emo

Kadang-Kadang Sunyi Itu Mencengkam

By Mysara Newrie - Sunday, October 23, 2011




Assalamualaikum


kadang-kadang rasa sunyi mencengkam
dan bila rasa itu datang
pasti mata ini akan basah
dan pasti hati ini akan sakit
dan sunyi


Kadangkadang bila rasa sedih, sakitkan bila terpaksa kongsi sorang-sorang? Air mata mengalir pun deras mengalir bila sakit kat hati, dada dan jiwa ini tak pernah nak hilang. Sampai bila?


Suram sungguh rasa. Pandang ke langit dan masih tak berhenti-henti mengharapkan dari Allah swt. Basah pipi ini bila teringat kembali semuanya. Sakit tapi apa yang mampu buat? Dan jika mampu buat, apa caranya?


Otak letih untuk terus berfikir dan kadang-kadang ingin sahaja menyerah. Ya Allah ~ kepadaMu sahaja aku bergantung. Ujianmu sungguh berat untuk aku tempuh tapi aku tahu, ada hikmahnya semua ini


Lepaskan lah semua Sara. Sakit yang kau tanggung selama ni, lepaskan. Biar orang tahu kau menahan semuanya. Biar orang tahu, kau lah orangnya yang berpura-pura gembira dan bergelak ketawa tetapi hati kau merintih sedih, kecewa


Sungguh, bukan ini yang aku harapkan tapi inilah takdir yang tertulis. Takpe. Allah tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya sekiranya Dia tahu hambanya tidak mampu menanggungnya bukan?


p/s : Just for a moment please, buat aku rasa tenang bersama jasad aku


  • Share:

You Might Also Like

2 comments