Bila Dah Daftar MUET Kita Boleh Shopping Dengan Riang Ria!

Wednesday, November 16, 2011


Assalamualaikum


Semalam kan aku dah cakap yang aku nak pergi beli PIN MUET kat BSN kan? So Alhamdulillah ~ Aku dah daftar dah untuk MUET :) So sem depan, insyallah ~ aku dengan kawan-kawan aku semua akan buat MUET sama-sama di tempat sama-sama sebab kitorang dah berpakat nak buat di tempat yang sama-sama. HAHA :D


Tu lah namanya kawan sejati aka adik beradik :)


Pagi semalam pukul 10 aku dah keluar dengan mak aku pergi BSN. Nasib baiklah tak ramai orang kat BSN tadi kalau tak T____T Habis melayang RM101 aku sebab nak beli Pin MUET. Yaaa ~ RM 101 untuk sehelai kertas yang kecik

Ye ~ Kertas ini -.-


Actually RM 100 ini adalah untuk yuran-yuran MUET lah :) RM 1.00 tu pulak untuk komisen kepada BSN. Takpelah ~ Duit melayang takpe demi masa depan :)


BTW kepada sesiapa yang dah buat MUET boleh tak kongsi-kongsi dengan aku macam mana nak buat MUET nie. Sebab yang aku tahu kena buat writing, speaking, listening and reading yang mana semuanya aku pernah buat masa Part 1 dan Part 2. Hehe :)


Lepas daftar MUET kat CC yang bau accondnya dah macam bau asap rokok, aku dengan mak aku pergi makan. BTW masa aku daftar MUET semalam, menggigil-gigil tangan aku sebab kalau bab-bab nak daftar online ni, aku memang takut sikit sebab takut salah ke kan? Huhu. Harap-harap tak adalah ~

Mee goreng mamak yang kurang ummpphh bila time hujan-hujan macam nie -.-


Then aku pergi Pustaka Sri Intan kejap sebab nak tengok alat tulis atau barang-barang yang aku rasa tak ada kat Dungun so aku boleh lah beli dekat sini. Adalah jugak mau dekat 30 hengget aku melayang tadi duk shopping sakan dekat PSI. Huhu


Pergi Giant sebab aku yang paksa mak aku pergi Giant dengan alasan "Sara nak beli barang-barang yang Sara tak ada kat Dungun nanti. So boleh lah Sara beli terus kat sini. Barang-barang lain, stok makanan sume Sara boleh beli kat Dungun" Mau dekat setengah jam duk cari parking sebab hujan lebat giler kat Kuala Terengganu


Aku sebenarnya tak ada niat pun nak shopping sakan dekat Giant tapi tu lah ~ Mood shopping aku ni selalu datang tanpa didiuga. Macam kelmarin dulu lah ~ Aku niat nak shopping tapi alih-alih tak beli pape pun tapi tadi Ya Allah ~ agak banyak jugaklah barang-barang yang aku beli. HAHA :D


Alhamdulillah ~ Semua barang-barang yang aku beli tu aku rasa memang aku guna. HAHA :D Tak ada lah nak membazir sangat! Aku beli jeans, beg, baju tidur, seluar panjang, payung, gelang, tudung, botol air, magnet, penyangkut tampal-tampal, bag organizer. Hamikk ~ Tu je lah yang aku mampu nak list kan dan semua barang-barang ni aku nak guna kat U nanti :)


Lepas tu balik je lah ~ Mak aku cakap "Lepas ni kita tak payah keluar rumah 2 hari sebab kalau kita keluar, lagi kita rasa nak beli itu ini" HAHA :D Tapi pape pun, aku rasa happy hari ini sebab dapat happykan mak aku :) Yup ~ Mak aku sumpah happy giler hari ini dan dia cakap dengan aku


"Semoga anak mama ni dapat Dekan tahun depan. Sara lah anak mama yang paling memahami diri mama" *sambil tepuk tepuk paha aku dalam kereta
"Eh tak mau dekan mama!"
"Habis tue?"
"Sara nak dapat ANC, Anugerah Naib Caunselor"

Isk isk ~ Terharu aku bila mak aku cakap macam tue. HAHA :D




Lepas tu balikkkkkkkkkkkkkkkk. Tapi yang paling aku happy sekali ialah aku akhirnya dapat beli benda alah nie. HAHA :D

HAHA :D Cakaplah aku macam budak-budak ke, aku peduli hapeeeeeeeee ~ Aku beli pen-pen ni sebab ada 24 colours yang berlainan dan harga die cuma RM 14 je. Well ~ Biarlah tak ada jenama pun asalkan ada colour-colour dekat nota aku nanti :)


Aku sebenarnya teringin lama dah nak beli marker ni tapi aku hold on dulu sebab yelah ~ berfikir keterlaluan sebelum membeli. Cuma semalam masa aku beli, aku rasa "Sudah tiba masanya kau menjadi milik aku" HAHA :D

See? Bestnyaaaaaaaaaaaaa ada 24 colours yang berlainan! HAHA :D Aku dah mula terbayang-bayang dah softboard aku sem depan mesti penuh dengan kertas-kertas yang berwarna-warni. HAHA :D Ya Allah ~ Kau buangkan lah sifat malasssssssssss ku ini. Aminn


Dan yang bestnya, dia ada cop yang berlainan. Kau tengok gambar atas ni, ada cop kan kat atas penutup pen ni? Hehe :) So boleh lah main cop-cop -.-


Err ~ Actually ni bukan pen tapi lebih kepada marker kot? -.-


You Might Also Like

6 comments