[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, October 31, 2011

Rindu Dulu-Dulu


Assalamualaikum


Just tengok tengok kat folder gambar yang lama-lama. Kemudian terjumpalah gambar nie. Haha :D

Okay memang aku tak faham tapi aku gelak je bila tengok gambar nie. Sebab masa aku tengah cuti hari tue, cuti apa entah ~ Haaaaaaaaa ~ Cuti sem part 2! HAHA :D


Aku pergi Kuantan. Masa tu kazen-kazen aku semua ada so memang best lah sebab dapat jumpa semua kecuali adik aku yang tengah sekolah kat Sains Dungun tue. Hehe :)


Malam tu, aku hairan lah dorang duk beria-ria betul duk main game PS, game bola. Bapok ar bising. Lepas tu dorang bukak lappy, update pasal game yang dorang main. Sape kalah, sape menang -.- Laahh ~ Buat liga sendiri rupanyaaaaaaaaaaa. HAHA :D


Sekarang semuanya dah berubah. Kalau aku dengan Azrul cuti, Epy tak cuti. Kalau Epy cuti, aku dengan Azrul pulak duk struggle dengan kelas dan exam bagai -.- Semuanya dah berubah. Kadang-kadang aku rindu nak balik pada zaman aku kecik-kecik dulu.


Yang paling aku ingat sekali, masa tu aku Darjah 2 rasanya. Masa tu raya ketiga tak silap aku. Semua sedara aku, sepupu sepapat pakat balik Terengganu sebab cuti panjang. Kebetulan arwah tok aku ajak semuanya datang rumah


Masa tu mau dekat berbelas-belas buah kereta yang datang. Masa tu semua orang ada. Dan kitorang pulak kan masa tu kecik jeee. Apalah yang kitorang fikirkan selain dari main kan? Duduk luar, main buaian, main tingting, main larilari, sorok-sorok. Best sangat masa tue


Dan yang paling best, kitorang semua just makan KFC je. Walaupun makan ayam KFC tapi apa yang best sebab semua orang ada dan semua orang memang bertukar-tukar cerita, bergelak ketawa. Ya Allah ~ Aku rasa masa tu memang the best raya ever lahhh! :D


Tapi sekarang dah lain. Raya pun macam dah tak raya dah sebab kekangan masa. Ada yang tak dapat balik raya sebab sambung study kat oversea. Ada yang tak balik sebab kerjalahh ~ So masa sekarang dah tak macam dulu -.-




I miss the old timess :')




The best memory is the saddest memory because you know it will never be repeated again


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts