Top 10 My Favourite Jiwang Songs! Err Perlu Ker? -.- HAHA :D

By Mysara Newrie - Tuesday, October 25, 2011


Assalamualaikum


Malam ni aku rasa jiwang yang teramat sangat. Tambah-tambah pulak baca cerpen yang agak sedih jugak bagi aku. Berderu-deru airmata aku bila baca cerpen tue. Sakit dada aku duk tahan sebakk


See? Baca cerpen pun aku dah boleh nangis bagai nak rakk.


So dah kawan aku ni pulak suruh aku listkan. Kebetulan dalam masa yang sama aku memang nak tulis pun tentang lagu favourite aku :) Muahaha :D Dulu aku dah tulis dah tapi tu hanya lagu yang bagi kenangan dekat aku je. Ni lagu yang jiwangjiwang. Haha :D


Well ~ Lagu ni betulbetul boleh buat aku menangis kalau mood aku tengah swing. Dah lah lirik die macam kekasih die tak faham yang die memang betul-betul sayang dekat die. So macam sedih lah ~ macam kes tepuk sebelah tangan lahh, gituuu ~ :)


Dan biarlah ku disini
Yang pernah mencintai mu
Ruang hati Sepi tanpa disinari
Haruskah ia terjadi
Mengharapkan kau disisi
Tuk kembali bersama dipangkuan


  • Khatimah Cinta - 6ixth Sense
Lagu ni memang aku giler dah sejak Form 5 lagi. Alang-alang sedih je, mesti aku nak dengar lagu nie sebab muzik die memang sedih lah ~ Lirik die pula macam nak tinggalkan kekasih die so macam hmm ~ jiwang lahhh -.-

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku


Lagu ni tak adalah boleh buat aku menangis cuma aku rasa lirik dia mendalam sangat. Dua orang bercinta tapi dorang kena pendamkan perasaan itu atas sebab-sebab tertentu. Macam kisah cinta dorang ni terhalang lah dan dorang terpaksa simpan kan perasaan cinta dorang tue. Isk isk ~ After cuti midterm, tiap-tiap malam aku tidur dengan ditemani lagu nie :')

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Lagu ini aku suka sebab aku suka dengan lirik lagu dia, macam aku. Aku ni kalau suka dekat orang, aku akan simpan sebab aku pemalu. Yesss ~ Aku pemalu orangnya bila bab-bab hal dan perasaan. Kawan aku cakap aku ni malu tapi mahu -.- Entahlah ~ Rasanya lah kot! Dan lirik lagu ni macam nak sampaikan yang dia, perempuan ni bukannya tak suka dengan lelaki tu cuma perempuan ni nak lelaki tu yakinkan dia dalam bab feeling-feeling nie dan beri perempuan ni masa untuk fikirkan semua nie

Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right, be with you day and night
Baby all I need is time


Lagu ni memang aku tangkap leleh lahh ~ Di saat-saat aku tengah membaiki hati aku yang luka parah, lagu ni lah yang teman aku tiap-tiap malam. Menangis-nangis aku bila aku dengar lagu nie. Lagu ni sedih sangat. Lirik die betul-betul buat aku tersentuh. Bila aku karaoke lagu ni dengan kazen-kazen aku, sedih jeeee

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati


  • Seperti Dulu - Exists
Lagu ni aku minat masa aku Form 1 lagi. Lagu ni pun kadang-kadang kalau aku dengar dalam kereta, aku boleh menangis jugak. Sakit bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang dan kita masih mengharapkan keadaan akan jadi seperti dulu.

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku


Yeahh ~ Lagu jiwang yang tengah hot sekarang nie! :D Lagu ini aku suke sebab video clip die yang ala-ala sunyi dan sepi dan lirik die yang mendalam betul ;) Aku suka lah ~ Mula-mula aku dengar kat radio masa cuti midterm, balik rumah, aku terus download. Sumpah best lagu nie :)

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu


  • Ku Seru - Misha Omar
Lagu ni memang aku suke sebab lirik die. Haishh ~ Mostly lagu yang aku suke sebab lirik die lah ~ Lirik lagu ni macam sedih sangat. Buah hati die tinggalkan die dan biarkan die sorang-sorang, menangis. Tapi dia ni relakan kekasih die pergi kepada orang yang dia sayang. Betullah orang cakap kan Sayang orang yang sayang dengan kita sebab orang yang kita sayang akan pergi kepada orang yang mereka sayang

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu


Lagu ini aku suke dengan lirik die. Sebab aku kan selalu pendam perasaan aku dan lirik aku ni totally sebijik macam apa yang aku rasa. Suka dan sayang dengan orang tu tapi kita pendam dan simpan sorang-sorang. Macam tu lah dengan aku. Suka dan simpan. Akhirnya makan diri, sakit sorangsorang

Sekian Lama... Ku mencuba
Tak ku lafazkan... perasaan..
Berkubur saja... Namun dia...
Ku cinta...
Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti...
Oh, Sekian lama
aku mencintai... dia


Lagu ni aku suka sebab lagu die dan lirik lagu die. Aku rasa lagu die memang betul betul shoot terus ke dalam hati aku lah dan aku selalu dengar bila malam-malam. Best lah lagu nie. Dari Form 5 lagi aku suke dengar lagu nie dan kawan-kawan aku pun cakap lagu ni sedap :)

tak perlu kau beri alasan
mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
karena ku yakin
mungkin semuanya itu bisa
membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
namun ku akan terus selalu menyayangimu
setulusnya hati



So tu jelah lagu-lagu jiwang yang aku suke dengar bila waktu malam-malam yang tengah hujan, sejuk sejuk. Hehe :) Kadang-kadang layan perasaan pun best jugak. Menangis sorang-sorang lepas tu otak mula lah terfikir nak call sape, nak luahkan perasaan. HAHA :D Adoi lah ~ Kelakar pun ada jugak sebenarnya


So apa kesimpulannya lepas dah baca entry ni? Ya betull!!!




Mysara Newrie seorang yang jiwang




Sekiannn ~ terima kasih sebab baca :)
Eh korang lagu apa yang korang suka dengar bila tengah mood sedih? Hehe :) Meh kongsi! :D

  • Share:

You Might Also Like

10 comments