Control Yang Terlalu Over

By Mysara Newrie - Saturday, April 03, 2010


Salam. Semalam semasa aku on9 FB, Cik Valerie tag aku dalam notes die yang bertajuk Bukan Kerana Cemburu. Aku baca dan selami betul-betul. Yeah ~ Aku suke dengan notes dia dan setuju sangat-sangat !

Aku pasti kat sini ramai yang dah couple kan? Well ~ Semoga hubungan kamu dan pasangan diredhai oleh Allah swt. Kepada yang masih single, jangan sedih ~ Itu bukannya bererti tak da orang nak kat kamu, cuma tak ada sape yang betul-betul mengenali diri kamu

Kepada yang couple, aku nak tanya, suka dikongkong oleh pasangan tak? Nak buat itu, tak boleh. Nak buat ini, tak boleh. Habis tu apa yang boleh di buat? Buat bodoh je lah ~ Haha


Maksud kongkong or control kat sini ialah control yang terlalu over ~ Nak keluar dengan kawan-kawan tak boleh. Nak tengok wayang, tak boleh. Nak pergi pantai, tak boleh. Hish ~ Tak rasa serabut ker?

Memang lah bagi sesetengah orang, die suka bila pasangan dia take care kat die. Tanya itu ini. Control die. Rasa diri ini disayangi kan? Aku pun suka jugak macam itu. Tapi kalau dah berlebih-lebihan, itu dah melampau tu ~

Baru couple tapi dah nak control kehidupan kita. Kalau dah kahwin nanti, macam mana? Mesti lagi teruk kan? Silap-silap, nak jumpa dengan keluarga sendiri pun tak bagi. Susah jugak tue ~


Bagi aku lah, control pasangan itu memang bagus. Malah aku suke. Sebab itu menunjukkan pasangan kita mengambil berat pasal kita. Bukan mengambil berat badan ok? Haha. Bila die dah take care kat kita, itu maknanya dia betul-betul sayang kat kita. Dan die tak nak apa-apa yang buruk terjadi kat kita.

Tapi kalau dah control yang terlalu over, susah jugak tue. Kamu sedar tak? Bila kamu dah control pasangan kamu berlebih-lebihan, itu bermakna kamu dah menyekat kegembiraan dia. Kamu dah buat die sedih sebab die tak dapat lakukan benda yang dia suka. Silap hari bulan nanti, dia akan tinggalkan kamu sebab tak tahan dengan sikap kamu yang terlalu mengongkong.


Kalau kita dah sayang kat seseorang itu, mestilah kita nak dia happy kan? Jadi, biarkan pasangan kamu dengan kehidupan dia asalkan tak menyimpang dari jalan yang benar. Kalau dah kahwin nanti, itu lain cerita lah ~ Sebab itu dah menjadi tanggungjawab masing-masing kan untuk membimbing antara satu sama lain :)

Kepada yang dikongkong pulak, cuba terus terang dengan pasangan kamu yang kamu tak suka dilakukan seperti anak kecil. Kamu dah besar dan boleh menjaga diri kamu. Jadi mintak tolong dengan pasangan kamu untuk faham dengan keadaan kamu. Suruh dia bayangkan keadaan die bila dia pulak yang kena kongkong. Mesti dia tak suka kan? Jadi, itu lah perasaan kamu bila die yang kongkong kamu.

Pendek kata, bila kita dah couple, kita kena bertolak ansur antara satu sama lain atau dalam bahasa saintifiknya give and take. Kalau kita amalkan benda ini, Insyallah ~ hubungan kamu dengan dia pasti akan berkekalan. Control pasangan itu mesti ada dalam hubungan cuma jangan lah terlalu over yer cik abang, cik kak? Hehe

Kepada yang langsung tak kisah dengan pasangan, hah ~ Yang ini bahaya. Kang tak pasal-pasal pasangan kamu cari orang lain pulak. Mesti dia fikir kamu tak sayang die. Haha. Kesian kat dia.

So pergi amik handphone kamu cepat-cepat dan mesej kat die. Tanya khabar tentang die. Mesti dia akan happy bila kamu menunjukkan yang kamu ambil berat pasal die :) Dan tak salah kan kalau kamu bagitahu kat pasangan kamu yang kamu sayang die?


Aku bukannya doktor cinta ok? Aku cuma bagitahu dan kongsi pendapat jer ~ Sebab di sekeliling aku ini, ramai betul yang kena kongkong dengan pasangan die. Aku cuba nasihat diorang tapi diorang senyap jer ~ Hish, tak makan saman betul. Haha

Aku mintak maaf yer kalau ada sesape yang terasa bila aku postkan entry ini. Macam aku cakap tadi, aku hanya nak kongsi pendapat. Dan kalau ada sesape yang nak bagi pendapat atau nak cerita kisah benar, boleh aje ~ Dialu-alukan :)



p/s : bila ada orang tanya status aku, aku tak tahu nak cakap samada aku single or couple

  • Share:

You Might Also Like

15 comments