Aku Rasa Aku Kena Betulkan Balik Waktu Tidur Aku -.-

By Mysara Newrie - Monday, October 24, 2011


Assalamualaikum


Aku rasa aku kena betulkan balik waktu tidur aku. Yeahh ~ Waktu tidur aku memang totally dah berubah -.-


Sejak kitorang ada cuti 10 hari gap sebelum paper last kitorang. Paper Law 245 aku dengan kawan-kawan aku memang tiap-tiap hari tidur lewat. Lepas Subuh, baru tidur -.-


Study? Oh tidakkk ~ Kitorang tengok movie, duk main True or Dare, borak-borak, lepas tu gelak tak hengat dunia walaupun masa tu dah pukul 5 pagi. Sebab tak ada orang nak marah kitorang, nak sound kitorang


"HOI SENYAP SIKIT BOLEH TAK?"


Sebab masa tu semua budak budak kos lain dah balik sebab dorang punya paper habis awal. Dan mostly semuanya balik rumah untuk study kat rumah. Tapi aku dengan kawan-kawan aku tegar tak mau balik. Haha :D


So biasalaaa ~ Dah tahu ada cuti banyak giler, lumrah lah duk berfoya-foya dulu. Main itu ini, pergi sana sini. Haha :D Lepak dengan kawan-kawan sampai 4 hari berturut-turut. Lepas tu bila nak study balik, rasa macam dah tak ada mood dah T___T


Jadi disebabkan itulah waktu tidur aku memang totally dah berubah! Dan terbawak-bawak sampailah ke cuti aku ni. Mak aku dah mula bising dah tadi -.-


Tiap-tiap malam, lepas Subuh aku baru tidur. Aku duk online, chatting. update blog, blogwalking dan tengok How I Met Your Mother. Bangun pulak, malas aku bagitahu bangun pukul berapa T___T


So aku rasa aku kena betulkan balik waktu tidur aku. Kawan-kawan aku duk pesan dah "Jangan jadi burung hantu Mai" Oh sadisnya dapat nasihat macam tue T__T


Actually aku memang tak boleh nak tidur. Ada one time tu, aku dah baring-baring atas katil tauu? Dekat sejam dah. Aku cuba untuk tutup mata tapi tak mengantuk pun. So aku pun pergi kejutkan mak aku, mintak tolong die sapukan ubat kat belakang aku. Belakang aku rasa sakit sangat-sangat lately nie T__T Dalam pukul 10 pagi baru aku boleh tidur


Jujurlah aku cakap ehh? Aku tak mementingkan tidur kalau aku rasa aku ada kerja yang kena buat. Contohnya macam ni lah ~ Masa kat asrama dulu, petang Khamis je mesti kawan-kawan duk kejar balik bilik cepatcepat sebab nak topup tidur. Sanggup skip makan semata-mata nak tidur


Tapi aku? Aku takkk ~ Aku pergi makan dulu. Kemudian lepas makan, aku naik masuk bilik dan kemas-kemas bilik. Aku basuh baju dulu, jemur dan sidai. Lepas tu aku akan baca buku dulu ke kejap dan kalau bernasib baik, aku akan terlelap la kejap


Kalau ada camping ke apa ker, mesti rasa penat kan? Dan konfem konfem ada yang sanggup tidur terusss tanpa mandi dulu ke apa ker kan? Tapi aku tak. Aku akan mandi, rendam baju dulu, kemas beg aku dulu dan kemudiannnnnnnn baru aku tidur -.-


So apo nak dikato? Kena betulkan balik lahh waktu tidur aku. Aku dah lama dah tak minum kafein so kenapa ehh? Hmm ~ Aku rindu masa Darjah 6 dulu sebab pukul 10 malam tepat aku dah tidur and pukul 6 pagi aku akan bangun dengan sendirinya tanpa ada orang kejutkan atau jam loceng yang perlu dikunci :)


Hoyeahhh! Semoga malam ini kau akan tidur awal Sara :)



p/s : Macam mana nak kasi mengantuk awal?


  • Share:

You Might Also Like

6 comments