Suku Akhir Kedua ; Terengganu VS Kelantan

Friday, October 14, 2011


Assalamualaikum


Balik je dari pasar malam tadi, terus aku tercongok depan TV. Sebab nak tengok bola lah ! :D Suku akhir kedua Piala Malaysia, Terengganu VS Kelantan
VS



Dan sudah pastinya aku akan menyokong Terengganu. Weyh weyh of course lah weyh ! Aku kan anak jati Terengganu! :D


Err ~ Jati tu tak lah sebab aku sejak kecil lagi dah merantau dah. Tapi ngane-ngane pung, kalu nok rayer, mesti nok rayer kat Tranung. Haha :D Di sini, tempat lahir nya aku :)


Overall game tadi, memanglah ada kekasaran aka faul, baling mercun lagi dan botol air tapi aku dah biasa tengok macam tue. Tipulah kalau cakap aku tak marah kan? Tapi nak buat macamana. Aku faham perasaan penyokong-penyokong kat sana. Sebab apa? Sebab aku kat rumah pun macam tu jugak! Haha :D


"Eh tok soh gerok lah weyh! Duduk situ je!"
"Bengong mu nie. Kalau dok gerok, ngane die nok jaga bola?"
"Haaa ~ Tolonglah masuk! Masuk lah weyh! Tendanglah kuat sikit!"
"Ouh hebat keeper Tranung. Haha :D'
"Bakpelah jersi Tranung tak dok name kat belakang die? Nak kenal pun susah"



"Eh mu kalau tengok bola dok leh duk diam ke hah?" - Adik aku


Amik muu ~ Sutir kena atas hidung aku. Haha :D


Itulah antara perbualan antara aku dengan adik aku dan jugak mak aku -.- Aku nak menjerit puas-puas hati pun tak boleh sebab nenek aku dah tidur. So cara penyelesaiannya adalah aku amik tuala dan tekup kat mulut. So kalau dah menjerit tu, tak adalah kuat sangat. Haha :D


Cuma yang aku perasan masa aku tengok bola tadi, tubik belakerrr slang Tranung aku. Tapi aku pakai jersi Kelantan, jersi Part 3 kitorang. Haha :D Doh guane tue? -.-


Papepun, hebat Tranung kiteerrr! :D Bangga aku jadi anak Terengganu :)


PETEH TRANUNG PETEH!


p/s : Slang Tranung dah terbawak-bawak dalam blog. Haha :D Harap sape yang baca ni faham lah yer. Kalau tak faham, nanti aku buat kelas belajar bahasa Terengganu. Haha :D



You Might Also Like

0 comments