[Topik] Tak Salah Nak Prank Kawan-Kawan Tapi Biarlah Ada Hadnya

Thursday, November 03, 2011


Assalamualaikum


Arghhh ~ Aku ni cakap tak serupa bikin. Cakap tak nak online lah, itu lah, ini lah kat entry ini tapi alih-alih aku pergi bukak FB. HAHA :D Tengok-tengoklah ada pape yang patut keeee.


Act aku mengantuk sangat-sangat sekarang nie sebab malam tadi aku tidur dalam 2 jam je. See? Aku dah memang tak boleh nak tidur dah sekarang nie. Haishh ~ Bimbang aku -.-


Lepas tu aku tertengok lah satu video yang di share oleh kawan-kawan aku. Semuanya pakat duk bahan gelak belaka. So aku pun macam nak tahu lah apa yang dorang duk gelak sangat tengok video bawah nie


Aku just bagi link video je sebab aku tak tahu macam mana nak masukkan video dari FB ke blog. Aku dah try banyak kali dah tapi error je. Hehe :)






Aku? Mula-mula yess lah aku memang gelak sebab reaksi die terkejut tengok prank macam tue tapi yang aku tak sangka ialah die boleh tumbuk lappy die tu sampai pecah dan tengok muka die yang menangis tue. Isk isk isk ~ memang kesian lah aku tengok die


Lepas tu pulak, dah terkencing pulak -.- Tambah memalukan, kawan dia pulak pergi record video. Bertambah-tambah kesian aku tengok


Act tak salah tau nak prank kawan sendiri tapi kalau inilah yang terjadi, aku rasa boleh bikin gaduh derr ~ Yelah ~ Cuba kau fikir satu-satu kejadian yang berlaku dekat video nie


FIRST

Die tumbuk lappy die sampai pecah. Cuba kau fikir lappy macam tu konfem konfem lah harga mahal kan? Lepas tu rosak disebabkan benda-benda yang bodoh seperti prank macam video nie. Kalau aku lah, aku mengamuk sakan dah -.- Sebab aku pernah kena prank bodoh macam nie -.-

Masa tu aku tengah online atas katil pukul 3 pagi dekat hostel. Sekali member aku kasi FB budak kecik. Die suruh aku tengok. Aku pun tengok lah ~ Amenda lah yang kawan aku nak sampaikan nie. Sekali amik kauuuu ~ terkeluar lah hantu dengan suara nyaring nak mampuss. Dah lah masa tu aku pakai earphone.

Kau tahu aku buat apa? Aku baling lappy aku teruss. Nasib lah aku kat atas katil -.- Sebab tu aku tak suke prank prank bodoh macam nie. Kadang-kadang boleh bikin orang mati sebab sakit jantung tau? Dan kalau lappy rosak, kos yang agak beriban-riban jugak tu nak baiki lappy atau nak beli lappy baru -.-


SECOND

Prank yang macam ni sebenarnya boleh bikin orang mati. Macam aku bagitahu tadi, boleh buat orang mati sebab terkejut kan? Yelah ~ Tengah tenang-tenang sekali amik kauu ~ hantu duk depan mata kau dengan suara memang tak boleh blah -.-


Macam dalam video nie, dia tumbuk lappy die sampai pecah kan? Nasib lah die tak kena renjatan elektrik. Kalau terkena, macam mana? Kau rasa kawan die tu nak ke selamatkan die? Lepas tu cuba kau tengok masa mula-mula die lepas tumbuk tue? Tangan die macam sakit kan? Oh tolonglah ~ Masih ada lagi prank lain yang jauh lebih selamat yang kau boleh nak buat sebenarnya -.-


THIRD

Dannnnnn yang ni paling aku kesian. Maruah die memang dah tercalar habis lah sebab dah terkantoi die terkencing dalam seluar. Wehh ~ malu lah sebab orang dah tengok kita dalam keadaan yang macam tue lepas tu direcordkan benda tue dan lepas tu tersebar kat satu dunia. Memanglah benda ni dah lama, tahun 2006 kot but still? Boleh buat gaduh bhaii ~ Tengok muka die masa die cakap "Why you do that?" Huaaaaaaaaaa ~ Sumpah aku kesian doeee tengok orang tue T___T




Maka dengan ini, dengan adanya bukti-bukti yang kukuh, aku rasa orang tu boleh je nak saman orang yang prank die tu menggunakan Law of Tort. BTW Law of Tort ini digunakan untuk kes-kes macam defamation (kecuaian) dan negligence on slander or libel which is innuendo or not (fitnah)


Hehe :) Alhamdulillah ~ Masih ingat lagi LAW 245 dalam otak aku nie :)


So apa yang aku nak sampaikan di sini ialah boleh je kalau nak prank kawan-kawan sekadar suka-suka tapi kena fikir jugak lah kesan kepada prank tu kepada kita dan kawan-kawan kita yang lain. Sebab kita tak tahu apa yang bakal terjadi kan? Jangan fikirkan keseronokkan je sampaikan tuptup ada berita yang buruk bakal kita dengar nanti. Masa tu baru lah tahu nikmat 'best' tue -.-


p/s : Aku tak suka dan takut kalau tengok cerita hantu. Kbai!


You Might Also Like

0 comments