[Topik] Kita Hidup Untuk Diri Sendiri, Bukan Orang Lain

Tuesday, October 18, 2011


Assalamualaikum


Oklah ~ Tadi kawan aku mintak nasihat aku, kawan lama masa sekolah menengah Form 3. Dah lama tak jumpa die sejak PMR dan tadi borak-borak. Kesian, kawan aku tu ada masalah


Bagi pendapat korang lah kan, kalau orang yang korang percaya selama nie tetiba buat tahii dengan korang atau dah tikam kau dari belakang, kau masih nak mengharapkan orang yang macam nie lagi ker? Ouh well -.-


Bagi aku, memang tak lah ~ Aku takkan percaya dah orang yang tikam aku dari belakang tue lagi. Memang lah maybe dari luaran aku akan okay dengan orang tue, kawan macam biasa, act macam tak ada pape yang terjadi tapi sebenarnya aku masih hati-hati je dengan kawan macam nie


Kawan aku ni ada masalah macam nie lah ~ Die cerita semuanya dan aku rasa macam aku nak call die je. Leceh lah pakai chat-chat je. Baik duduk depan mata aku dan cerita je masalahnya. Senang. Tapi kredit pulak kurenggg. Haha ;D


Entahlah ~ Manusia sekarang ni, kalau orang lain lebih sikit dari diri sendiri, mulalah nak dengki tak tentu pasal, cakap-cakap belakang. Ek eleeee ~ Ingat cakap belakang macam tu boleh jadikan diri kau bagus ker? -.-


Kawan aku tu cuma nak menolong kawan-kawan die je. Tapi tu lah ~ Last-last die yang kena. Die dicop sebagai gila kuasa bagai. Aku pelik lah ~ Kawan aku ni ibaratnya macam dah lakukan fardu kifayah dan kiranya kau dah terselamat lah dari dosa-dosa tapi kau still tak puas hati dengan die? Motif?!



Aku tak faham lah orang-orang yang macam nie. Yelah ~ Orang tu dah sukarela nak tolong tapi kau senang-senang je nak cakap macam tue. Haihh ~ Bila suruh kau buat, mulalah macam-macam alasan yang diberi. Itu lah ~ Ini lah ~ Tapi mulutnya macam bertih jagung. Ada je nak berbunyi.


Bak kata kawan aku " Amboi ~ Muka biasa je, komen nak lebih lebih" HAHA :D


Kepada kawan aku tu, aku bagitau die macam nie je,



"Kau jangan sedih-sedih. Kau kena kuat. Kau kena keluar dari comfort zone dan lupakan yang dulu. Sekarang kita dah besar dan kita tak boleh expect something perkara yang sama akan berlaku sama jugak pada masa depan kita. Keadaan dah berubah. And plisssssss bukak mata kau. Kawan yang macam tu tak boleh dibuat kawan. Orang yang macam tu sebenarnya adalah orang yang nak jadi macam kau tapi tak boleh. So kau patut bangga dengan diri kau sendiri


Memang susah nak berdikari dalam kalangan orang-orang yang macam nie tapi kau kena kuat. Ingat ~ Allah nak uji kau dan sudah psati Allah akan tolong hamba-hambaNya yang sabar. Sekarang adalah waktu dimana kita nak bergembira dan dapat kawan yang macam tu, kau patut reject awal-awal lagi. Bukak mata kau dan minda kau. Cari kawan baru yang lebih dari dan sesuai dengan kau. Jangan terhadkan semua ini. Jangan jadi lemah sebab kalau kau lemah, sampai bila-bila pun dorang akan pijak atas kepala kauu


Bila nanti kau dah boleh berdiri atas kaki kau sendiri, baru dorang tahu langit tu tinggi atau rendah. Masa tu, baru dorang tahu kau ni sebenarnya bukan calang-calang orangnya. So sekarang ni aku nak kau kuat dan dont give a damn on what people said about you. Sekarang ni, let it be. Biarkan dorang bertepuk tampar, menang dengan permainan dorang. Tapi satu hari nanti, kau yang akan tersenyum dan mereka yang akan jatuh sambil mendongak melihat kauu"




Fuhhhhhhhh ~ Semua tu aku taip dalam sekali nafas je. Apa yang bermain dalam fikiran dan hati aku, aku luahkan semuanya. Bagi dekat kawan aku tue. Eh derr ~ walaupuan aku dengan kawan aku tue, dah berapa tahun dah tak jumpa and terpisah oleh ribuan batu, but when it comes to problem, that's doesnt matter at all :)


Aku pernah berada kat tempat kawan aku dulu. Sakit dan sendiri tapi kena kuat. Sebab kita adalah kita dan bukan untuk orang lain :)



You Might Also Like

3 comments