Salam. Amboi amboi amboi ~ Bila baca tajuk entry, terus bersemangat nak baca. Haha. Ok ok ~ Aku faham sebab aku pun macam tu jugak ! Haha ;DDD
Aku singgah kat blog Cik Fatin nie. Hehe. She is my ex-classmate masa aku Form 3. Hehe. Dia ada postkan pasal love test. Hehe. So aku rasa macam nak berkongsi jugak. So here it goes ! ^_^
Kenapa anda memilih pasangan anda?
Sila jawab dengan jujur. Kalau tak, tak aci lah macam tue !
Semua perkara kat bawah ini berlaku serentak ;
- Air mendidih di dapur
- Air paip melimpah di bilik air
- Bayi menangis
- Telefon berbunyi
- Ada orang ketuk pintu
Korang kena selesaikan perkara-perkara kat atas nie. Soooooooooo, pada pandangan korang, yang mana satu kena selesaikan dulu. Sila susun ikut turutan. Hehe
And my answer is ; 4 5 1 2 3
Dan analisanya ialah ~ Hehe *jeng jeng jeng ! ;DDD
Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih ;
+ anda mementingkan keselamatan dan kebolehan si dia untuk membimbing anda
Kalau anda memilih menutup air yang melimpah di bilik air ;
+ anda mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta
Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis ;
+ anda mementingkan cinta dan kasih sayang
Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berdering ;
+ anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda
Kalau anda memilih untuk membuka pintu ;
+ anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda
"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies."
19 comments