Pandai Buat Anak Tapi . . .

By Mysara Newrie - Monday, April 12, 2010


INI ENTRY SERIUS DAN PANJANG BERJELA-JELA. TAK SUKA BOLEH JALAN DAAA ~

Salam. Aku tahu sebelum aku postkan entry ini, dah ramai blogger yang cerita pasal ini. Dan sejak tiga hari yang lepas, aku rasa aku terpanggil pulak nak cerita pasal nie.


BUANG BAYI !

Inilah yang aku nak cerita pada entry aku kali ini. Sedih sangat bila tengok ada bayi yang terbuang sana sini. Mana pergi sifat kita sebagai manusia yang penuh dengan sifat kasih sayang? Mana?!

Punca kes-kes buang bayi kita dah boleh agak dah. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, ibu bapa yang kurang main peranan, sifat remaja sendiri yang ingin mencuba, kurangnya didikan agama. Semua itu lah yang menjadi punca kepada kes-kes buang bayi ini.

Bila dah syok memadu kasih, mula lah mintak itu ini. Yang si lelaki merengek-rengek kepada si perempuan. Si perempuan pulak tolak-tolak tapi dalam hati mau. Tolakan yang tidak bersungguh-sungguh. Maka, bila dah termakan godaan syaitan dan mengikut kehendak nafsu, perut yang kosong mula berisi. Maruah perempuan yang selama ini terjaga tergadai begitu sahaja. Lelaki pula janji tak nak buat lagi. "..Sayang, I janji ! Lepas ni kita tak buat dah.."

Tapi setakat mana boleh percaya dengan janji tue? Lepas dari yang pertama, terus meleret-leret ke dua tiga empat kali. Subhanallah ~ Ada jugak yang dah mula duduk satu rumah macam laki bini padahal tak kahwin lagi. Masa tu rasa bahagia jer ~ Masing-masing tak tahu langit tu tinggi ke rendah.


Bila dah mula tak datang bulan dan symtom-symtom mengandung datang, mulalah si perempuan bimbang. Mula mengadu kat si lelaki. Bila si lelaki tahu, terus terduduk, tepuk dahi. Si perempuan dah mula menangis tak tentu pasal, mintak si lelaki bertanggungjawab. Si lelaki berjanji kepada si perempuan tapi setakat janji kosong jer buat apa? Kalau si lelaki betul-betul tunaikan janji, nasib baik lah ~ Tapi yang aku hairankannya, apa pasal tak kahwin awal-awal?

Ada jugak si lelaki yang suruh si perempuan gugurkan kandungan. Lebih kejam lagi, si lelaki tinggalkan si perempuan. Si perempuan dah tak tentu arah dah. Dah tak ada tempat nak mengadu. Masa ini otak dah tak boleh berfikiran secara waras lagi. Mulalah fikir benda yang bukan-bukan asalkan boleh lepas dari masalah.

Yang gugurkan anak, gugur. Kalau dah betul-betul insaf, tak pe lah. Alhamdulillah ~ Tapi kalau lepas tu, buat lagi, apa kes tue? Lepas tu gugur lagi. Dah tak takut azab kat sana ker? Mengugurkan kandungan itu sudah diibaratkan membunuh tahu tak??


Kalau yang teruskan kandungan tu, dalam tempoh 9 bulan, macam-macam keputusan bermain dalam otak fikiran. Nak buang, nak simpan, nak bela atau nak bagi kat orang? Tapi nak lari dari masalah punya pasal, sanggup buang bayi yang tak berdosa tue T______T

Ya Allah ~ Kau selamatkanlah saudara-saudara ku di luar sana itu dari perkara-perkara yang dilarang oleh MU. Ya ~ Saudara-saudara ku ini semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam ! Masyallah ~ Berzina satu dosa, gugurkan kandungan satu dosa, buang bayi satu dosa. Ya Allah ~

Kawan aku cakap kes buang bayi ini sepatutnya tak patut berlaku dalam kalangan manusia yang telah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah swt. Memang betul sebab kita boleh fikirkan semua ini dari A sehingga Z. Kalau ambil jalan mudah nak selesaikan masalah, sampai bila-bila pun tak selesai.


Kawan aku cakap lebih baik gugurkan kandungan tu sebab kalau dah tahu tak nak bayi tu, lebih baik gugurkan sahaja. Aku tak berapa setuju dengan pendapat die tue. Yelah, lain orang lain pendapat kan?

Bagi aku lah, teruskan kandungan itu. Lahirkan anak tu sebab anak tu tak berdosa langsung. Yang bersalahnya, mak bapak budak tue. Daftarkan anak tu kat Jabatan Kebajikan Masyarakat kalau tak nak anak tue.

Tak pun bagi kat mana-mana pasangan suami isteri yang nak kan anak. Ataupun, lebih baik aka AFDAL kalau si perempuan tersebut masuk mana-mana pusat perlindungan untuk wanita-wanita. Selain dari nasib terjamin, dapat jugak menginsafkan diri sendiri dan dapat mendekatkan diri kepada Allah swt.

Macam mana pun, janganlah di buang bayi-bayi ini. Buang bayi ini bukan penyelesaian kepada semua masalah ini. Aku rasa makin bertambah masalah ada lah ~


Tapi bila kita fikirkan apa yang akan terjadi pada 20 tahun yang akan datang. Bayi-bayi tersebut dah besar. Kehidupan mereka aku rasa tak seindah yang mereka sangkakan. Kemungkinan besar, komuniti masyarakat akan hina mereka hanya kerana mereka ini anak luar nikah. Mereka akan tertekan dan mula buat perkara-perkara yang dilarang untuk gembirakan hati mereka. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Kalau hal ini berterusan, ianya akan terus berulang-ulang seperti roda. Sampai bila benda ini nak berhenti?

Kita sebagai komuniti masyarakat, janganlah kita sisihkan anak luar nikah nie. Mereka tak berdosa. Mereka hanya ingin meneruskan kehidupan seperti biasa. Sepatutnya kita bagi semangat kat mereka, bagi bimbingan kepada mereka.

Kepada si perempuan yang sudah terlanjur, tak terlambat lagi untuk bertaubat. Berlindunglah di mana-mana pusat kebajikan. Lupakan masa lampau, fikirkan masa depan. Kita tak boleh mengubah apa yang dah lepas tapi kita mampu ubah apa di depan kita.

Kita yang masih ada nie, janganlah sesekali mendekati zina. Sekali kita dah terjebak, susah kita nak keluar balik dari semua ini. Masa depan kita gelap, kawan-kawan lari dari kita, keluarga mendesak kita, masyarakat mencemuh. Banyak kesan negatifnya. Lebih baik kita jauhkan dari semua ini. Tak pun, kahwin je terus !

Hargailah anak-anak. Anal-anak itu adalah anugerah Allah swt yang paling bernilai.


p/s : Aku hanya menaip berdasarkan apa yang aku fikirkan. Aku mintak maaf kalau ada yang terasa hati atau tak senang dengan entry aku kali ini. Aku hanya sekadar meluahkan pendapat. Bukan nak menjatuhkan sesiapa pun.

  • Share:

You Might Also Like

35 comments