kawan kepada kawan aku semasa di Sester dulu.
Bila teringat kisah cinta monyet aku ini, aku rasa kelakar sangat-sangat. Yelah ~ Baru Darjah 5 weh ! Haha ;D Tapi aku rasa inilah kisah cinta monyet aku yang paling kelakar + sweet + tak logik pernah aku alami. Haih ~
Sepanjang aku taip entry ini, aku asyik tersenyum jer. Haha ;D Haih ~ Kenangan banyak mengajar aku pada hari ini ;)
16 comments