Tips Mengemas Bilik

By Mysara Newrie - Thursday, April 15, 2010


Salam. Wua ~ Pagi-pagi lagi mak aku kejutkan aku sebab suruh teman die pergi pasar. Aduyai ~ Dalam keadaan mamai, aku still boleh dengar lagi radio Hotfm Am Crew iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail *mak aku yang pasanglah ~ Dan tetiba aku tergelak-gelak dalam keadaan mamai sebab pasal pemanggil yang nama die Pak Long tue. Haha

Ada sesape dengar radio Hot fm pagi tadi tak semasa Pak Long tu call?

Pergi pasar basah di Putatan *abaikan nama dia Ikan-ikan kat situ semuanya segar-segar ! Haha. Dan yang paling aku suka pasal pasar tue ialah, di saat kaki kamu melangkah ke dalam pasar itu, kamu akan rasa sejuk jer. Ibarat korang buka pintu peti sejuk lepas tu duduk depan peti sejuk, menghendap-hendap cari makanan. Haha

Abang tua tue tengah siang ikan. Kenapa die tak malam kan ikan tu hah?


Balik rumah, aku dan mak aku meneruskan misi kami berdua yang selama ini tertangguh. Haha. Misi apa?

Misi mengemas bilik ! Haha

Act bilik aku tu sempoi sangat-sangat. Macam bilik orang bujang. Kang tak pasal-pasal orang tertukar, aku ini lelaki ke perempuan. Naya tue ~

Inilah bilik aku di sini. Sangat-sangat bosan + tak bermaya + tak ceria + nampak serabut
Ok. Jangan salah faham. Baju-baju yang aku letak atas katil tu sebab aku nak lipat. Bukan jenis aku yang suka longgokkan kain banyak-banyak ok? I rajin tawwww ~ Haha ;DDD

Maka, dengan itu, aku rasa sangat-sangat rajin untuk mengemas bilik aku ! Haha.

Jom deco bersama Mysara ! Deco! Deco ! Deco !
Alah ~ Iklan Celcom Blue yang dulu-dulu tuee ~ Ingat tak? Hehe
Aku nak bagi tips sikit untuk kemas bilik :
  • Mulakan dengan mengutip mana-mana sampah-sampah atau kertas-kertas atau plastik beg shopping anda. Benda-benda inilah yang buat semak kat bilik korang tahu tak ~
  • Kutip mana-mana baju kotor. Mana-mana baju yang bersih, lipat elok-elok. Lepas tu susun semua baju-baju dalam almari agar nampak kemas dan senang nak diambil nanti
  • Buangkan semua habuk, rambut-rambut yang gugur dekat meja solek. Susun semua peralatan peribadi dengan kemas. Meja study pulak, susun semua buku-buku dengan elok. Atleast masa study nanti, tak ada lah rasa serabut sangat.

  • Dan kalau sesape yang terlebih rajin, boleh lah ubah mana-mana kedudukan perabot dalam bilik tue. Ubah kedudukan katil ker, buku ker, kipas ker, meja ker. Tapi aku nasihatkan, meja study kenalah berhadapan dengan tingkap sebab nanti akan dapat udara segar. Kalau penat study, boleh lah pandang ke pokok-pokok yang hijau tue :) Katil pulak kalau boleh menghadap ke kiblat iaitu kepala kita ke arah kiblat.

  • Jangan lupa jugak habuk-habuk kat tingkap, siling dan kipas. Yelah ~ Dah nama kemas bilik, kenalah buang semua 'tetamu yang tak diundang' supaya kita rasa masyukkk je duduk dalam bilik kan? Hehe
  • Lepas tu baru lah disapu semua habuk-habuk tue. Kalau malas sapu, guna je vacuum. Haha. Kan senang? Oh ya ~ Lepas vacuum tue, pasangkan kipas semula *kalau korang bersihkan kipas lah sebab masa kipas berpusing, masih ada lagi sisa-sisa habuk yang melekat lagi kat kipas tue. Habuk-habuk yang melekat tu akan jatuhlah bila kipas berpusing. Tutup kipas dan teruskan vacuum. Jangan nak berehat pulak ! Kerja tak habis lagi :)
  • Haaaa ~ Dah vacuum, apa salahnya kan kalau mop lantai tue. Hehe. Bagi lantai tu bersih dan berkilat sikit. Hehe. Jangan lupa letakkan Ajax Fabuloso *haha :D supaya ada bau wangi sikit. Haha
  • Tegangkan cadar dan jemurkan bantal di bawah cahaya matahari yang terik. Nanti bantal tu rasa segar lah sikit sebab selama ini duk tadah air liur basi korang jer. Haha. Sekali-sekala bagilah die berjemur sikit. Haha
  • Bukak tingkap dan pasang kipas laju-laju supaya bilik korang ada peredaran udara segar yang keluar masuk. Haaa ~ Bilik bersih, hati pun senang :)
Kesemua tips yang aku bagi ini adalah apa yang aku amalkan ketika mengemas bilik samada masa aku di rumah ataupun di hostel dulu. Hehe. Aku harap tips kemas bilik ini berguna lah yer terutama sekali kepada brother-brother yang tak duduk sekali dengan mak. Hehe. Kenalah belajar mengemas yer. Tak sempurna takpe asalkan tahu kemas bilik :)

Dalam masa sejam sahaja, aku telah berjaya mengemaskan bilik aku. Haha

Kotak-kotak tu sebenarnya ada barang-barang. Mak aku cakap tak nak bawak keluar semua barang-barang dalam kotak-kotak tu sebab takut nanti kena pindah balik. Dok larat lah kawe nok ngemas smulo ~ Haha :D Paham tak?

Ramai orang suke dengan tuala aku yang ada Disney Princess tu. Haha. Aku beli tuala tu kat Pangkalan Kubor di Kelantan. Masa tu aku 11 tahun dan sekarang aku dah 18 tahun. Haha. ;DDD


psst ~ Tak bermakna aku guna tuala tu selalu taw ~ Aku tukar-tukar jugak tuala aku :)

Ada sesape nak amik aku jadi maid die? RM100 seminggu. Aku boleh buat semua kerja :)

  • Share:

You Might Also Like

15 comments