Aku rindu nak belajar. Aku rindu nak pegang buku balik. Aku rindu nak buat ulang kaji. Aku rindu nak dengar cikgu *opss lepas ni tukar pensyarah lah ~ mengajar. Aku rindu nak duduk dengan kawan-kawan dalam satu kumpulan, belajar. Aku rindu nak pergi library, pinjam buku untuk study.
Kelas yang terakhir di sekolah, subjek Kimia sebelum menempuhi kertas Kimia SPM pada keesokkan harinya :')
Lepas cuci kelas tahun lepas :')
Aku rindu nak pakai baju sekolah. Aku rindu nak pakai baju KRS. Aku rindu nak pergi buat latihan pancaragam. Aku rindu nak pergi mesyuarat kelab-kelab atau persatuan *biar aku tidur pun masa perjumpaan :p Aku rindu nak main bola keranjang, memanah, badminton dan futsal. Aku rindu nak berlari-lari dengan kawan-kawan.Diambil untuk dihadiahkan kepada salah seorang kawan karib kami, Shahida untuk diletakkan dalam frame gambar :')
Menunggu masa untuk membuat amali sembelih burung puyuh :')
Aku rindu nak lepak dengan cikgu-cikgu. Aku rindu nak cakap-cakap dengan cikgu pasal rancangan TV. Aku rindu nak tanya cikgu kalau aku tak faham. Aku rindu nak usik-usik dengan cikgu. Aku rindu nak kena marah dengan cikgu. Aku rindu nak pergi kejar cikgu.
Aku rindu nak lepak dengan kawan-kawan. Aku rindu nak borak-borak dengan semua orang. Aku rindu nak pergi tandas ramai-ramai. Aku rindu nak makan bersama-sama dengan kawan-kawan. Aku rindu nak bukak puasa ramai-ramai. Aku rindu nak pergi outing semua dengan kawan-kawan. Aku rindu nak tengok semua kawan-kawan pakai baju sama jer, macam adik beradik :)
Aku rindu dengan aspuri. Aku rindu nak menjerit dalam aspuri. Aku rindu nak pergi turun kat ampaian, pergi basuh baju dalam mesin basuh. Aku rindu nak dengar bunyi pintu diketuk pagi-pagi hari. Aku rindu nak dengar jeritan "..Aspuri !!!.." Aku rindu nak dengar bunyi healer. Aku rindu nak bunyi hujan turun atas bumbung aspuri. Aku rindu nak pergi berebut tandas aspuri waktu pagi-pagi.
Aku rindu nak pinjam-pinjam barang dengan kawan-kawan. Aku rindu nak dengar suara "..Mai, pinjam tu boleh?.." Aku rindu nak pergi merayau-rayau dalam sekolah. Aku rindu nak pergi buat kacau. Aku rindu nak dengar orang gelak bila aku buat lawak *biar tak lawak pun !
Aku rindu nak duduk dalam kelas yang hanya ada 20 orang pelajar jer. Aku rindu nak buat kecoh-kecoh dalam kelas. Aku rindu nak buat bising dalam kelas sampai ada orang cakap "..Senyap gak Mai.." Aku rindu nak gelak-gelak dengan kawan-kawan. Aku rindu nak makan maggi dalam kelas. Aku rindu nak tidur dalam kelas.
Malam tadi, aku mimpi aku kat sekolah balik. Masa tu semua orang, aspuri dan aspura macam happening jer. Satu situasi yang tak pernah berlaku sebelum ini. Semua orang happy dan bergelak ketawa. Masa tu semua orang dalam dewan makan, nak makan. Sementara tunggu makanan *aku ingat lagi, makan sup ikan dengan sotong goreng kunyit ! kitorang bergurau senda. Seronok sangat ~
Dan bila sedar balik, itu semua hanya mimpi. Yang tinggal kenangan manis jer :) Akan aku simpan kenangan tu ketat-ketat dalam kotak memori aku.
Campus @ Matrix Life ! Here I come ! ^_^
Tak mau sedih-sedih dah lagi. Hidup kena pandang masa depan kan? I will ~
Allah know the best for me :)
Allah know the best for me :)
10 comments