Kenapa Kasut Flats Sangat Popular :)

Sunday, April 04, 2010


Salam. Wow ~ Hari ni sure aku akan turun 10 kg! Haha. Sukanya aku ! Sebab aku pergi berblog jogging dari tengahari tadi sampailah ke lewat malam. Haha. Maka ramailah yang 'singgah' blog aku. Haha. Terima kasih sebab singgah ~ Ada yang follow blog aku. Terima kasih :)

Yang syoknya siap dapat kakak angkat dan kawan dengan tokey jam lagi tahu tak? Haha. Mereka super duper the best lah ~ Hehe. Lepas tu dapat pelanggan baru pulak. Dia nak 'menginap' kat hotel aku. Lepas tu dapat jugak teman melompat aku. Haha.

Dan bila berblogwalking di blog Kak Ezma, uh oh ~ Dapat tag lah ~ Tag itu adalah ;


Kasut Kegemaran Kamu :)


Haha. Teruja doe sebab dulu kan aku kerja di kedai kasut sekejap kan? Hehe. So tu yang aku rajin je nak buat tag ini. Hehe

Ok. I looove to wear flat shoes ! Why ? Why ? Why ? Banyak kebaikkan dier. Hehe


  • Pakai kasut flats akan memudahkan kita untuk berjalan-jalan. Hah ~ Nak nak kena dengan orang yang jenis kuat berjalan. Memang sesuai sangat lah ~ Nak berjalan 12 jam tanpa henti pun takpe. Cuba bayangkan kalau berjalan dengan kasut tinggi? Alahai ~ Pakai 2 jam pun rasa dah tak larat dah T_____T Lagipun, kalau nak berlari jika ada apa-apa kes kecemasan pun senang

  • Nak driving pun senang. Yelah ~ Kalau pakai selipar, takut selipar buat hal pulak. Pakai kasut tinggi, heels pulak buat hal. Jadi kesimpulannya baik lah guna kasut flats ok? Hehe

  • Kasut flats ni senang di sesuaikan dengan jeans ataupun baju kurung. Kalau dengan jeans, nampak macam ala-ala sweet gitu. Kalau dengan baju kurung, nampak manis jer ~ Aik, bukan sama je ke maksudnya tu?

  • Pakai kasut flats mestilah tak kan menyakitkan kaki anda ! Haha. Yelah ~ Sebab dia rata jer ~ Jadi tekanan badan kepada kaki pun akan berkurang. Kalau pakai kasut tinggi, kaki kita akan terpaksa menanggunng berat badan kita. Sebab itu kita cepat rasa sakit pada kaki. Hehe

  • Bila pakai kasut tinggi, automatiknya kita akan kelihatan lebih tinggi kan? Jadi, bila kita pakai kasut flats, kita akan kelihatan comel ! Haha. *mengarut

  • Bagi sesape yang mementingkan gaya yang cantik dan kemas, aku syorkan pakailah kasut flats nie. Yelah ~ Nak pakai selipar, nampak selekeh. Nak pakai kasut tinggi, nampak terlalu melawa dan akibatnya kaki kita yang akan sakit kan? Penyelesainnya, kasut flats je lah ~ Hehe

Tengok ! Kan dah terpeliot tue ~ Haha


Owh ok. Aku rasa cukuplah tu aku nyatakan tentang kasut kegemaran aku dan sebab-sebab kenapa dia menjadi kegemaran aku. Hehe. Aku harap lepas ni makin ramailah yang pakai kasut flats. Kita boikot kasut tinggi ! Haha ;DDD

Err ~ Yang ini memang dah betul-betul flats dah ~ Hehe :)


You Might Also Like

23 comments