Medical Check Up Pada Hari Ini :)

By Mysara Newrie - Wednesday, June 02, 2010



Salam. Yahoooo ! Hari ini aku dah buat medical check up dah ! Hehe :D Sukanya hati aku ini sebab dah selesai dua perkara penting yang melibatkan persiapan ke UiTM. Hehe :)

Cuma yuran pendaftaran je aku belum bayar lagi. Takpe lah ~ Nanti dah balik Terengganu nanti, aku boleh bayar. Alah ~ Bayar pakai on9 boleh bah ! Huhu ~ Dah tersasul cakap ala-ala Sabah pulak. Hehe :p

Aku bangun 6.30 pagi, mandi-mandi semua. Pergi ke RSAT dalam pukul 8 pagi tadi. Mula-mula pergi amik darah. Haih ~ Bila sebut je kena amik darah, aku dah lembik lutut dah. Bukannya aku takut cuma aku rasa fobia je bila kena amik darah.


Yelah ~ Dulu masa aku suspek denggi, dalam seminggu tu, 4 kali aku kena amik darah. Sampai lebam-lebam aku punya tangan ini =.=" Tapi nak buat macam mana kan? Haih ~ Nasib badannn. Bila dah amik darah, aku rasa lega sangat-sangat ! Haha ;D Suke weh sebab darah aku dah amik dah. Lepas ini dah tak payah dah. Hehe :)

Parents aku pun amik darah jugak sebab kebetulan aku dah kena, baik amik darah diorang jugak kan? Lagipun buat kat RSAT ni free of charge ! Hehe :) Tak payah bayar-bayar dan cepat jer. Kau datang RSAT terus je masuk dalam bilik. Kan menjimatkan masa tue :)


Lepas amik darah, pergi ke Klinik Kesihatan Putatan pulak sebab nak buat x-ray. Hekeleh ~ Sekejap sangat buat x-ray tue. Kakak kat x-ray tu pun baik jer. Hehe :)

Balik ke RSAT balik. Sekali aku dengar abang kat RSAT tu cakap dekat ayah aku "..Tuan, kena amik darah sekali lagi sebab darah tadi dah beku. Amik darah awal sangat tadi.." GEDEBUM ! Aku rasa aku nak nangis dan menjerit-jerit je masa tue. Hua ! Tak mau lah weh !


Cukuplah weh penderitaan aku kena amik darah nie. Dari aku Form 4 sampailah sekarang. Kena amik darah je selalu. Aku punya tangan ini penuh dengan lubang-lubang jarum Haih ~ Masa tu memang aku rasa nak nangis jer. Huhu T_____T

Dah lepas amik darah, buat urine test pulak. Haih ~ Masa ni aku asyik gelak-gelak je dalam bilik air sebab aku tak rasa nak buang air pun masa tue. Puas dah aku suruh perut aku nie buang air tapi tak pulak. Haha :D Last-last dapatlah jugak walaupun sikit jer. Haha :DDD


Cek gigilah paling aku tak suka. Sebab aku tahu gigi aku ni tak elok. Act gigi aku ni berlapis taw. Doktor gigi tu cakap, lebih baik aku pakai pendakap gigi sebab dengan kos yang aku dapat di U ni (iaitu Public Administrator) akan menyebabkan aku akan berhadapan dengan orang ramai semasa bekerja selepas belajar nanti. Huhu ~ Nampaknya kena pakai braces lah lepas ni :)

Masa kena cek dengan doktor lah yang paling kelakar sekali. Haih ~ Sakit perut aku duk gelak-gelak dengan die. Haha ;D Kebetulan mak aku, staff dia 3 orang dan aku je yang ada dalam bilik tue. Dia pulak sorang je lelaki.


Masa die cek aku punya x-ray ni kan, dia cakap "..Oh ya. Ini x-ray kamu ya.." Aku pun tanyalah dia "..Ada apa-apa yang tak elok ke?.." sambil aku tunjuk kat x-ray aku. Lepas tu kau tahu dia jawab apa?

Dia cakap "..Ini dia ketumbuhan dalam badan kamu.." sambil tunjuk ke sepanjang paru-paru aku tue. Haha :D Apa lagi, tergelaklah kitorang semua dalam bilik tue. Faham-faham je lah kalau perempuan seramai 5 orang duk gelak. Haha :DD

Mak aku tanyalah kat die "..Oh nama kamu Doktor Zulfikri yer.." Lepas tu dia cakap "..Siang saya Zulfikri, malam saya jadi Fifi.." Aku dengan staff-staff dia dah bantai gelak dah masa tue. Aku pun terfikir, eh doktor ni biar betul. Lagipun dia cakap dia bujang lagi. Haha :D


Lepas doktor tu tengok borang-borang aku, dia cakap dengan aku "..Kamu tak ada apa-apa masalah kan? Penyakit kronik ker?.." Aku cakaplah tak ada kan. Die terus amik pen dan tick normal normal normal dalam setiap borang kesihatan aku. Haha :D Bagus bagus. Aku pun dah tak larat dah nak buat ujian semua tue :)

Masa doktor tu tick-tick borang aku, boleh pulak tetiba die cakap dia teringat dekat ex GF dia yang ada kat Kemaman sekarang ini. Haha :D Adoi lah ~ Dah lah muka slumber giler, buat lawak spontan. Asyik nak tergelak je aku ini. Hehe :)

Dah siap-siap semua borang tu dan amik cop RSAT, siap ! Oh senangnya dalam hati. Bila borang dah siap. Hehe :D Atleast 2 dari 3 perkara yang penting aku dah buat dah :)


Sekarang ini aku terfikir, macam mana lah aku nak bawak x-ray yang besar gedabak tu masa nak naik flight dan bas nanti, balik ke Kuala Terengganu? Hurm ~ :?

  • Share:

You Might Also Like

14 comments