[Tips Blogging] Pentingnya Nama Panggilan Dalam Blog Anda

Monday, October 31, 2011


Assalamualaikum


Okayyy! Hari ini aku rasa macam baik hati je kan nak kongsi tips dan trick dengan korang. Ambuii ~ Dah pandai tau aku ni nak tipu tipu orang. Yelah ~ tricks kan tipu aka helah. HAHA :D


Ok macam mana nak jadi famous kat blog? Muahaha ~ Yelah sekarang ni kan dah ramai giler yang ada blog so secara tidak langsung persaingan tu mesti ada :)


Antara salah satu tips yang aku guna ialah korang mesti ada nama unik korang sendiri. Contohnya macam aku ni hah, Mysara Newrie. Sebut je nama aku, konfem korang akan kenal. Ye dak? HAHA :D


Perasan sudaaaaaaaa -.-


Act nama unik aka nama panggilan ni sangat-sangat penting sebab ianya dapat membezakan korang dengan blogger-blogger lain. Bila dah berbeza dari blogger yang lain, sah sah lah orang akan kenal dengan korang. Dan bila mereka dah kenal dengan kita, senanglah dorang nak search kat Google.


Cuba korang search kat Google nama aku, ada ke tak? Hehe


Aku cakap macam ni sebeb sesetengah blogger yang tak guna nama mereka sendiri. Contohnya dorang guna 'Diary of My Life' Well ~ Masa tu orang yang baru masuk dalam blog kau pun akan tertanya-tanya, siapa di sebalik Diary of My Life nie? Lelaki ke perempuan? Haaa macam tu lah ~


Tapi kalau sebut nama Ceeramoon, Lyssa Seccret, Maria Elena, Shazana Samaluddin, konfem orang dah kenal sebab mereka menggunakan nama mereka sendiri sebagai satu lambang dan simbol kepada identiti mereka sendiri. Dan bila korang guna nama sendiri atau nama panggilan ni, orang akan tertanya-tanya, siapa dia nie? Macam mana kisah hidup die? Haaaaaa ~ Macam tu lah ! :D


Kawan-kawan aku pun dah melekat dengan nama aku, Mysara Newrie sebab ni lah nama panggilan aka nama unik aku di alam maya dan kadang-kadang di alam realiti. Aku tak kisah pun sebab atleast aku tahu, nama aku tu orang tahu :)


So aku galakkan kepada korang yang membaca ni untuk create satu nama panggilan atau nama unik korang sendiri supaya dapat bezakan korang dengan blogger-blogger lain ok :) Nama tu pulak janganlah pelik sangat cuma just nama tue nak ada kaitan dengan korang pun cukuplah


Kalau korang suka makan epal, buat lah Cik Epal. HAHA :D Eh eh ~ Cik Epal tu tak boleh dah sebab die dah guna. So korang boleh lah buat Cik Durian ke? HAHA :D Lepas tu amik gambar tengah pakai maskot durian. HAHA :D Konfem punya orang akan kenal dengan kau dan sekaligus buat kau femessssssssss! :D


Faham tak maksud aku? So kalau faham, apa lagi, kerahkan otak korang untuk mencipta nama korang yang unik! :D


You Might Also Like

8 comments