Orang Lain Yang Nak Kahwin Tapi Aku Yang Kena Berkorban -.-
By Mysara Newrie - Wednesday, November 02, 2011
Assalamualaikum
Pak pak ~ Debung debung debung debung debung ~ Pak pak ~ Debung debung debung debung debung ~ Pak pak ~ Debung debung debung debung debung debung ~ Pak pak ~
Haaaaaaaaaaaa ~ Konfem korang hairan kan amendalah yang aku duk tulis kat intro entry aku nie. HAHA :D Well ~ Ni sebenarnya bunyi kompang lah weyh -.- HAHA :D Rasa macam nak tampar je kan kalau bunyi kompang macam nie? HAHA :D
Well ~ kalau dah bunyi kompang, selalunya akan dikaitkan dengan apa? Yeaaaaaaa ~ tahu takpe! Orang kahwin! :D Haha :D
Well *uish berapa banyak kali dah aku nak cakap well ni -.-* Lately nie, aku dengan kaum kerabat aku asyik bercakap pasal kahwin je. Uish uish ~ Bukan aku yang nak kahwin tapi adalahhhh ~ seseorang tu kan yang nak kahwin :)
Alhamdulillah ~ Dah sampai pun seru mereka untuk berkahwin dan kedua-dua bakal pengantin dan pasangannya sesuai sangat-sangat. Hehe :)
Mula mula aku dapat tahu dorang dorang ni nak kahwin, aku pulak yang happy semacam macam aku pulak yang nak kahwin. HAHA :D Alamakk eyh ~ bukan macam tu cuma aku rasa happy bila orang nak kahwin dan secara langsung atau tidak langsung, aku maybe terlibat dengan majlis perkahwinan mereka
Kiranya aku ni behind the scene of their wedding lah. HAHA :D
So bila dah cakap-cakap pasal kahwin ni, ada je lah benda yang kelakar nya nak keluar. Bila cakap pasal kahwin je, konfem masing-masing gelak macam tak hengat dunia. Bergegar satu rumah. Yang paling tak boleh blah, mak aku dengan Mak Long aku cerita pasal masa orang dulu-dulu nak kahwin
Masa tutt kahwin, ada orang bagi hadiah dekat dia. Dah lah hadiah tu berat, semua orang nak tengok la benda apa kang hadiah tue. Dah lah banyak pulak kertas yang membalut hadiah tue. Lepas se, se. Lepas se, se. Sekali bila tengok, bergegar satu rumah duk gelak sebab hadiah tu sebenarnya lesung batu - Mak aku cerita
Masa tutt kahwin, dapat hantaran. Ceh ~ bukan main lah hias dulang tue. Sekali bila dah buka-buka hadiah, tup tup dapat tin susu. Bukan satu, tapi 4 tin susu. Lepas tu ada yang dapat botol susu lahh. Macam-macam benda mengarut lah masa orang dulu-dulu kahwin dapat hadiah- Mak Long aku cerita
Sepupu aku : Papa, bakpe orang lening asyik bagi coklat, cake je kat tetamu?Papa : Doh ~ Tak ada orang pun nak care ke rebus telur tueAku : Alaaa ~ Bukannya susah pun. Letok je dalam periuk pahtu lokk gitu je lahPapa : Senanglah bagi awokk sebab korang rebus 2 biji je. Orang tu hok nak rebus 1000 biji, susah nak jaga
Mak Long aku : Kita pakai lah baju kebaya. Warna peach macam tu. Mu cari lah satuMak aku : Pulak? Ho yelah ~ pakai lah baju kebayaSepupu aku : Kita mendanya? Sara, Fatin dengan Adik je lah pakai baju kebaya. Mak mak pakai baju kurung je. HAHA :D
Dan ada banyak lagi lah cerita tapi aku dah tak ingat dah -.- Lepas maghrib tadi, bising giler rumah nenek aku ni sebab kitorang berkumpul sebab nak bincang apa-apa yang patut lah untuk majlis yang terdekat nie :)
Dannnnnnnnnnn ~ disebabkan itulah aku pun dapat misi baru yang aku harus laksanakan. Mak long aku cakap
"Sara, you got 4 months from now. So awak kena jaga badan sebab nanti nak pakai kebaya"
Ok fineeeeeeee ~ Aku akan start tak makan nasi mulai sekarang. Dan sebagai gantinya, aku akan makan oat sahaja. Insyallah ~ Kawan-kawan doakan aku tau? :)
BTW ada tak sesiapa yang ada tips tips nak kurangkan berat badan dalam masa 4 bulan ni? Meh lah share dengan aku ye? Aku betul-betul perlukan tips-tips tue :)
Nampaknya aku kena berkorban lah tak makan nasi. HAHA :D Insyallah :)
7 comments