[Topik] Susah Sangat Ke Nak Ucapkan Terima Kasih? -.-

Sunday, October 16, 2011


Assalamualaikum


Dalam kehidupan seharian kita ni kan, sedar tak sedar kita hidup selesa atas pertolongan orang lain. Tak percaya? Meh sini aku bagitahu korang contoh lah


"Tolong pas kan kunci tue"
"Tolong belikan makanan boleh?"
"Tolong tengokkan carry marks aku boleh?"


Ok lah ~ Yang tu contohnya je lah yang aku dengan roomate-roomate aku dan kawan-kawan sekelas aku buat. Tapi yang paling aku tak berkenan ialah susahnya masyrakat kita nak ucapkan ucapan TERIMA KASIH


Pelik but its true right? Tak percaya? Pergi lah kat pasar basah, tengok keadaan sekeliling kau. Tengok macamana orang sekeliling kau bereaksi antara satu sama lain. Tengok macamana kawan-kawan kau, jiran-jiran kau macamana dorang berinteraksi antara satu sama lain


Masyarakat sekarang macam pandang remeh dengan ucapan terima kasih. Tapi aku tak. Bagi aku, bila seseorang itu memberikan ucapan terima kasih, aku rasa macam dihargai sangat-sangat walaupun pertolongan tu tak adalah seberapa sangat pun. Tapi tu lah ~ Terima kasih mampu buat seseorang itu rasa lega dan gembira :)


Aku bagi contoh ehh. Kawan kau mintak tolong hantarkan kau ke kedai lah contohnya. Lepas tu bila dah drop kawan kau tue, kawan kau tu main blah macam tu je. Apa kau rasa? Bengang sikit kan?

Lepas tu, situasi lain. Kawan kau mintak kau tolong belikan makanan. Kau pun tolonglah belikan kat kawan kau. Kawan kau just amik makanan tu dan blah macam tue. Apa kau rasa? Mesti kau rasa macam nie kan


"Amboi mintak tolong pandai pulak. Terima kasih tak ada punnn"


Aku bukannya apa. Kita dah mintak tolong dengan orang tapi kita tak ada pun ucap terima kasih kat orang yang dah tolong kita tu. Weyh ~ walaupun pertolongan itu hanya seciputt macam semut tapi susah sangat ke nak ucapkan terima kasih?


Aku sebenarnya dibesarkan dalam suasana yang sangat-sangat menghormati orang lain dimana, jumpa orang yang lebih tua, kena senyum ataupun bagi salam. Kemudian, kalau nak mintak apa-apa, kena dahulukan perkataan TOLONG dan disudahkan dengan TERIMA KASIH


Memanglah mula-mula susah, leceh lah ~ Tapi lama-lama dah jadi habit dan kebiasaan. Sebab tu lah kadang-kadang ada gak aku tegur kawan-kawan aku. Entah sape entah yang aku tegur pasal nie sebab aku tak ingat. Haha :D


So lets begin our life today with saying THANK YOU to others when they help us! :D Lagipun orang Melayu kan terkenal dengan sifat lemah lembut dan saling hormat-menghormati. So marilah kita wujudkan suasana tu balik :D


Korang ada pengalaman tak yang nak dikongsi pasal ucapan TERIMA KASIH ni? Meh meh share! :D



p/s : Mintak maaf kalau ada yang terasa. Aku bercakap just in general :)


You Might Also Like

12 comments