Korang Suka Pakai Make Up?

Tuesday, November 01, 2011


Assalamualaikum


Korang yang perempuan kan kan kan, suka tak pakai make up? Alaaa ~ Make up lahh ! Yang boleh buat muka bertambah serinya. Hehe :)


Make up ni ada banyak jenis pulakkk. Blusher, eyeshadow, eyeliner, lipgloss dan macam-macam lagi lah. Make up ni selalunya orang guna untuk pergi keluar lah, pergi date, pergi kelas, pergi majlis-majlis tertentu. So harusssssssslah pakai make up kan bagi menaikkan seri muka tue. Hehe :)


Aku pun pakai jugak make up. Cuma bukan tiap-tiap hari je lah ~ Aku just pakai make up hari raya, dinner ermm ~ lepas tu bila ehh? Haaaaaaaa ~ See? Aku pun tak tahu bila masanya aku pakai make up sebab aku bukan jenis yang suka pakai make up. Tapi kalau ada mood tu, kadang-kadang aku just pakai eyeliner je lah


Sejak kecik lagi mak aku tak berapa galakkan aku pakai make up sebab mak aku cakap


"..Awak tu masih muda lagi. Kalau pakai make up sejak muda lagi, nanti muka awak teruk sebab dah terdedah dengan kimia-kimia die tue. Nanti dah besar, dah kerja, awak pakai lah make up.."


Haaaaaa ~ Sebab tu lah aku pun tak berapa nak make up sangat lah. Lagipun kalau aku pakai make up kan, aku rasa muka aku macam berat sangat-sangat dan macam ada benda kat muka aku.

Lepas tu mula lah aku nak control bagai sebab yelah kan ~ kalau dah pakai eyeshadow, tak kan lah kau nak tonyoh-tonyoh mata kau bila dah gatal kan? So kenalah garu-garu sikit lepas tu mata pun mula lah berair sebab tahan gatal. HAHA :D


Dan disebabkan itulah aku tak berapa pandai sangat nak make up. Kann ada kan orang guna teknik-teknik yang tertentu lah untuk kasi hidung mancunglah, kasi pipi nampak naiklah kan, tu sumeeeee memang aku tak tahu sehinggalah semalam aku buang tabiat pergi tengok video make up tutorial kat YouTube. HAHA :D


Kalau ada dinner ke apa ke kan, kadang-kadang aku suruh lah kawan-kawan aku tolong make up kan aku sebab kalau aku make up sendiri, memang tak macam make up sebab sebenarnya kan ~ aku segan tauu. Sebab aku bila aku fikir nak pakai make up lebih-lebih mesti ada aku terfikir macam ni


"..orang lain yang dah kahwin pun tak makai make up tebal, habis tu yang aku yang tak kahwin nak lebih-lebih sebab apa pulak? Uishh ~ seganlah kalau orang tengokk.."


Haaaaaaa ~ Sebab tu lah aku kalau make up pun macam tak pakai make up jeee. Haha :D Cuma kalau aku make up, aku just lebihkan dekat bahagian mata je lah ~ Yang lain-lain biasa jeee :)


Lagipun aku ada dengar lah jugak orang cakap


"..orang lelaki ni tak suka sangat dengan perempuan yang make up sebab dan cover natural beauty kita.."


Amikk ~ Ni pun buat aku macam "hish ~ tak payahlah pakai make up" HAHA :D Eh kepada orang lelaki yang terbaca entry aku nie, betul ke orang lelaki tak suka perempuan yang pakai make up? Komen skit! Nak tahu gak :)


Ni muka aku time aku make up. Haha :D Kelakorrr pulak aku tengok gambar nie. Ni kawan aku yang tolong make up kan. Aku just pergi tadah muka je depan die lepas tu yang lain-lain die yang buat. Haha :D Kelakorrr lahh -.- Entah masa bila entah lah kawan aku tu tangkap gambar aku masa nie -.-


Jujurlah aku cakap ehh, aku sangat respect kepada kawan-kawan aku yang sangat-sangat pakai make up dan boleh pergi ke kelas dengan pakai make up bagai sebab bagi aku, mereka mempunyai keberanian. Yelah ~ Keberanian untuk bermake up walaupun hanyalah pergi kelas je.


Kadang-kadang bila dorang tengah siap-siap nak pergi kelas, aku just tengok je benda apa yang dorang buat sebab masa tu aku dah siap dah! HAHA :D Yelah ~ Aku kan tak pakai make up so haruslah aku siap yang paling awal antara semua orang. Haha :D Pluss ~ Aku sangat pentingkan masa :)


Tapi kadang-kadang janganlah over sangat make up sampaikan nak pergi pasar beli ikan pun nak bermake up macam nak pergi kenduri kendara. Sebab masa bulan puasa lepas, aku pergi lah teman mak aku pergi pasar. Ya Allah ~ datang pasar sebab nak beli barang-barang basah je tapi siap dengan bulu mata palsu bagai, perghh ~ nak ngorat tokey ikan ye cik kak? HAHA :D


Its okay to wear make up but please dont over the limit. Sebab kadang-kadang end up kita yang kena kutuk sebab make up overdose. Tak nak lah macam tu kan sebab kita pakai make up sebab nak kasi orang puji. HAHA :D


Bagi aku, aku sangat-sangat tak kisah kalau orang nak make up sebab ni terpulang kepada individu tersebut samada die nak make up atau tak. Kalau pakai make up kan, memang lah nampak cantik cuma make up akan cover kita punya natural beauty. Ada sesetengah orang, bila pakai make up nampak cantik tapi bila tak pakai make up, muka pucattt je. Nasib baiklah geng-geng aku semuanya jenis yang bukan kaki make up sangat. Just simple simple je :)


p/s : air sembahyanglah 'make up' terbaik kita :)



You Might Also Like

4 comments