[Topik] Diluahkan Atau Disimpan Sahaja Perasaan Itu?

By Mysara Newrie - Monday, November 07, 2011


Assalamualaikum


Aku percaya orang yang tengah baca entry aku ini adalah orang yang mempunyai jiwa dan perasaan yang ingin sayang menyayangi dan cinta mencintai. HAHA :D Ambuiii ayat! Yelah ~ kalau tak kenapa korang tengah baca patah-patah ayat aku nie? HAHA :D


Tadi borak-borak dengan Ayie *ehem ehem bagi royalti dekat aku dehh?* HAHA :D And he gave me an idea to talk about it


Kalau korang ada suka kat seseorang tu kan, korang akan bagitahu atau tak? HAHA :D Haaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Yang ni lah yang aku duk terfikir lama dah tapi tak teringat tapi bila cakap kat Ayie baru teringat padahal sebenarnya dah ingat cuma malas nak tulis sebab mata aku macam ada problem bila tengok screen laptop -.-


Let say lah ~ Korang ada minat kat seseorang. Maybe orang tu adalah kawan rapat korang yang selalu korang hang out, orang yang baru korang kenal, baru nak rapat kan? So kadang-kadang tu, bila dah kenal kee, kadang-kadang ada jugak kan perasaan suka dekat orang tu kan? HAHA :D Ecececeh ~ Aku dah nampak dah ada orang senyum baca entry aku nie. HAHA :D


Tapi sebenarnya kan ada pro and kontra tau dalam hal nie samada korang nak confess dekat si dia tentang perasaan korang atau korang just simpan sahaja perasaan tu seorang diri


Kalau korang confess, maybe korang akan happy sebab mungkin si dia akan ada perasaan jugak dengan korang. Korang akan get into in a relationship and do other stuff that other couples. Then your friends pun akan mula usik usik korang bla bla bla bla ~ dan korang pun blushing sesama sendiri. HAHA :D


Tapi kalau korang confess, maybe si dia dah ada orang lain dan dia just anggap korang ni hanya kawan biasa sahaja. Oh sedihnya lah kan sebab cinta kena reject? Kalau lelaki nak reject senang je sebab korang boleh tujukan lagu Lelaki Seperti Aku by Alif kepada perempuan yang confess dekat korang tue. HAHA :D


Dan bila dah confess, hubungan korang yang memang dah rapat akan slowly akan menjadi renggang sebab korang dah tahu salah seorang dari korang mempunyai perasaan dan ingin hubungan itu lebih dari kawan tapi tak boleh. Korang akan rasa janggal untuk lepak sama-sama, rasa kekok dan end up korang just akan tengok sesama sendiri dari jauh tanpa senyuman di bibir. Perghhhhhhhhh ~ Sedih tuu


Sebab tu ada sesetengah orang fikir lebih baik aku simpan perasaan ini sebab atleast dia masih kawan dan rapat dengan aku dan aku boleh sentiasa berada dekat dengan dia. And yeah ~ kadang-kadang aku pun ada jugak terfikir pasal benda nie sebenarnya dimana, lebih baik kita simpan perasaan kita ni sorangsorang


Tapi kalau korang tak confess, korang yang akan sakit. Yelah ~ Korang dah ada perasaan kat si dia dan si dia tak tahu apa-apa pun pasal perasaan korang. Melihat dia bergaul dan bergelak ketawa dengan orang lain, sah lah akan ada perasaan cemburu kan? Sebab korang rasa korang patut berada di tempat tu. Weyh ~ tak kan lah korang tak pernah rasa cemburu kan? HAHA :D


Tapi kan ~ kalau korang tak confess, kita manalah tahu kot kot ~ sebenarnya orang yang korang suka tu sebenarnya dia tengah tunggu korang. Maybe dia malu ke atau tak berapa sure kan. Dia mungkin tunggu kau tapi masalahnya korang yang tak start dulu. So end up korang sesama sendiri duk sakit sebab pendamkan perasaan. Sedih kan?


Nak nak ~ lepas masing-masing dah kahwin ke, tibatiba dapat tahu "sebenarnyakan tuttt dah lama minat dekat kau. Cuma masa tu dia tengok kau yang macam biasa je so dia pun decide nak simpan je lah perasaan die sorangsorang" Haaaaaaaaaa ~ amik kauu ~ Tepuk dahi lah masa tue. Huhu


Sebab tu ada sesetengah orang begitu berani meluahkan perasaan die sebab dia rasa perkara ini patut diberitahu. Terima atau tolak ; itu soal nombor 2. Yang penting, soal nombor 1 iaitu meluahkan perasaan dah selesai sebab ada orang tak sanggup kan tengok orang yang dia sayang, dikebas oleh orang lain. Hmm ~ gigit kuku lah jawabnya -.-


Sebenarnya its depends on the people and situation sebenarnya. Kalau korang yakin yang dia pun ada perasaan dekat korang, so go fight for your love lah kan? Sebab perasaan ini bukan senang nak datang. Sekali dia datang, sepanjang hayat lah korang akan kenang-kenangkan?


Kalau korang suka dengan dia, make an effort untuk berkawan dengan dia, kenali dengan dia lebih rapat. Lepas tu, try usha-usha kawan-kawan dia, dia ni orangnya yang macamana. Buktikan kepada dia yang korang serius dan bukan main-main. And one more, perempuan paling tak suka kalau lelaki mainkan perasaan dia


Tapi kalau orang yang korang suka tu dah ada orang lain, aku rasa better korang simpan perasaan tue. Jangan diluahkan sebab takut nanti dia akan mula menjauhkan diri dari korang dan akhirnya korang yang sakit sebab mampu melihat dia dari jauh tapi tak mampu nak bergelak ketawa dengan dia.


Kalau tanya pendapat aku sendiri kan, aku berbelah bagi sebenarnya sebab aku akan tengok keadaan dulu macamana. Susah nak cakap benda ni sebab lain orang, lain caranya kan?



So apa pendapat korang? Patut diluahkan atau disimpan sahaja perasaan itu? Hehe :)

  • Share:

You Might Also Like

6 comments