[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, October 10, 2011

Last Day For The Third Semester



Assalamualaikum :)


Semalam, 9 October 2011 aka 091011 maka tamatlah sudah Semester Tiga untuk kamikami yang terpaksa balik paling akhir sekali antara semua pelajar UiTM Dungun -.-


Lepas Subuh semalam, lepak bilik study dulu kejap sambil recall balik Law. Malam semalam memang aku tak boleh nak tidur langsung tapi aku paksa jugak mata aku untuk tidur.


Tengah syok-syok baru nak dapat feel tidur, sekali ada lah sorang hamba Allah ni datang kacau aku. Arghh! Sakitnya jiwa aku. Dah tu, bila aku tanya kenapa, die cakap, tak ada apa-apa. Haishh -.-


Habis Law, aku dengan Farah pergi karaoke berdua je. Yelah ~ Berdua jelah ~ Yang lain sibuk nak balik, sibuk dengan program lain. Aku ajak orang tu, tak nak. Aku ajak orang ni , tak nak. Huhu ~ So aku dengan Farah je lah. Lepas tu, makan-makan KFC dan lepak-lepak tepi pantai


Malam pulak, aku Faezah Arif dan Farah makan kat Hotel UiTM Dungun. Kitorang memang order banyak giler makanan, tambah-tambah lagi ayah kepada kawan kitorang yang kebetulan ada kat situ, bagi kitorang makanan lagi. Haha :D Sumpah banyak giler kitorang makan ^.^


Oh ya ~ Gambar tak adalahh sebab tak ingat nak amik. Huhu


Lepas tu, Qila, roomate Faezah sukarela nak hantar Faezah dan Farah pergi stesen bas. Sebenarnya, Arif ajak aku pergi karaoke tapi tu lah ~ plan tak menjadi -.-


Then aku dengan Arif lepak kat Perhentiaan. Berborak pasal something yang buat aku sedih sikit. Balik bilik, aku terus kemas-kemas barang aku. Dan masa kemas-kemas tu lah, aku terjumpa dua barang yang buat aku tergelak sorang-sorang. Haha :D


Ni sebenarnya handglove untuk digunakan masa main ice skating. Faezah cakap die bawak sebab nanti nak exam kat Dewan Aspirasi kat UiTM Dungun ni boleh pakai sebab kat dewan tu, aircond die sumpah sejuk giler -.-


Faezah bagi aku satu dengan penuh yakin. Tapi masa aku nak guna, aku rasa macam tak best nak menulis. Haha :D Aku tengok Faezah pun dah campak dah die punya handglove nie. Haha :D


Gula-gula ni pulak buat aku teringat dekat Hamidin dan roomate-roomatenya, Ah Seng, Ayie dan Shah. Haha :D Sebab masa gap 10 hari tu, aku selalu lepak dengan dorang nie. Lepas makan je, mesti dorang akan beli gula-gula ni dan bagi dekat aku. Haha :D


Tambah-tambah pulak, masa aku makan gula-gula ni, Midin ada cerita kelakar pasal dia dengan roomate-roomate die. Apalagi ~ Tergelak sakanlah aku. Haha :D


Haih ~ I miss that moment so much when they made me burst into laugh -.-

Total barang aku untuk Sem ni lepas aku habis kemas tadi tak termasuk bantal-bantal. Muehehe ~ Sikit je kan? Hehe :)


Papepun, sem ni aku rasa dekat sangat dengan member-member aku. Kawan-kawan yang tak sama kelas, yang tak pernah nak hangout sesama, yang tak pernah tidur satu bantal, yang tak pernah call or text aku, semuanya jadi rapat disebabkan dinner yang kitorang sama-sama organize. Aku rindu semua tue :')


p/s : Dah mula rindu dengan kawan-kawan semua T.T


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts