[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Tuesday, May 11, 2010

Emporium Goga Goga & Mee Hoon Seram


Salam. Petang semalam pergi ke Emporium Goga Goga. Haha ;DDD Mesti pelik kan apa pasal lah nama kedai tu Goga Goga. Haha ;DDD Meh sini aku nak cerita.

Masa 1st time aku datang Sabah tahun 2008, kitorang pergi lah supermarket ni. Walaweh ~ Walaupun buruk dan tak bermaya tapi kat situ ada macam-macam. Ala-ala Giant pun ada jugak. Haha ;DDD Dan disebabkan supermarket tu dekat je dengan rumah aku, apa-apa hal kitorang pergi supermarket tu jer. Hehe

Nak dijadikan cerita, mak aku suruh aku amik troli. Aku amiklah ~ Tapi masa aku nak tolak troli tu, pergi ke mak aku, aku rasa macam malu giler. Haha ;DDD Sebab apa? Kan aku dah cakap supermarket die macam buruk sikit jadddiiiiiiiii lantai die pun berlubang-lubanglah. Bila aku tolak troli tu laju-laju, bunyinya Masyallah ~ Bising giler. Haha ;DDD

Dan disebabkan bising, semua orang macam pandang ke arah aku. Dalam hati aku dah sumpah seranah dah kat troli tue. Aku tolak perlahan-lahan pun bunyi jugak. Ngada-ngada betul troli tue. Benci aku ~

Aku dan mak aku tak tahu nak panggil supermarket tu nama apa. Maka, baru-baru ini mak aku telah mengisytiharkan supermarket itu diberi nama Emporium Goga Goga kerana nama Goga Goga itu diambil sempena bunyi troli yang bising tue. Haha ;DDD

Sambung cerita balik. Semalam pergi Goga Goga sebab mak aku cakap nak beli barang dapur sikit. Aku pergilah. Dan yang paling best, aku main amiikkkk je apa yang aku nak. Maggi, biskut Lexus, Kit Kat, Rocky, Rut Beer dan macam-macam lagi. Hehe. Argh ~ Heaven betul masa tu sebab aku main amiikkk jer. Haha ;DDD

Masa mak aku nak beli mee hoon, aku follow je lah belakang die dengan troli. Masa tu aku tengah syok main mesej 3 penjuru antara aku, Krie dan Nerah. Haha ;DDD Err ~ Ada ke istilah main mesej 3 penjuru? =.="

Tiba-tiba mak aku menjerit macam ni "..Hah?! Mee hoon seram??!!.." Aku masa tu dah tertanya-tanya dah apa pasal mak aku menjerit macam tue. Tetiba jer. Lepas tu ada pulak sebut perkataan seram. Cuak jugak ohh ~

Aku pun tanya lah mak aku, kenapa tetiba menjerit macam tue. Masa tu muka mak aku memang serius jer ~ Walaweh ~ Aku ingatkan ada hantu mee hoon sampuk mak aku ker ~ Haha ;DDD

Mak aku pun tunjuklah 'Mee Hoon Seram' die tu kat aku sambil cakap "..Pelik pelik betul lah ~ Mee hoon pun nama seram.." Kemudian mak aku pun amiklah mee hoon tu sebab nak tengok seram sangat ker mee hoon tue. Hehe

Kemudian lepas tengok mee hoon tue, aku dengan mak aku bantai gelak puas-puas hati dekat dalam supermarket tue. Semua orang dalam supermarket tu pandang je kat kitorang. Haha ;DDD Peduli apa aku! Aku nak habiskan gelak aku ni dulu. Haha ;DDD

Haha. Nak tahu tak sebab apa aku dengan mak aku gelak puas-puas hati? Tengok gambar bawah nie

Ada rasa macam bengong tak kat situ? Haha. Rupa-rupanya Mee Hoon Cap Serama lah ! Haha ;DDD

Sebenarnya masa mak aku cakap mee hoon seram tu sebab terlindung huruf A dekat dekat belakang tue. Try korang tengok gambar yang mee hoon seram tue? Huruf A dia terlindung dengan plastik mee hoon yang lain kan? Haha ;DDD

Sebab tu mak aku dengan aku gelak puas-puas hati. Haha ;DDD Even masa aku taip entry ini pun aku rasa nak gelak lagi. Haha ;DDD

Lepas ni nak kena fikir macam mana nak masak mee hoon seram. Any idea huh? =.="


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts