Pasar Malam Dungun ; Apa Yang Istimewanya Di Sini?

By Mysara Newrie - Thursday, October 20, 2011


Assalamualaikum :)


Wuaaaaaaaa ~ Sakit sungguh kaki aku nie. Biasalah driving dari KT-Dungun-KT. HAHA :D 1st time kot aku bawak sejauh tu sebab sebelum ni mama aku yang drive. Sejak aku dah boleh drive ala-ala expert nie, mama aku selalu suruh aku bawak kereta -.-


BTW aku dengan mak aku pergi Dungun tadi sebab nak jumpa adik aku, nak kasi dia camera sebab Sabtu ni adik aku ada Dinner. Heeeeeee ~ Dinner doranglah, dinner Form 5. Dinner last dorang. Bapok lah bersemangat adik aku dengan kawan-kawan die nak cari baju untuk dinner tu yang bertemakan warna hitam putih merah. Bagi aku, tema dorang tak best! HAHA :D


Tapi nak buat macam kan? Dah dorang nak tema tue. Bapok semangatlah kawan-kawan adik aku termasuk adik aku sekali sebab aku dengar ada yang sanggup pergi tempah tuxedo! Hoi ~ banyok pitih mu. Habis dekat beratus-ratus ooo. Haha :D


Sampai je kat Dungun, terus pergi makan. Amazinggggggggggly, aku tak habis makan tadi. MUAHAHAHAHAHA :D Kepada kawan-kawan aku yang memang tak percaya apa yang aku cakap, nah buktinya HAHA :D


Sebenarnya aku dah kenyang dah masa ni sebab tu tak habis makan. HAHA :D


Then terus shoot ke sekolah adik aku, Sekolah Menengah Sains Dungun aka SESDU. Bagi camera kat die, borak-borak kejap je sebab adik aku dengan kawan-kawan die ada program apa entah. Biasalah ~ Nak dinner kan? So kenalah buat preparation dulu, hias dewan lah, itu lah, inilah ~ Yang buat aku hanginnya adik aku cakap, ramai giler sponsor dinner dorang. Amboi ~ Dinner kitorang tak nak pulak ada orang sponsor air, makanan bagai? -.-


Lepas tu terus ke pasar malam Dungunnnnn. Sebab apa? Sebab pakcik-pakcik bundle kat situ dah tunggu aku. Haha :D


Pasar Malam Dungun selalunya ada hari Khamis petang sampailah ke Malam Jumaat. Get it? HAHA :D Dalam pukul 4 tu kedai-kedai dah start bukak dah tapi tak banyak lah ~ Kalau pergi waktu malam, kedai dah banyak bukak. Oh forget to mention, senior aku cakap, Pasar Malam Dungun adalah yang paling besar sekali di Malaysia. Hehe :) Ye ker? Wallahualam


Macam aku dengan kawan-kawan aku, kitorang suka pergi pasar lepas Asar. Tak pun kitorang sembahyang Asar dekat Masjid Biru atau surau tue. Sebab kitorang tak suka pergi pasar waktu malam walaupun namanya adalah pasar malam sebab yelah ~ malam kitorang nak rehat, lagipun orang ramai and plusss ~ lagipun tak elok lah anak dara bergalok-galok di malam hari. HAHA :D So selalunya, before Maghrib kitorang dah balik kampus dah :)


Sebab kalau aku keluar dengan kawan-kawan aku, kitorang memang bising. 2 meter lagi dah dengar dah suara kitorang. Kalah budak kecik weyhh ~ Tiap kali lalu kat depan orang yang menjual tu, konfem dorang pun nak join sekaki jugak apa yang kitorang borak. HAHA :D


Apa yang bestnya dekat pasar malam Dungun nie? Well ~ Standard lah kan? Dah namanya pasar malam, macam-macam ada. Tapi bagi aku dengan kawan-kawan aku, pasar malam Dungun ibarat shopping mall bagi kitorang sebab ada bundle! :D

Yeay yeay ~ Bundle best! Haha :D Sebab kat sini kau boleh dapatkan baju, seluar, cardigan, gaun, skirt, tudung, beg, kasut semua dengan harga serendah RM2 je! Contoh, kalau baju pulak, 2 helai RM5. Kau bayangkan kalau kau bawak RM20. Dah berapa helai dah kau boleh beli :)


Lepas tu pulak, baju-baju die pulak memang cantik-cantik. Tapi dengan syarat, kau kena pandai pilih lah ~ Nasib kau, dapatlah baju yang cantik-cantik dan apabila kawan-kawan kau tanya "Eh eh ~ Cantiknya baju kauu. Kau beli kat mana?" Dan dengan bangganya kau jawab "Kat bundle jeee" sambil kelip-kelip mata. Haha :D Dah banyak kali dah aku kena macam tue :)


Tapi aku dengan kawan-kawan aku tak adalah tiap-tiap minggu pergi beli kat bundle nie! Habis lah duit PTPTN kitorang tu duk shopping kat bundle jee -.- Tengok moodlah ~ Kalau minggu tu macam tension study ke apa ke, apa lagi, bundle lah jawabnya! Haha :D Tapi aku rasa sem ni lah paling kerap bebenor aku dengan kawan-kawan aku pergi bundle sebab tensennn pasal handle Dinner. Haha :D


