Salam. Aku rasa game kat Facebook telah banyak mempengaruhi kita. Sila percaya =.="
Wah ~ Tak boleh blah betul dengan intro kat atas nie. Haha. Ni semuanya gara-gara Hotel City. Yeah ~ Game yang ala-ala hotel tue. Konon-kononya kita yang jadi manager hotel tu, uruskan pasal semua pelanggan kat hotel tue. Haih ~ Nak harapkan jadi manager hotel betul=betul, tak kan tercapai. Dalam game pun jadi lah ~ Haha ;DDD
Sejak akhir-akhir ini je aku dah macam addict nak maen. Haha. Dulu-dulu aku tak amik kisah pun. Tapi sejak ada sifat tanggungjawab ini *Heh? aku pun uruskan balik hotel aku tu atas nasihat dari kawan-kawan aku.

Ini lah hotel aku! =.=" Masih baru lagi dan aku rasa aku cukup menyampah dengan harga barang-barang yang die jual sebab mahal sangat lah ~ Alah ~ Bagilah murah-murah sikit ! Heh? Tak boleh jadi ni. Kena report kat Kementerian Perlancongan dan Aduan Pengguna nie.
Barang paling murah yang boleh beli ialah $500. Sedangkan sewa bilik hanyalah $2 untuk medium dan $3 untuk suite. Owh ~ Sungguh-sunguh mencekik darah betul ~ Dah lah tak masuk lagi dengan Shift pekerja lagi. Mana nak bayar dengan Staff lagi =.="
Dan aku cukup menyampah dengan pelanggan hotel yang demand! Rasa macam nak sepak-sepak je muka pelanggan tu. Yelah ~ Duit aku baru je ada dalam $355 tapi dah nak demand nak makan kat restaurant yang harganya adalah $17 500. Hey, kalau nak pergi makan, pergilah dekat Restaurant City ataupun Cafe World =.="
Tapi semua perkara kat atas tak mampu lagi nak halang aku dari membenci game ini. Haha ;DDD Malah kalau boleh setiap jam aku nak pergi melawat hotel aku. Haha. Aku tahu aku ini adalah manager hotel yang berdaddy-kasi dan berkaki lebar =.="

Dan ini adalah contoh aku dengan PA aku yang sibuk membincangkan tentang bagaimana nak tingkatkan duet hotel kami. Huh ~ Pening kepala aku macam mana nak selesaikan masalah tersebut dan Alhamdulillah ~ Semuanya dah ok. Cuma aku perlukan sorang lagi pekerja untuk bekerja sebagai Chef. Sesape yang ada kelayakkan UPSR, boleh mendaftar :)
Cuma yang aku tak boleh blah dan aku rasa macam "Eh eh comelnya pelanggan aku ini" ialah masa aku nak savekan game aku, ini yang terjadi,

Semua pelanggan aku yang tengah tidur semuanya automatik bangun dan melambai-lambai tangan kat aku. Haha. Sumpah cakap masa ini semuanya comeeelllllll je belaka ! Haha ;DDD Itu yang menyebabkan aku rasa aku nak main game ini lagi. Haha ;DDD
Dan aku pun seorang manager yang jahat sebab aku selalu pergi mengintip hotel-hotel kawan aku dan aku kacau pelanggan-pelanggan die yang tengah tidur. Muahahaha ;DDD Rasakan ! Biar tak ada pelanggan langsung datang kat hotel korang. Haha ;DDD
Maka dengan ini aku nak mengalu-alukan semua blogger di seantero dunia untuk datang menginap di hotel aku! Haha ;DDD Hotel aku dah bertaraf 5 bintang dan mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Muahahaha ;DDD
Tak percaya? Sila percaya sebab Hotel Mania yang tengah main kat TV3 tu adalah adaptasi dari hotel aku lah ~ Tak percaya lagi? Sila tengok nama hotel aku.
Sila percaya bahawa game di Facebook telah banyak mempengaruhi kita :)
4 comments