Berfikir Boleh Tapi Jangan Sampai Overthinking!

By Mysara Newrie - Wednesday, November 30, 2011


Assalamualaikum


Tadi bukak FB. Mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku. Fuhh ~ lega jugak sebenarnya. Hehe :) Hanya mereka yang terpilih sahaja untuk tahu pasal nie. HAHA :D


Sejak aku keseorangan ni, aku macam selalu fikir tentang masa depan aku. Pasal study aku, kerjaya aku, family aku, bakal suami aku yang aku percaya sedang memperbaiki dirinya untuk aku, anak-anak aku nanti, macam mana life aku nanti bila dah jadi isteri orang, macam mana aku nak didik anak-anak aku nanti, apa yang aku nak nanti bila dah besar, macam mana aku nak susun kehidupan aku.


tapi kita manusia, hanya mampu merancang. Allah swt yang tentukannya. Ya Allah ~ Kau perkenankanlah doa-doaku. Aminn :)


Cakaplah aku mengada-ngada ke, gedikk ke sebab aku dah berfikir tentang itu semua sebab umur aku pun baru 19 tahun. Yessssss ~ baru je 19 tahun 11 bulan :) Memanglah pada waktu-waktu umur ini masih terlalu awal untuk berbicara tentang semua ini tapi aku tak kisah. This is my life and my future. Aku ada hak untuk fikir semua tue


Macam orang lain jugak, mestilah ada impian masing-masing nak berjaya nanti. Aku tahu, lain orang, lain caranya, lain pandangannya. Tapi bagi aku, kau nak lah sesuatu dengan cara apa sekali pun, tapi apa yang penting adalah tindakan kau selepas ini


Contohnya, kau nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik aka PTD. Macam mana nak jadi semua tue? Bukan senang so in order kau nak capai semua tu, kau kena bertindak sekarang. Belajar, buat reseach semua tue, cari pengalaman, improve your communication skills. Macam tu lah ~ :)


Sebab bagi aku, masa depan kita berubah mengikut apa yang kita lakukan sekarang ini. Sebab itu, aku sangat-sangat teliti dan cerewet bila fikir tentang sesuatu especilly bila melibatkan masa depan dan kehidupan aku. Sebab kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan nanti kan? Dann aku tak berani untuk main-main dengan masa depan aku


Kalau aku mengambil sesuatu tindakan itu, mesti ada reason di sebaliknya, bukan suka-suka. Even kalau aku nak shopping pun, aku akan fikir macam-macam benda dalam fikiran aku. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni OVERTHINKING -.-


Kawan aku cakap aku ni dah matang, sangat-sangat matang kalau fikir tentang hidup ini. Aku hanya tersengih jee bila dia cakap macam tue sambil tangan aku rancak bersihkan udang-udang. Udang-udang tu pun aku rasa macam duk gelak je tengok aku -.-


Sebenarnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh terfikir semua tue. Mungkin disebabkan pengalaman aku yang lepas-lepas, keadaan sekeliling aku, cerita dari orang sekeliling aku dan pembacaan aku. Mungkinn ~


Sebenarnya aku tak tahu apa tujuan aku nak tulis entry ini cuma aku rasa macam aku perlu tulis sebab aku rasa ini lah yang bermain dalam fikiran aku. Yess ~ Macam-macam bermain dalam fikiran aku sekarang ini.


Banyak sangat yang aku fikirkan sekarang ini dan ingin sahaja aku luahkan dalam blog tapi end up, aku tak tahu yang mana satu harus aku tulis dahulu kerana bagi aku, semuanya penting :)


p/s : teringin nak lepak pantai sambil fikirkan dan luahkan semua yang terbuku dan aku mengharapkan kauuu untuk berada dengan aku :') KAU = RR

  • Share:

You Might Also Like

0 comments