[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, October 19, 2011

Makan-Makan Di Killiney :)


Assalamualaikum :)


Petang tadi mak aku ajak keluar jalan-jalan. Biasalah ~ Aku dengan mak aku memang kamceng bab-bab nak habiskan duit minyak kereta nie. Haha :D Entah ke mana entah hala tuju kitorang pun tak tahu -.-


Mula-mula pergi bandar sebab mak aku nak tukar tudung dia. Act petang semalam, aku belanja mak aku beli tudung Ariani sebagai hadiah hari jadi mak aku 1st October hari tue. Aku budget mak aku amik sehelai jelah, sekaliiiiiiii die amik dua helai! Amboi makk ~


Memandangkan masa tu aku kat kampus lagi, so aku just nyanyikan lagu Happy Birthday je lah kat die melalui tepon. Kau tahu apa mak aku cakap lepas aku nyanyi?


"Tok soh nyanyi lah ~ Suara awak tu dah lah serak-serak basah"


T______________T Haruslah begini kan? Haha :D Tapi mak aku cakap sambil die gelak-gelak lah ~ Eleh mama, padahal Sara tahu kan mama terharu? Muahahaha :D


Lepas tu, pergi jalan-jalan bandar Kuala Terengganu yang terchentaaaaa tu. Bapok banyak giler kereta tapi pedulikk apa aku. Dalam otak aku duk fikir, nak pergi manalah kitorang nie -.-


"Mama jom pergi Vincci"
"Jomm!"


Amendanyaaaaaa? Pusing dekat 2 round sebab nak cari parking, sekali takdok pun -.- Tensen aku dengan KT nie. Parking bapak susah giler nak dapat T__T Last-last sekali tak jadi pergi Vincci tapi pergi kat kedai kasut lain.


Masuk farmasi, mak aku beli vitamin apa entah. Aku nak beli, mak aku tak kasi sebab die cakap "Awak muda lagi. Jaga badan je dulu, baru makan vitamin" Amboi makkkk ~


Then lepas tu makan timeeeeee! Lapor lah weyhhh. Nak cari kedai makan yang best-best pun tak tahu kat mana. Weyh sumpah blurr giler tadi.


"Makan kat mana nie?"
"Mama, jom makan Bistro!"
"Tak nak ~ Tempat lain lahh"
"Makan McD?"
"Tak nak"
"Makan KFC?"
"Tak nak. Mama puas dah"
"Habis tu nak makan kat mana nie? Semua tak nak!"
"Jom makan kat Killiney!"




Aduyai mak aku nie. Tadi tanya aku, bila aku bagi cadangan habis cadangan aku ditolak mentah-mentah. End up, die yang nak makan kat Killiney T.T


Oklah ~ Killiney ni betul-betul depan ASTAKA kat area kawasan Ladang tue. Tempat die okay ~ Rilex rilex, nak chill ke, nak lepak ke. Ada Wifi. Kiranya macam perfect lah kalau korang nak hangout dengan kawan-kawan or family

Mak aku makan Mee Rebus. Sedap jugak Mee Rebus. Kuah die sumpah superrbbb! :D



Aku punya Fish & Chips. Rasanya biasalah kan ~ Standard rasa Fish & Chips. Habis tu nak rasa apa lagi? Lembu? Pfft ~ -.-


Then balikkkkkk ~ Masa tu terjumpalah ada sorang mak ni tengah dukung anak die. Maybe mak tu baru lahirkan anak die kot. Then mak aku cakap lah


"Ololoooo comelnya budak tue!"
"Mama, mama tak teringin nak amik anak angkat ker?"
"Anak angkat? Anak sendiri pun tak terangkat"
"HAHAHAHA"



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts