emo

O Allah, Please Help Me

By Mysara Newrie - Sunday, November 20, 2011


Assalamualaikum


Pagi tadi lepas aku update entry ini, aku tengok movie, cerita Titanic. Hmm ~


Aku sebenarnya agak down hari ini. Err ~ Bukan agak down tapi yang sebenarnya memang dah down sangat-sangat dah punnn ~ Aku tak tahu kenapa aku jadi macam nie.


Selalunya kalau 1st day semester, aku lah manusia paling kecoh sekali sebab dah jumpa kawan-kawan sambil mulut macam tak menyempat-nyempat nak bercerita itu ini sepanjang cuti semester. Memang the whole day aku kan penat giler satu badan sebab duk angkat barang dan kemas-kemas di samping mulut akan berceloteh itu ini


Tapiii 1st day semester ini, aku memang pendiam terussssssss! Senyap macam budak part 1 yang baru masuk U dan tak tahu apa maksudnya life kat U. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam nie


Aku sebenarnya takut dengan apa yang bakal aku hadapi sem nie. Banyak benda yang mungkin akan berlaku pada aku. Banyak perkara yang bakal aku lalui. Aku takut aku tak mampu nak hadapi semua ini


Dalam masa yang sama, aku sedang berfikir, betul atau tidak keputusan yang aku amik ni sebab ni melibatkan masa depan aku. Aku nak semester ini sama macam semester-semester yang lepas tapi aku tahu, itu adalah perkara yang mustahil


Aku cuba untuk lupakan apa yang bermain dalam benak fikiran aku tapi benda tu keep on going terus menghantui aku sampaikan aku pening kepala duk fikir dan sampaikan aku tak lalu nak makan tengahari tadi.


Aku hairan, mana Mysara Newrie yang aku kenal dulu dah terbang dan menghilang? Mana dia? Aku nak DIA sebab aku tahu dia seorang yang kuat, tabah, tak mudah berputus asa dan sentiasa ceria dan happy. Tapi mana DIA dah menghilang?


ya Allah ~ Kau bantulah hambaMu ini menghadapi semua dugaan dan cabaran yang bakal aku lalui sepanjang tempoh pengajian aku di sini. Berikanlah aku petunjuk agar aku tak mudah lalai dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.


ya Allah ~ Kau berikanlah sedikit kekuatan yang Kau berikan kepada Nabi Muhammad saw semasa baginda menghadapi tentangan dari pihak-pihak yang ingin menjatuhkan baginda. Sesungguhnya, di kala dan saat ini, aku terasa sungguh lemah


ya Allah ~ kuatkanlah hatiku ini, buka kanlah hatiku ini, tabahkan hatiku ini untuk menerima segala perkara yang baik dan buangkan perasaan resah yang bermain-main dalam kotak fikiran dan hatiku ini. Aku tahu ini semua hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan aku. Maka, Kau lindungilah aku dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak cucu Adam


ya Allah ~ Kau lah tempat aku mengadu. Kau lah tempat aku menangis. Kau perkenankanlah doaku ini dan berikanlah aku kekuatan dari segala aspek agar aku tak terus dilanda dilemma begini. Kau bantulah aku dalam mencari Mysara Newrie yang sebenarnya agar aku tak terus berendam dalam air mata sebegini


ya Allah ~ bantulah hambaMu ini


*crying

  • Share:

You Might Also Like

0 comments