Biar Aku Sahaja Yang Tahu Siapa Dia

By Mysara Newrie - Saturday, November 12, 2011


Assalamualaikum


Mata sebenarnya dah mengantuk sangat-sangat since petang semalam. Baru nak tidur, bibik mintak aku tolong dia. Ok tak jadi nak nak tidur. Then pukul 8 malam semalam, baru nak tidur, tetiba terjaga sebab my uncle and my aunt datang rumah along with my cousins. Tak jadi tidur


Tengok Maharaja Lawak Mega tapi tak habis. Online dan sekarang sedang membaca blog seseorang.


I dont know. Aku rasa life dia sangat-sangat perfect. Dia sangatlah cantik orangnya, layak dipanggil kakak oleh aku, sangat-sangat bijak. Die mempunyai parents yang sangat-sangat supportive, hidup yang senang dan adik beradik yang lawa


Tapi yang buat aku terharu dengan dia, dia ada kawan lelaki yang boleh aku kategorikan 'a perfect man'. Sumpah aku cakap. Aku selalu baca entry-entry dia pasal dia dengan kawan lelaki dia


Dia tak declare pun hubungan dia dengan kawan lelaki dia. Dorang tak couple pun. Yuppp ~ Aku pernah rasa macam tu. Sebab bagi dia, tak perlu nak namakan apa hubungan itu kerana yang penting, kita dapat rasakan itu dalam hati. Cuma dia namakan itu sebagai persahabatan antara dua hati. So sweet :)


Dorang dah kenal selama 8 bulan. Tapi sebelum itu, dia selalu stalk kawan lelaki dia ni selama lebih 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu, macam-macam dia buat. Die cakap, memang sakit sebab kena tahan sorang-sorang tapi yang penting dia ikhlas


Dia minat kawan lelaki dia tu bukan sebab dia nak jadikan lelaki tu sebagai pasangan satu hari, satu minggu, satu bulan dan sebagainya tetapi pasangan yang berada di sisi dia sehingga ke akhir hayat die. So sweet ~


Tapi yang buat aku rasa macam suka sangat dengan dia sebab dia cakap pertemuan dia dengan kawan lelaki dia tu adalah takdir Allah yang tentukan. Dia yang pilih lelaki tu untuk menjadi teman hidup dia pada masa yang akan datang. Dia lepaskan ego die sebab dia ikhlas nak kenal dengan kawan lelaki dia tue


Dan alhamdulillah ~ kawan lelaki dia tu terima dia dan dorang happy :) Dia cakap, kalau kita ikhlas sayang dengan seseorang, orang tu akan tak kan ragu-ragu untuk balas sayang kita. Dan penantian dia berbaloi sangat-sangat sebab akhirnya lelaki tu jadikan dia sebagai teman istimewa dia


Dia pernah bertanya dengan kawan lelaki die "Awak menyesal tak berkawan dengan saya?" dan suddenly lelaki tu membalas "Tak ~ Ianya satu anugerah" So sweet ~


Kawan lelaki dia memang sweet ~ Memasak untuk dia bila die tengah sakit, hantar dia pergi kelas bila die kehilangan kawan baik dia. Dia cakap kawan lelaki dia tu layan die seperti dia seorang PRINCESS dan die pernah cakap "how lucky I am to have you in my life"


Dan aku yang membaca cerita dia, rasa sangat-sangat happy untuk mereka. Aku doakan jodoh mereka kelak sehingga ke akhir hayat. Hubungan mereka sangat-sangat jujur dan dia selalu zahirkan perasaan dia dalam blog dan selalu berdoa agar Allah swt lindungi dan kuatkan hati mereka


Jangan gelak ehh kalau aku cakap masa aku tengah taip entry ini aku menangis. HAHA :D Sebab aku yang baca pun dapat rasa kejujuran dalam setiap apa yang dia cakap dan tulis. Aku dapat rasa kan keikhlasan, kesetiaan dan perasaan gembira dia dengan kehidupan dia. Aku cuma happy untuk kehidupan dia


Siapa orangnya? Biar aku sorang yang tahu :')


Ya Allah ~ semoga kebahgiaan hidup itu milik aku suatu hari nanti. Aminn ~


  • Share:

You Might Also Like

4 comments