[Resepi] Famous Amos Cookies! :D

Monday, October 17, 2011


Assalamualaikum

Muehehe ~ Salah satu to-do-list aku cuti sem ni adalah untuk buat cookies, cake or pape sahaja. Dan akhirnya tercapai! Huahuahuahua :D


So semalam aku dengan kazen aku, Intan and Aishah pergi belilah bahan-bahan yang diperlukan. Aku nak buat apa? Chocholate cookies ala-ala Famous Amoussss! :D Mesti korang tertanya-tanya kan macamanalah Famous Amous punya biskut sedap sangat kan? Soooo inilah resipinya! Aku tak tahulah betul ke tak ni resepi Famous Amous tapi memang sedap! :D


Credit to Kak Ynn


Bahan-bahan yang diperlukan ;


  • 250 gram mentega
  • 280 gram tepung gandum
  • 10 gram serbuk koko
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram sebarang kekacang
  • 100 gram chocolate chips
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 esen vanilla
  • 1/2 soda bikarbonat
  • 1 biji kuning telur
  • secubit garam

*Kau ingat aku ikut betul-betul ke sukatan nie? Aku main bedal je berapa gram aku nak letak. Haha :D Asalkan nampak macam adunan cookies, puas hati! :D And one more, kau ingat aku ikut semua ke bahan-bahan nie? Aku tak letak esen vanilla, soda bikarbonat dengan tepung jagung pun. Haha :D Gula kastor? Aku letak gula buat air sudahh. Haha :D


Cara-caranya ;

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sampai kembang. Alaaa kau pukul sampai kau agak-agak die dah gebu tu, boleh lah~ Haha :D Lepas tu, masukkan kuning telur dan pukul lagi sampai adunan tu jadi rata


Tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk koko (yang telah diayak) dan secubit garam dimasukkan dalam adunan mentega tadi secara berpeingkat-peringkat. Kang kalau kau letak semua skali, habis kau mandi tepung kat dapur. Yelah, habis percik semua tepung tu nanti kat muka kauu. Dah jadi macam zombie. Sape nak jawab? Haha :D

Bila adunan tu dah jadi macam keras sikit, kau kenalah gunakan tangan sendiri untuk mengacau adunan tadi. Masukkan chocolate chips dan kekacang tadi ke dalam adunan dan kacau sampai rata. Masa ini memang saborrrrrrrrr jelah sebab adunan tadi dah jadi keras dan tangan jadi lenguh banyakkk T.T


Sudukan adunan tadi dalam dulang yang telah disapukan atau diselekkkkkk dengan majerin. Majerin ni penting sebab tak nak bagi cookies tu melekat kat dulang. Nanti senang lah kau nak amik cookies nie.

Masukkan dalam ketuhar dengan suhu 160 degree. Aku tak berani nak cakap berapa minit nak tunggu sampai cookies ni memasak tapi aku ada satu tipssssss nak kongsi dengan korang! :D


Tak kisah lah kalau masak cake ke, cookies ke, kalau nak tahu samada ia dah masak atau belum, cucuk cake atau cookies tu dengan lidi lepas tu angkat. Kalau korang tengok kat lidi tu adunan tadi macam melekat-lekat lagi kat lidi, tu maknanya tak masak lagi lah. Tapi kalau licin je lidi tu, maknanya cake atau cookies tu dah masaklaaahh! :D


Sooooooooo cookies aku tak cantek lah sebab banyak sangat lubang-lubang aku cucuk. Haha :D Habis semua cookies tu aku cucuk, puas hati aku. Haha :D Cucuk yang tu, cucuk yang nie. Haha :D


TAARAAAAAAAAAAA!

Cookies yang dah siap! :D Sejukkan dulu dan baru masuk dalam bekas kedap udara supaya kerangupan die tu kau boleh rasa. Enak dimakan dengan susu segar yang fresh dari peti sejuk! :D


Selamat mencubaaa! :D


p/s : Aku punya cookies ni macam rapuh sikit. So maybe korang boleh letak lebih sikit kot tepung gandum tue


You Might Also Like

12 comments