Sekitar Majlis Pertunangan Ezzat Aziz & Eyra Zaki
By Mysara Newrie - Monday, November 14, 2011
Assalamualaikum
Kang hari itu aku ada tulis yang tarikh 11.11.11 menyebabkan pergaduhan kan? Haishh ~ Memang betul pun dan sekarang kawan aku dah remove budak tue. HAHA :D Padan muka :p
Tapi dalam ada yang duk bergaduh-gaduh tu, tarikh 11.11.11 merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh Ezzat Aziz dan tunangnya, Eyra Zaki. Siapa tue? Sepupu aku lah ~ Ezzat Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Along dalam family aku nie.
Bacaan Doa
Pelamin untuk proses sarung cincin di jari bakal Kak Ipar kuuuuuuuuuuuu. Act aku dah anggap Along tu macam abang aku sendiri dahh punn. BTW cantik kan pelamin nie? Hehe :)
Pagi Jumaat tu aku dah siap-siap dah apa-apa yang patut dan lepas Sembahyang Jumaat, kitorang berangkat ~ Mak Long aku suruh aku make up. Ya Allah ~ Mau dekat 2 jam aku duk menghadap cermin duk makeup lepas tu duk pakai tudung ala-ala Hana Tajima. Eh eh ~ Masalahnya, macam Hana Tajima ker? Non adooooooooooo ~
Lepas Sembahyang Jumaat, kitorang, rombongan lelaki sampai di rumah pihak perempuan. Aku dengan kazen-kazen aku diwajibkan pakai warna hitam, ikut tema katanya sebab kitorang yang akan bawak dulang hantaran tu nanti. Jenuhlah aku cari baju warna hitam dan yang ada hanyalah baju kebaya T__T So pakai lah ~
Rombongan pihak lelaki yang baru sampai di rumah pihak perempuan
Fatin, Aku dan Intan ; cousins
So sampai je kat rumah pihak perempuan, Tok Da yang bertindak sebagai ketua rombongan memulakan pantun-pantun. Acececeh ~ Cayalah Tok Da! HAHA :D Aku pulak macam excited nak mampuss -.- Yelah ~ 1st time menghadiri majlis-majlis yang macam ni dan bertindak sebagai tulang belakang dalam majlis-majlis macam nie. HAHA :D
Selepas pihak perempuan menyatakan persetujuan, so proses penyarungan cincin oleh Mak Long kepada Kak Eyra pun berlangsung. Klip klip klap klap bunyi kamera duk amik. Kebetulan pulak, aku tak ada orang yang nak tolong amikkan gambar -.- So terpaksalah aku yang pergi amik. Ni pun ada gambar-gambar yang aku curi dari FB Kak Eyra dan jugak gambar dari kamera cousins aku. HAHA :D
Lepas dah siap sarung cincin tue, tetiba family Kak Eyra suruh Along naik atas rumah sebab masa tu Along duk kat luar rumah je. Rupa-rupanya Ayah Kak Eyra nak sarung cincin kat Along. Kiranya masa tu agak supriselah sebab tak tahu pun nak sarung cincin jugak kat Along
Cium tangan selepas selesai sarung cincin
Along cium tangan bakal ayah mertuanya :)
Lepas dah settle semua, apa lagi? Amik gambar lahh! Tapi aku tak banyak sangat amik gambar sebab aku dah serabut dengan kebaya aku tue -.- Susah ar nak gerak situ sana sini. Kalau baju kurung, aku fine fine je. Ni kebaya you olss. Tak koserrr makk ~
Then apa lagi? Makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! HAHA :D Makan nasi kuning dengan bubur kacang. Sedap! :D Tapi nasi kuning aku dan makan sikit je sebab masa tu aku sibuk amik gambar orang lain. Hehe
So talk less, picture moreeeeeeeeeee ! :D
Hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan, 7 dulang
Hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki, 9 dulang
Ezzat Aziz & Eyra Zaki together since high school eh? Hehe :)
Eceh ~ malu malu pulak sebab kena usik. HAHA :D
Tok Da & Kak Eyra
From left ; Papa, Along, Mak Long dan Kak Eyra
Dont misunderstood. Aku memang panggil pak saudara aku Papa. HAHA :D
Mak aku dan Kak Eyra
Gadis pengangkat dulang hantaran. Non adoo ~ Aku sorang je yang ada hitam kuning T__T
Makan makanggggggg
Nak balik dah nie. Bapak kecoh sebab nak letak nasi dengan cake kat mana. HAHA :D
Alhamdulillah ~ Semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah yang berlaku. Overall okay lah :) Dalam pukul 5 lebih rasanya, semuanya selesai dan kitorang pun balik.
Tapi ada yang tak balik rumah lagi sebab nak pergi Salem Aziz. HAHA :D Dan maybe kejap lagi, mak aku ajak aku pergi Salem Aziz atau pun Pasar Payang sebab nak pergi tengok kain :)
"Dah selesai dah satu babak. Tinggal dua babak lagi"
"Aah ~ Selesai dah Along bertunang. Lepas ni Alang bertunang dan kemudian Along pulak kahwin"
Hehe :) Insyallah ~ Tahun depan adalah ahli baru dalam family kitorang. Kak Eyra dan Kak Fiza. Auw auwwwwwwwwww ~ Tak sabar-sabar pulak aku! HAHA :D Eh eh ~ Aku pulak yang excited lebih
"Saya sudah bertunang. Anda bila lagi?" - Along
HAHA :D
7 comments