Menghias Bilik Adalah Perkara Yang Senang ! :)
By Mysara Newrie - Thursday, April 29, 2010
Contest Followers ke 500 masih berlangsung lagi. Sila klik di sidebar untuk maklumat lanjut :)
Salam. Hehe. Hari ini bangun-bangun dari tidur terus turun bawah. Mak aku tengah tengok TV. Dan bila aku turun, mak aku tengok jam pukul berapa dan tengok dekat aku sambil cakap "..Mama tak tahulah nak ucap selamat pagi ke atau selamat tengahari.." Haha ;DDD
Kali ini jeng jeng jeng ! Haha. Aku nak bagi tips dekat korang untuk hias bilik ! Haha. Hari tu kan aku dah bagi tips mengemas bilik. Hehe. Tapi sekarang ini bilik aku dah tak kemas dah T_______T
Ok ok ok. Bila bilik dah kemas tapi kurang bermaya tak ada guna jugak kan? Haha. Masa nak hias bilik, macam-macam kita boleh buat. Mengikut pengalaman aku lah semasa di asrama dulu, aku guna softboard, wallpaper dan kertas mahjong untuk hias bilik aku.
Bagi aku, apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk hias bilik, guna jer. Kadang-kadang, kalau kita gantung beg, topi, tali pinggang atau selendang pun boleh diibaratkan sebagai menghias bilik. Haha. Memang pelik tapi daripada biarkan bilik tu macam kosong dan tak bermaya, baik guna benda-benda tu kan? Hehe ;) So sape yang cakap hias bilik tu susah, meh meh sini aku cuuubiiitttt pipi die :)
Tapi kalau korang gantung baju, err ~ Aku tak berapa nak galakkan lah ~ Hehe
Yang ini contoh bilik aku semasa aku di asrama. Tengok ~ Aku gantung beg, aku tampal kertas mahjong dan wallpaper dan aku guna softboard. Dengan adanya benda-benda macam ini, bilik korang akan kelihatan 'lain daripada yang lain' Hehe
Tapi ada satu lagi cara yang boleh korang praktikkan untuk hias bilik korang. Hehe. Korang boleh tampal sticker ! Haha ;DDD Act sticker ni dah lama dah di pasaran cuma aku je yang baru nak guna. Hehe
Sticker ni ada jual di mana-mana. Kalau di Kota Kinabalu ni, ada di City Mall dan Pasar Gaya. Kalau di tempat-tempat lain, aku tak pasti sangat ada jual kat mana tapi cubalah cari kat kedai alat-alat tulis. Mungkin ada kot :)
Aku pilih corak nie ^_^ Hehe. Act ada macam-macam corak taw ~ Ada bunga, rama-rama, kucing, kartun-kartun. Kalau perempuan sesuailah tapi kalau lelaki aku tak sure sangat ada tak corak-corak yang macam boyish sikit. Hehe. Aku beli ni kat Pasar Gaya dengan harga RM 7.90
Tengoklah ~ Kosong jer ~ Aku bangun tidur pun rasa tak bersemangat sebab tak ada benda. Yang ada hanyalah dinding kosong berwarna putih. Walaweh ~ Bosan lah ~ Haha
Dengan menggunakan sticker tue, aku tampal lah ~ Fuhhh ~ Hampir sejam jugak lah aku duk tampal sticker tu kat dinding. Haha. Berpeluh-peluh aku. Aku tampal ini pun sebab mak aku dah bising "..Sara, bila nak tampal sticker tue?.." Ya Allah ~ Malasnya nak buat. Haha ;DDD
Tarrraaaa ! Haha. Inilah hasilnya selepas aku tampal sticker-sticker tue. Hehe. Yang gambar kucing tu yang paling aku geram sekali. Haish ~ Susah giler nak tampal kau. Nasib baik lah kau tu comel, kalau tak dah lama aku buang. Haha ;DDD
Act aku nak tampal di tengah-tengah taw ~ Tapi mak aku cakap takut halang kiblat masa nak sembahyang nanti. So aku buat je lah kat tepi tu sikit. Hehe :) Tetiba teringat dekat kucing aku di Terengganu. Oh Comel ! Rindu engkau lah ~ T____T
Gambar jarak dekat. Hehe. Ok lah tu kan? Oh mesti korang tertanya-tanya kan macam mana aku boleh tampal sticker dengan macam ini. Act kat belakang sticker tu, dah ada dah guide yang dia bagi untuk sticker-sticker ni. Hehe. Macam yang aku beli ini, macam inilah corak die. Hehe
Sooo aku rasa itu je kot tips-tips nak hias bilik. Haha. Kalau nak lebih extreme lagi, korang boleh guna kotak rokok untuk brother-brother yang kuat merokok dan duit syiling untuk sesape yang kaya. Haha
12 comments