Menangislah Kalau Anda Rasa Perlu :')

By Mysara Newrie - Friday, April 23, 2010


Salam. Hari ini tetiba je aku jadi macam addict dengan seorang blogger nie. Hehe. Tak tahu lah kenapa tapi aku jadi tertarik ok? Cerita-cerita dia yang tahun 2008 pun aku sanggup baca lagi. =.="

Entah macam mana entah. Aku terfikir pasal satu topik nie. Menangis. Well, kalau menangis, mesti nak kaitkan dengan perempuan kan? Asal hah? Lelaki tak pernah menangis ker? Ok ok ~ Itu bukan manusia namanya :p


Perempuan selalu dikaitkan dengan tangisan. Kenapa? Ada orang cakap perempuan ni lemah, asyik-asyik menangis, asyik-asyik menangis. Ada orang cakap itu sebagai senjata supaya bila orang tengok, akan lembut hati. Erk? Ye ker? Macam takkkkkk jer ~ Haha ;DDD

Lelaki pulak kalau menangis, orang cakap cengeng lah, bapOk lah ~ Lelaki yang menangis selalu dianggap sebagai insan yang lemah. Lelaki yang menangis selalu dianggap sebagai seorang yang lembut dan macam-macam lagi. Well ~ Ye ker? Macam takkkkk jer ~ Hehe ;DDD

Bagi aku, perempuan memang lah seorang insan yang lemah. Jiwa kami *refers to perempuan lah ~ sangat-sangat halus dan mudah tersentuh. Even though kalau korang ada kawan perempuan yang macam pengkid ker, tomboy ker, ganas nak mampus ker, mesti ada masa-masa tertentu dorang akan menangis. Tapi kita tak nampak sebab mereka tak tunjuk. One more thing, kalau mereka tak menangis, jiwa dan perasaan mereka akan ada jugak sedikit perasaan sayu atau sedih.

Aku kadang-kadang rasa nak marah je kalau ada orang cakap "..Hekeleh ~ Cengenglah kau menangis!!.." Walaweh ~ Salah ke nak menangis? Berdosa besar ker? Ya Allah ~ Allah dah bagi kita hati dan perasaan. Jadi manfaatkan lah sepenuhnya. Kalau ada yang cakap macam tu kat aku, kang tak pasal-pasal aku sembur. Haha. Aku ni tak boleh bab-bab macam nie :p


Tears are words the heart cant say. Sebab tu kalau ada kawan-kawan aku menangis, aku suruh dorang lepaskan jer. Hang nak menangis sampai bengkak mata ker, ikut hang lah ! Haha. Aku tak kisah malah aku lagiiii suke sebab at least dorang boleh lepaskan apa yang ada dalam hati kan? Hehe

Aku tak kisah kalau ada mana-mana lelaki nak menangis. Kawan aku ker, kazen aku ker sebab bagi aku itu adalah lumrah ok? Malah, aku lebih galakkan lagi dorang menangis. Seriously, aku sukeeee dengan lelaki macam ini sebab mereka tak hiprokit. Mereka zahirkan apa yang mereka rasa. Tapi berpada-padalah nak menangis tu yer cik abang? Janganlah over sangat. Haha ;DD


Aku pernah jumpa 2 orang lelaki yang menangis kerana percintaan aku dengan mereka tidak kesampaian ~ Haha. Kemudian aku baru faham, lelaki kalau menangis kerana seorang perempuan, itu bermakna die sayang-sayang sangat kat perempuan tersebut. Hehe. Bodoh kan aku kerana melepaskan lelaki-lelaki tersebut? Tak pe lah ~

Bagi aku, kalau aku rasa aku nak menangis, aku menangis jer tanpa kira di mana aku berada, dengan sape, waktu apa. Lantak lah orang nak kata aku cengeng ker, lemah ker sebab ada aku kisah?? Haha. Tapi aku cuba nak elakkan dari menangis depan parents aku sebab aku maluuuuu ~ Hehe. Comel tak? Haha


Kalau aku tengok cerita sedih, aku menangis. Kalau aku baca novel, aku menangis. Kalau aku dengar lagu-lagu sedih, aku menangis. Tapi bukan semua lah ~ Aku just menangis kalau masa tu aku rasa macam benda tu ada berkaitan dengan kehidupan aku dan ketika aku teringat peristiwa-peristiwa yang lepas. Takpun kalau kebetulan aku emo hari tue. Hehe.

Dan dan dan kalau aku rasa nak marah sangat-sangat, aku menangis. Kalau aku rasa bengang dan tension, aku menangis. Dan lepas menangis tu aku akan rasa sangat-sangat lega, ceria dan happy sangat-sangat ! :D


Adakah itu menunjukkan bahawa aku memang seorang berjiwa lembut seperti kata-kata Fiq satu ketika dulu? Sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal ! *Kes dengar tazkirah kat Hotfm lah nie. Haha ;DDD


Well, aku rasa benda ni dah lama dah orang ungkitkan tapi lain-lain pandangan kan? Biar lah ~ Macam aku cakap tadi, aku tak kisah kalau orang nak menangis depan aku, sama ada lelaki atau perempuan. Sebab menangis itu adalah salah satu cara nak tunjukkan bagaimana perasaan kita masa tue.

Sooooo, lepas ini menangis lah ~ Kalau nak pendam sorang-sorang pun tak ada gunanya. Lebih baik menangis. Biarkan sistem di badan kita ini berjalan dengan normal dengan menangis.

Cuba korang fikir, kalau korang pendam perasaan dan tak nak menangis, tak rasa ke macam sesak je dada korang tue? Tak rasa macam nak meletup ker? So lepas ni tak payah malu-malu nak menangis ok? Menangis bila anda rasa perlu ~ :)

  • Share:

You Might Also Like

14 comments