Cinta & Suka Itu Ada Bezanya :)

By Mysara Newrie - Saturday, April 17, 2010


Salam. Hari ini hari Sabtu. Maka tak ramai yang on9. Bila ramai tak on9, ramai yang tak berblogging. Bosannya ~ Ada yang pergi dating lah, keluar dengan kawan-kawan lah, berkumpul dengan keluarga lah ~ Macam-macam :)


Aku?
Dari pagi tadi sampai sekarang aku on9 blogger. Hehe :p


Aku nak kongsikan sesuatu yang mungkin menarik perhatian korang. Hehe. Dah baca nie, janganlah salah faham antara suka dan cinta. Kesian kat cinta dan suka sebab telah diperkotak-katikkan oleh orang yang macam kita. Haha ;DDD


*************************************************

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


*****************************************************


Jadi, dah tahu dah apa perasaan korang kat pasangan masing-masing?
Cinta? Ataupun suka? :)


*Dari sumber ini




  • Share:

You Might Also Like

14 comments