Assalamualaikum
Bangun tidur tadi terus aku call kawan aku yang aku dah anggap die macam abang aku. Borak-borak dengan dia pasal masalah yang berlaku sekarang ni dan selepas 15 minit, kata putus dah diambil dan aku hanya tersenyum
Sekarang ni tugas aku hanya untuk update apa-apa yang patut. Syukur Alhamdulillah ~ Semua data-data, maklumat dan segala perkara dalam dan luar masih aku simpan dalam beg merah aku :) Beg merah?
Beg ini lah yang aku bawa ke hulu dan ke hilir. Beg ni umpama kawan karib aku. Ke kelas, ke dewan, ke dewan makan, ke bilik study ~ Pendek kata, di mana aku ada berada, beg merah ini lah yang setia menemani aku.
Hilang beg ini, hilanglah segala-galanya. Hilang beg ini, hilanglah 'nyawa' kami semua. Hilang beg ini, hilanglah tujuan yang kami kejar. Hilang beg ini, susah hati lah semua orang. Hilang beg ini, tak berjalan lah kerja semua orang. Dan hilang beg ini, tak adalah senyuman di bibir semua orang
Betapa pentingnya beg ini kepada kami semua dan aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga beg ini. Aku pelihara beg ini ibarat menatang minyak yang penuh. Betapa berhargnya beg ini kepada kami semua. Apa yang mereka mintak, semuanya ada dalam beg ini
"Mai jaga beg ini elok-elok tau. Semua ada dalam beg nie"
"Mai ada tak kertas lakaran tu dalam beg kau?"
"Mai ~ Nah nie kertas yang dia bagi. Kau simpankan dalam beg merah tue"
"Mai kau bawak tak beg merah tue? Aku nak kertas tu"
"Mai ~ Aku tak boleh bayangkan macam mana keadaan kita kalau beg merah kita tu hilang"
Tengok ~ Betapa pentingnya dan berharganya beg merah ini kepada aku dan kawan-kawan aku. Sayangnya aku dan kawan-kawan aku kepada beg merah nie. Walaupun hanyalah beg merah yang biasa-biasa sahaja namun nilainya sangat-sangat berharga kepada kami semua
Dan di saat-saat akhir begini, beg merah ini selamat berada di dalam kotak barang simpanan aku ketika aku ingin mengambilnya. Tersenyum lega aku melihat beg merah ini. Terima kasih beg merah ~
Hanya mereka-mereka yang faham sahaja akan faham apa yang cuba aku sampaikan. Mereka-mereka yang sentiasa support dan berada dari awal sehingga ke akhir. Mereka yang sentiasa datang dan bersama-sama dengan aku. Mereka yang bersorak gembira dan tersenyum bersama aku
Aku tahu kamu yang membaca ini tidak faham mengapa beg ini begitu penting kepada kami tapi apa yang aku nak tegaskan di sini hanyalah satu sahaja
Berani kerana benar, Takut kerana salah
Selamat berhujung minggu semua :)
0 comments