Nampak tak abang yang baju gelap tu? Yang ni aku rasa die dapat jadi salah satu istimewanya Pasar Malam Dungun sebab dia ni kelakor lah gak orangnya. Die dengan family die kott jual nasi air, mee sup dan segala jenis makanan yang berasaskan sup. Nasi air aka bubur die sumpah sedap giler! Haha ;D So aku dengan kawan-kawan aku selalu jugak beli dengan die


Bila dah sedap, haruslah kedai dia ramai orang pergi beli kan? Kitorang yang customer ni rilex je dan menanti penuh sabar pesanan kitorang. Tapi abang ni lah ~ HAHA :D Dia macam buat kalut-kalut dia sambil bising giler dengan mulut die.


"Hey menda mu orr? Cik kak ni nok nasi air se!"
"Cik adik manis, tunggu kejap tauu"
"Eh mana taugeh? Aku letok sini tadi!"
"Ok aloh ~ Getah pulak putus. Nak ikat dengan menda?"
"Weyh ~ Mana supikk nak letok nie?"


Itu lah antaranya apa yang abang tu duk bising. Lepas tu bila die cincang isi ayam bagi halus, mau nak roboh satu khemah die tue. HAHA :D


Kalau dah namanya student UiTM Dungun, sape yang tak kenal kan, Pak Cik Maher Zein. Haha ;D Pak Cik Maher Zein nama yang kitorang bagi sebab die ni muka macam Pak Arab sikit. Hehe :) Die ni tokey tudung. Hoi ~ Tudung-tudung yang die jual memang lawa-lawa giler. Memang jenis up to date punya tudung lah ~ Tadi aku pergi pun, ada satu jenis tudung, lawa giler tapi tak sempat nak beli sebab hujan T.T

Antara kedai-kedai yang dibukak. Ok ~ Sepanjang kedai yang sebelah kiri tu kan adalah kedai-kedai yang jual kuih-muih tradisional macam apa ehh? Malas ar nak fikir :p Fikir sendirilah ~ Haha :D Kat sini jugak ada jual lauk-pauk untuk hidangan seisi keluargakan? :)


Kawan aku ni budak Petaling Jaya (kawan-kawan aku rasanya dah boleh agak dah sape kan? HAHA :D) Die cakap dengan aku "Mai boleh tak tolong carikan lada sumbat?" Aku macam blurr lah sekejap. Lada sumbat? Bila kawan aku tengok aku macam blur die pun cakap "Alaaa ~ Yang ada inti kelapa tue.."


"Weyh tu bukan lada sumbat lah ~ Kat sini orang panggil solok lada!" Aku pun apa lagi, duk gelak lah kat kawan aku yang sorang tue. Haha :D Kawan aku tu pulak, pun sama gelak je. Haha ;D

Korang tahu tak solok lada tu apa? Ni haaa


Solok lada ni biasanya dimakan dengan nasi kerabu tapi ada jugak yang makan untuk buat ulam dengan nasi putih, macam kawan aku nie hah :)


Selain dari tu, ada satu kedai pakcik donut nie. Ya Allah ~ Donut die, sumpah sedap giler! Gebu, lembut, sedap, manis ~ Semua ada! Haha :D RM1 dapat 3 biji donut. Kalau yang biasa beli dekat pakcik yang jual dalam UiTM Dungun pada hari Ahad, haa ~ pak cik ni lah yang aku maksudkan tapi aku tak sempat nak amik gambar die. Dia ada jugak buat karipap. Karipap die pun sedap giler! Inti kari kentang. I likeeeeeeee! :D


Antara yang aku boleh rekemenkan kat korang yang pergi Pasar Malam Dungun ni adalah roti boom (macam roti canai tapi ada letak mentega dan kaya dalam dia), coconut shake (air kelapa yang diblendkan sekali dengan susu), potato spring (kentang putar yang dilekatkan kat lidi) dan macam-macam lagi jenis makanan :)

Masa aku pergi petang tadi, kedai-kedai baru nak bukak. Yelah ~ Selalunya bukak awal sebab budak-budak UiTM yang serang dulu pasar malam nie. Haha :D Tapi memandangkan kitorang tengah cuti sem sekarang nie, kedai-kedai pun bukak lewat sikittt


Aku dah lama nak makan benda alah nie. Apam polka dot. Haha :D Aku sengaja beli yang ni sebab comell ~ Warna merah and kuning. Menarik you olllss! Tapi bila makan, aku rasa macam dah tak menarik dah T.T HAHA :D


"Bibik, jangan makan tau apam nie. Nanti die tumbuh dalam perut, die beranak nanti"
"Kenapa?" *muka dah blurr habis*
"Sebab die kan ladybird. Nanti die akan mengawan dalam perut kita"
"Oh iya ka? Nanti perut kita jadi besar ka?"
"Boleh mati pun ada bibikkk"
"Ouh okayy"



Terus aku naik atas bilik sambil gelak sepuas hati aku. HAHA :D


  • Share:

You Might Also Like

6 comments