[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, November 10, 2011

[Review] Novel Akhirnya Aku Kahwin, Karya Herna Diana


Assalamualaikum


Yeahhhhhhhhh ~ Hari yang indah ini aku nak buat review pasal novel yang aku beli baru-baru ini. Hehe :) Best jugaklah ~ :)


Novel Akhirnya Aku Kahwin, karya Herna Diana, Terbitan Alaf 21


Well ~ Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang comel dan perangai dia yang memang giler-giler, namanya Didi. Dia ni memang seorang yang ceria, tabah dan tak kisah apa yang orang nak cakap. Kadang-kadang aku macam watak Didi nie macam aku pulak. HAHA :D


Didi ini memang baik. Dia ada parents yang sayang dengan die dan abang angkat yang memang caring giler dengan die. Tapi semuanya berubah bila parents die meninggal dan dalam masa yang sama jugak dia kena berpisah dengan abang angkat die sebab tuntutan kerja


Tapi Didi ini beruntung sebab family abang angkat dia terima dia dengan seadanya kecuali adik bongsu abang angkat die je lah, Dalam masa yang sama jugak, kehadiran Syafizi, adik kedua abang angkat die telah mengubah die dalam diam


Cerita ni agak kelakar sebab watak utama die sendiri, Didi yang sumpah loyar buruk dengan orang sekeliling dia. Lepas tu pulak, ditambah pulak dengan Didi yang selalu bergaduh dengan teman chatting die, Terhangat di Pasaran yang memang layan die kaw kaw punya.


Komen aku cuma satu je. Aku agak sedih jugak sebab part yang dia chatting dengan Terhangat di Pasaran hanya sekejap sekejap je. Kalau lah dipanjangkan lagi, konfem best sebab dorang sesama sengal. HAHA :D


Lagi satu, kalau lah watak Syafizi tu dimunculkan lebih awal lagi, memang aku gelak habis dah sebab Didi dengan Syafizi ni memang suka berbalah, macam anjing dengan kucing! HAHA :D Pantang berjumpa, ada je benda yang nak keluar dari mulut dorang.


Overall cerita ni best lah :) Tu je yang aku boleh cakap sebab aku ni bukannya pandai sangat nak komen punn! HAHA :D Cuma aku nak kongsikan buku yang aku dah baca dengan korang. Mari amalkan budaya membaca! *tetiba -.-


So apa tunggu lagi, pergilah dapatkan senaskhah novel ini sekarang jugak! :D Hehe :) Murah je ~ Rm20.00. Atleast dari korang duk bergayut tepon dengan pakwe 24 jam, apa salahnya baca novel. HAHA :D

Rating : 3/5



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts