Final Piala Malaysia ; Alhamdulillah ~ Terengganu Dapat Masuk! :D

Saturday, October 22, 2011


Assalamualaikum


ALHAMDULILLAHH! Terengganu dapat masuk Final Piala Malaysia! HAHA :D Weyh happynya! Kegembiraan yang tak terkata-kata bila pemain Terengganu dapat jaringkan gol dan dapat masuk final. Sumpah aku happy sangatsangat! :D


So 29 Oktober nanti, Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Of course lah aku sokong Terengganu! :D Haha :D Nang nang nang nang Tranung kiterrrrrrrrrrrrr ~ Ya Allah ~ Harap-haraplah Piala Malaysia 2011 kali ini milik Terengganu. Aminn ~ :)


Yelah ~ Last time Terengganu dapat masuk final tahun 2001. Dah bertahun-tahun dah tue. So aku rasa happy sangatsangat! :D Nelang Terengganu kiterrrrr. Bagi aku, dorang dah buat yang terbaik untuk Piala Malaysia nie.


Tahniah untuk Team Terengganu sebab berjuang habis-habisan untuk melayakkan Terengganu ke Final Piala Malaysia 2011. Bagi aku, dorang main memang best! :)

Aku suka giler dengan Sharbinee Allawee Ramli ni sebab memang die bijak betul tangkap bola. Bila aku ingat bola dah masuk gol, tup tup ~ eh tak masuk rupanya sebab die dah tangkap.

Tiap kali dia dapat tangkap, mesti aku akan tepuk tangan, Biarlah dia tak tahu pun aku tepuk tangan untuk die asalkan aku happy bola tak dapat masuk. Haha :D

Ashaari pun aku suke tengok dia main. Aku tengok rilexx je dia main tadi. Yang paling aku nak gelaknya, masa die gol tadi masa lawan Selangor, aku dah macam penat dah duk bersorak. Just duduk je tengok. Aku rasa penonton kat stadium pun sama, penat dah duk bersorak


Sekali bila Ashaari sumbat gol, apa lagi ~ gegak gempita lah rumah aku dengan suara aku dengan mak aku duk menjerit GOL dan stadium pun jadi bising balik. Haha :D Rilex je dia main tapi sekali die tendang, fuhh ~ masuk gol terusss :)

Abdul Manaf pun samaaaaaaa! Hebat gilerrr die main. Haish ~ Tak pasal-pasal lah tempat David Villa sekarang ni dah tergugat sebab aku dah suka dengan pemain-pemain Terengganu nie. Haha :D Bapok lah hebat die tendang bola kasi masuk gol tadi. Haha :D Hoyeahh!


Masa mula-mula game Terengganu VS Selangor tadi memang aku bersemangat giler sebab aku tengok pemain dari kedua-dua pasukan memang sama-sama kuat dan berjuang. Aku amik bola, kau berebut dengan aku. Macam tu lah ~ Dua dua kumpulan sama-sama naik huuu ~ Aku asyik betul tengok Terengganu lawan Selangor sampaikan terlupa nak tekan TV1, tengok T-Team lawan Negeri Sembilan


Gambar suasana kat stadium masa game tadi. HAHA :D Weyh ~ Ni aku copy paste dari Terengganu FC lahhh ~ Aku tak pergi pun sebab tak ada sape yang nak pergi. Haha ;D Takpelah ~ Tengok kat rumah ke, tengok kat stadium ke, tak penting. Yang penting semangat tu! HAHA :D


Petang tadi, seawal pukul 5 pun dah ada orang yang berkumpul dekat stadium. Ada booth yang jual jersi Terengganu. Aku ingat nak pergi tak teringat. Haha :D Kalau tak, buleh doh kebas selai tshirt oorrr :)


Apa-apa pun, aku sebagai anak Terengganu (walaupun banyak merantau -.-) berharap sangat Terengganu akan menang Piala Malaysia 2011 menentang Negeri Sembilan (walaupun aku pernah duk Port Dickson 5 tahun -.-) Aku harap sangat skuad Terengganu akan bawak balik piala yang kedua selepas menang Piala FA hari tue :)


Peteh Terengganu Peteh! :D


Bangga ada nombor 11 kat kad pengenalan aku :')


You Might Also Like

4 comments