[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, May 03, 2010

Hala Tuju Selepas SPM ; Ke Manakah Kita?

Salam. Aku rasa aku malas nak membebel pot pet pot pet so aku teruskan je lah ok? Hehe :)

Cikgu Nurlina *Cikgu, cikgu ada rasa bangga tak saya letak nama cikgu? Haha ;DDD ada call aku dan aku ada tanya jugak sedikit info-info pasal UPU lah kan ~

Ok. Hurm ~ Aku tak taw pulak nak start macam mana. Hehe. 1st of all kepada yang dapat asasi, aku ucapkan tahniah kat korang. Lepas ini bolehlah say bubye kepada matrix. Haha ;DDD Yang dapat kos pilihan tu, baguslah ~ Nanti bila dah sambung study nanti, study elok-elok ok? *Peringatan untuk aku jugak ni :)


Kepada yang tak dapat UPU, korang boleh pergi matrix, maktab ataupun Politeknik. Tapi setahu aku lah ~ Politeknik dah lepas dah sebab hari tu ada test ataupun temuduga lah ~ Ok. Kita tinggalkan pasal politeknik tue.

Kalau tak dapat UPU, boleh pergi matrix sebab macam yang kita tahu, matrix ni adalah satu jalan pintas untuk mendapatkan ijazah. Bayangkan dalam umur yang masih muda bergetah *Wah muda bergetah tue ! Haha korang dah ada ijazah dan boleh bekerja. Korang boleh pegang duit sendiri pada usia yang masih muda :)

Itu kebaikkan matrix. Tapi kalau dah masuk matrix, korang kenalah berhempas pulas. Tak boleh dah ada istilah main-main, enjoy-enjoy. Pendek kata buku tu kena ada dalam tangan sokmo! Haha ;DDD Memanglah susah dan agak tension sikit tapi hasilnya, memangggg berbaloi ~ Haha ;DDD Macam iklan Kamdar pulak =.="




Aku ada dengar cerita, ada hamba Allah ni *aku tak kenal lah sape die nak sangat-sangat jadi doktor. So bila die masuk matrix, die struggle giler-giler lah ~ Yelah ~ Nak dapatkan 4 rata kan? Punyalah study hard sangat-sangat sampai kehidupan die tak terurus dan akhirnya, die cakap sorang-sorang =.=" Aku bukan nak takutkan korang cuma nak kongsi cerita jer :)

Kalau yang dapat maktab, pergilah maktab. Boleh jadi cikgu ! :) Walaweh ~ Lepas habis study nanti, korang senang dapat kerja taw ~ Tapi seperti yang kita ketahui, sekarang ini, budak-budak bukan macam dulu-dulu lagi. Lagipun masa ini pun kita dah boleh tengok di dada-dada akhbar pasal kes-kes pelajar yang buat masalah dengan cikgu. Apa yang aku mampu cakapkan ialah sabar jeeee lahhhh ~ :)

Jadi cikgu ini kena banyak bersabar, iman kena kuat. Mengikut kajian aku *Sila gelak sekarang. Haha ;DDD kalau nak jadi cikgu yang digemari pelajar, korang kena letakkan diri korang tu sebagai seorang pelajar dan rakan karib kepada pelajar-pelajar tu jugak. Baru lah pelajar akan rasa enjoy dan gembira dengan korang nanti. Jadi, pelajar-pelajar tak adalah nak berkurang ajar dengan korang kan? Hehe :)



Kalau yang nak tukar kos, aku tak berapa pasti sangat pasal hal ini tapi cubalah buat permohonan dulu untuk tukar kos. Setahu aku, kalau macam di UIA, senior-senior akan tanya dulu kita semasa minggu orientasi, kot-kotlah kita nak tukar kos. Dan senior-senior pulak akan berhubung balik dengan Bahagian Fakulti di universiti. Correct me if Im wrong :) Tapi tak semua U lah buat macam ni. Hurm ~

Kalau yang dapat U yang jauh-jauh, cuba fikir balik dari semua aspek. Contohnya macam kawan aku. Dia stay di Terengganu. Tapi dapat Matrix Perlis. Dan masa Keputusan UPU keluar baru-baru ini, dia dapat UNIMAS dalam kos apa entah tapi asasi lah ~ Seeee? Betapa dia sungguh dalam dilemma. Kesian kat die. Aku faham perasaan macam tue sebab aku pernah rasa masa aku mula-mula dapat taw aku dapat Matrix Perlis.

Korang kena fikir dari aspek perbelanjaan. Yelah ~ Dari satu-satu tempat nak pergi tu, banyakkkkk duit nak kena pakai. Itu dari segi tambang pergi ke U taw ~ Dari segi nak buat persiapan duduk di U nanti? Macam-macam nak kena beli. Kalau yang pernah duduk di asrama dulu, senanglah ~ Boleh guna lagi kan? Kalau yang tak duduk di asrama? Serba serbi kena beli yang baru. Haih ~ Dah lah sekarang ini barang-barang harga mahal =.="

Lepas tu duit untuk bayar semester lagi. Haih ~ Kalau di U ni, aku tak taw lah berapa kena bayar. Dah bayar semua ini, kos sara hidup macam mana pulak? Duit makan, minyak kereta atau motor, duit nak naik bas atau teksi, duit nak beli keperluan harian, duit nak beli buku-buku lagi. Korang agak-agaklah, dari apa yang aku cakap kan ini, berapa RM dah agaknya?


Kepada sesape yang tak dapat UPU, tak dapat matrix dan tak dapat maktab, aku nasihatkan, korang pergilah jumpa dengan cikgu kaunselor sekolah korang. Insyallah ~ cikgu-cikgu akan tolong korang untuk dapatkan tempat belajar. Call cikgu dan cuba tanya mana-mana peluang yang boleh korang dapat untuk belajar. Kalau nak pergi swasta, boleh tapiiiii memakan kos perbelanjaan yang besar lah ~ Pergi Form 6 pun ok jugak :)

Dan kepada Sesterianz yang tak dapat pergi mana-mana, korang boleh call Cikgu Nurlina dan Cikgu Almieda untuk tanyakan pasal hal ini. Setkan tarikh untuk korang berjumpa dengan cikgu-cikgu. Insyallah ~ Cikgu Nurlina dan Cikgu Almieda akan tolong sedaya yang mampu. Aku nasihatkan korang bawak lah sekali sijil-sijil yang berkaitan semasa jumpa dengan cikgu. Senang nak buat rujukan nanti :)

Aku rasa itu je lah yang aku boleh tulis. Apa-apa pun, jangan lupa berdoa banyak-banyak. Buat solat istikharah, mintak petunjuk dengan Allah. Insyallah ~ Allah akan tolong kita. Selain itu, kena jugak fikir pro dan kontra sebelum buat apa-apa keputusan.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan good luck kepada semua budak-budak lepasan SPM ! Percaya kepada kemampuan diri ! Insyallah ~ Kita boleh merangkul kejayaan bersama-sama nanti :)


Aku tak tahulah sama ada entry aku kali ini membantu kamu semua atau tidak =.=" Harap-harap membantu :) Aku cuma nak bercerita dan kongsi maklumat jer ~ :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts