[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, October 26, 2011

Korang Akan Buang Masa Kalau Baca Entry Ini -.-


Assalamualaikum


Aku rasa sejak dua menjak ni aku macam malassssssssssss je nak update blog kan? Entahlah ~ Aku tak ada cerita yang menarik lah nak kongsikan dengan you olls semua. Jeles tau tengok blog orang lain, pergi sana sini, sanggup ponteng sekolah pergi holiday sedangkan aku yang holiday ni pun tak pergi mana-mana. Sadisnya lahhh -.-


Cuma semalam je lah aku dengan mak aku pergi Mesra Mall. Mula-mula macam semangat je nak pergi tapi bila dah sampai aku terfikir "apa aku nak buat kat sini weyh?" Sebab dah banyak kali pergi dengan kawan-kawan walaupun hanya 6 jam jer pergi kat sana. Haha :D


Gambar Mesra Mall tak ada ehh. Aku malas nak amik dan tak ada mood. Wayang pun tak ada cerita best. Tapi melepas lah gian aku nak karaoke sebab akhirnya mak aku setuju nak teman aku. Haha :D


Motif aku nak update entry kali ni? Sebab aku nak tunjuk benda alah bawah ni hahh -.-


MOTIF AKU NAK TUNJUK?


Weyh aku bukan nak cakap "Korang korang, belilah Lipice yang terbaru. Hebat tauu sebab nanti bibir korang ada warna blink blink walaupun tak letak glitter kann kan kann lepas tu bibir korang akan sentiasa merah senantiasa walaupun lepas dah lap dengan tisuuu"


Hell nooooooooo!


Aku just nak bagitahu yang motif aku beli Lipice ni sebab die punya packing yang warna pink dengan stuff yang macam girly tu yang lawa. HAHA :D Tu lah ~ kang aku dah cakap. Tak ada motif pun. Membazir masa je baca blog aku nie -.-


Try lah korang tengok stuff yang kat kertas Lipice tue. Sumpah lawa dan comel gilergiler. Aku tengok terus rembat. Lantok lahh ~ Aku dah berkenan dengan die punya wallpaper yang comel-comel tue. HAHA :D Mengarutlah aku nie -.-


Dan sampai sekarang aku tak guna-guna lagi Lipice aku tu sebab aku sayang. Kang kalau aku bukak kang, terkoyak. Lepas tu, wallpaper Lipice tu pun dah tak jadi comel dah ~ Isk isk ~ Sedihnya.


Aku beli cincin. Yeayyy yeayyy ~ Nak harapkan boipren beli, boipren pun tak dakkk. Kalau adapun, malasss ar nak suh boipren belikan sebab kalau die nak belikan, belikan untuk masa kahwin je nanti. HAHA :D Kalau untuk guna sendirian berhad, baik beli sendiri :)


Bukan apa. Kang kalau jodoh tak panjang dengan boipren, putus. Lepas tu bila tengok balik hadiah-hadiah yang boipren belikan, konfem konfem lah sakit hati kan?


Tapi kalau boipren nak bagi, amik je lah ! Orang dah bagi, terima je lah kan? HAHA :D


Bubyeee!


Baik aku stop dulu before aku lagi mengarut ke laut -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts