Belajarlah Untuk Chillex & Mengalami Kesusahan
By Mysara Newrie - Monday, November 28, 2011
Assalamualaikum
Alhamdulillah ~ Sudah selamat sampai di Dungun :) Aku dah berazam, sempena Tahun Baru 1433H ini, ada beberapa perkara yang patut aku betulkan, beberapa perkara yang tak pernah aku amik serius sebelum ini, aku akan amik cakna selepas ini. Semuanya kerana akal dan fikiran aku yang menyebabkan aku bertindak demikian
Kepulangan aku di Dungun juga menyebabkan aku semakin ceria dari sebelum ini. Memanglah pada mulanya aku stress bagai nak gila sebab ada satu masalah ni tapi lepas tu, aku chill dan okay. Betul lah orang cakap, setiap masalah kena dihandle dengen chill dan rilexx. Lepas tu jadi lah CHILEXXX. HAHA :D
Tadi, 1st class dengan Sir Mujibu, lecturer baru dari UiTM Kedah. Alhamdulillah ~ Lecturer tu best sangat-sangat! Ada sahaja benda yang dia nak cakap dan buat aku gelak. Aku harap semua lecturer untuk kelas aku, aku boleh rentak mereka :)
Bagi aku, kalau nak berjaya, ikut rentak lecturer kita. Buat apa yang dia suka. Jangan bagi dia terasa hati. Kalau dia nak itu, bagi yang itu. Jangan bagi yang ini. Aku tak tahu kenapa, aku sangat mementingkan hubungan aku dengan tenaga pengajar. Kalau aku rasa ada buat salah, aku cepat-cepat memohon maaf. Kadang-kadang ada jugak lecturer aku dari Sem 1 sampai sekarang, aku masih berhubungan dan bermesej-mesej. Hehe :)
Namun, kepulangan aku di Dungun dikejutkan sedikit dengan beberapa berita yang tak-penting-tapi-sebenarnya-penting bagi aku. Entah lah ~ Kita tak tahu kan apa yang terjadi dan bermain dalam fikiran orang tue. Cuma mungkin segala tindakan orang tu, hanya mengikut kata hati mereka sebenarnya. Biarlah ~ Aku pernah berada dalam situasi mereka
Apa yang aku boleh buat kesimpulan dari berita yang aku dapat itu adalah erti kehidupan itu takkan dapat kalau kita hanya mahu senang sahaja. Kadang-kadang kita perlu belajar melalui kesusahan, kesakitan dan keperitan dan selepas itu, barulah kita tahu apa itu kehidupan. Kalau nak senang dan manis sahaja, itu bukan kehidupan. That's my opinion lahh ~ Lain orang, lain pandangannya kan? :)
Oh yeahh ~ sebelum aku terlupa. Permohonan aku untuk bertukar nampaknya cerah :) Insyallah ~ mungkin hujung minggu ini aku dapat lah bertukar. Hehe :) Tadi aku dah telefon kedua-dua pihak dan mereka hanya mengokayyykan sahaja permintaan aku. Ya Allah ~ harap-haraplah permohonan aku lulus. Aminn :)
Bertukar? Yess ~ Inilah yang dinamakan penghijrahan, melepaskan apa yang kita selesa aka comfort zone demi kesusahan yang mungkin ajar kita untuk lebih menghargai hidup ini :)
4 comments