[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, May 19, 2010

Aku Nak Keluar Dari Rumah =.="



Salam. Hari ini dengan ringan badannya aku telah mengemas baju-baju aku.

Yer ~ Aku mau keluar dari rumah. Aku tension duduk rumah. Aku bengang duduk kat rumah. Lagipun aku dah ada geng mafia yang nak jaga aku. Sape nak join sekali?





















































BAGERO!!

Ada ke orang yang nak lari dari rumah bagitahu kat orang lain secara public macam ini? Kalau ada memang aku tabik lah ~ Haha ;DDD Yelah ~ Selalunya kalau nak lari dari rumah mestilah senyap-senyapkan? Haha ;DDD

Okey ! Let me straight to the point, no corner-corner. Haha ;DDD Aku memang kemas-kemas barang aku pun. Aku kemas baju-baju, bawak sweater, bawak stoking, bawak novel. Sebab apa?

Sebab esok aku akan ke Gunung Kinabalu ! Haha ;DDD This is my 3rd time pergi kat sana. Hehe :D Alah ~ Aku pergi ini pun sebab ada hal kan? Ayah aku ada kerja kat sana sikit. So aku sebagai anak yang sedang tanam anggur yang tak pernah nak untung, haruslah ikut kan? Hehe :p Aku nak try bisnes kat sana pulak. Haha ;DDD


Teng ! T-shirt 7 helai termasuk dengan yang nak bawak tidur. Haha ;DDD Seluar trek 2 helai. Sweater 2 helai. Tudung 1 helai. Cukup ! Haha ;DDD

Oh ~ Beg Hello Kitty tu aku letak bedak-bedak aku, make up-make up aku *Hoi Aku tak pakai make up lah ! dan sebagainya ~ Hehe :p What do you expect from me? Nak jugak ke aku bagitahu semua benda? Faham-faham sendirilah baiii kalau nak pergi travel :)

Stok makanan pun aku bawak jugak. Haha ;DDD Maggi cup 2. perisa Kari dengan Tom Yam. Maggi mini cup, perisa Kari satu bungkus - 6 paket. Biskut Butter Cookies satu paket. Nescafe 3 in 1 - 3 paket. Biskut bentuk ikan yang comey lote tu satu bungkus. Haha ;DDD Aku yakin separuh daripada makanan yang aku bawak ini akan habis sebelum sampai ke Gunung Kinabalu. Haha ;DDD

Oh ya ~ Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu mengambil masa berjam-jam lamanya. Aku tak sure berapa jam tapi dalam 4 jam kot? =.=" Jalan nak ke sana tu macam kita nak ke Genting Highlands lah tapi aku rasa jalan ke Genting macam agak menakutkan aku. Huhu.

FYI, aku ni gayatlah ~ Kadang-kadang naik ekskalator pun aku rasa gayat T_________T Hebat kan? =.="


Semuanya dah selamat 'bersemadi' dalam beg ini. Oh ya ~ Atas kotak kuning tu semuanya pasal sijil-sijil aku, borang-borang nak masuk U, buku panduan belajar dan sebagainya. Haih ~ Bila lah aku nak uruskan semua pasal U nie? Medical check up tak buat lagi, akaun Bank Islam tak buka lagi =.="


Tadi pergi City Mall. Aku goda mak aku supaya beli buku ini. Haha ;DDD Yes ! Akhirnya menjadi jugak :D Aku bayar RM15, mak aku bayar RM18. Hebat kan? Haha ;DDD Aku pun tak tahu kenapa aku tertarik sangat nak beli novel ini. Tapi yang pasti pasal persahabatan yang terpisah oleh jarak lah ~ Macam aku T_____T

Heh? Baru baca muka surat 3 tadi, dah Kroh Kroh Kroh. Haha ;DDD


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts