Siapa Mosyuki?

Monday, May 10, 2010


Salam. Entry kali ini aku nak ceritakan pasal sorang blogger ini yang memang telah berjaya buat aku jatuh. Haih ~

Siapa Mosyuki? Dialah yang selalu kacau hidup aku selama ini. Sejak aku jumpa blog die, die selalu kacau aku. Heh? Memang tak patut punya olang ooo ~

Mosyuki. Dia memang jahat. Dia buat aku rasa selalu tertanya-tanya siapa dia. Macam mana dengan lifestyle die. Dia memang jahat.


Mosyuki. Penulis blog Aku Punya Telegram Buruk. Kalau diperhatikan, apa yang ada pada blog dia? Tak ada apa-apa. Just hitam kosong jer. Kalau diperhatikan di sidebar die, hanya ada ikan-ikan, shoutbox. Tak ada nuffnag, tak ada widget-widget yang warna-warni. Malah followers die hanyalah ada 85 orang jer. Update blog pun sebulan dalam 5 atau 6 kali jer. Jadi, kenapa aku cerita kan pasal die?

Entry die. Karya-karya die. Itu yang telah berjaya buat aku jatuh hati dengan penghasilan karya-karya die. Dia menulis puisi-puisi yang bagi aku cukup-cukup indah dan berjaya buat aku selami perasaan die ketika itu. Susun bait kata-kata dia cukup puitis dan aku suka dengan itu :)

Walaupun puisi-puisi yang dihasilkan hanyalah 3 rangkap yang puratanya hanya ada 5 baris tapi setiap bait-bait perkataan die mempunya berjuta-juta maksud yang mendalam kalau diperhatikan. Jujurlah aku cakap, tiap kali aku baca puisi-puisi die, mesti satu perasaan tenang dan damai menjalar dalam hati aku. Aku rasa sesuatu dalam jiwa aku ketika aku baca puisi die.

Antara puisi-puisi yang aku minat ialah Lelaki Simpanan, Kepada Gadis Senyum, Peluru, Admirasi, W, Auksyen, Ombak, Manis, Kalah Tipis, Cinta, Busur Pencinta dan banyak lagi. Inilah antara karya-karya die yang aku minat sangat-sangat. Tapi yang paling aku suke puisi Baratkan Kuala Lumpur ini yang menceritakan tentang keadaan muda-mudi remaja sekarang. Penuh dengan sindiran yang lembut tetapi kejam :)

Kepada Mosyuki, teruskan berkarya. Teruskan bermain-main dengan patah-patah perkataan kerana kau memang mahir dalam itu. Teruskan dengan perasaan kamu yang damai dan tenang kerana aku sebagai seorang pembaca, turut merasainya.

p/s : I love arts :)

You Might Also Like

18 comments