Malam ini, macam malam-malam yang lepas. Sunyi, gelap, sepi dan sejuk. Sunyi yang terus menusuk dalam jiwa dan hati. Sejuk yang terus mencengkam sampai ke tulang. Semuanya terlalu sukar
Semakin hari semakin aku tahu. Semakin lama semakin aku buka mata. Dah jelas, orang yang aku harapkan adalah orang yang memang tak boleh diharap. Eh silap. Aku tak adalah harapkan kau sangat punn sebenarnya. Tersenyum sinis aku bila aku fikirkan balik. Tak rugi apa-apa di pihak aku bila aku tolaknya dengan baik
Aku cuma mampu ucapkan syukur kerana aku dapat mengelakkanya awal-awal lagi. Jika tak, pasti aku akan dimalukan dan ditertawakan oleh kau dan kawan-kawan kau. Terima kasih tapi aku rasa aku dah mampu hidu permainan kau dari awal lagi.
Cuma satu sahaja yang aku nak selitkan. Jangan kurang ajar sangat dengan bermain sesuatu yang sangat-sangat sensitif iaitu perasaan. Kerana kelak satu hari nanti, akan ada orang lain yang akan bermain dengan perasaan kau dan nahh ~ baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah
Alasan kau cukup bernas. Sebab nak buat aku semangat yer? Tak perlu lah ~ Aku tak perlu semua benda-benda atau perkara-perkara itu. Selagi nafas aku masih ada, selagi nyawa aku masih terkandung dalam badan, aku akan berdiri dengan kaki aku sendiri, Insyallah :)
Aku tak sedih, tak kecewa malah tak menangis pun. Aku cuma gelak sahaja bila aku tahu hal sebenar dan senyuman di bibir tak pernah putus sebab tindakan aku selama ni betul iaitu mengelakkan diri dari kau. Syukur ~ aku terlepas dari perangkap kau. Terima kasih sekali lagi kerana hadir dalam hidup aku, sekaligus menjadikan kau salah seorang watak antagonis dalam bab cinta aku
Tahniah dan tepukan aku dapat bagi kepada kau atas lakonan dan kata-kata yang kau buat. Terima kasih atas semua perkataan sayang yang kau ucapkan tapi maaf, kata-kata yang kau ucapkan itu tak kemana kalau kau tak mengertikannya
Baik kau simpan sahaja
2 comments