Bagaimana Seorang Cikgu Mempengaruhi Anak Muridnya

by - Sunday, May 16, 2010


Salam. Hari ini hari cikgu. Maka aku nak ucapkan

Happy Teachers Day to all cikgu-cikgu !
Yang bakal cikgu pun boleh jugak :p


Sepanjang aku hidup 18 tahun ini, macam-macam aku dah jumpa dengan cikgu. Yelah ~ Masa aku tadika di Butterworth, masa tu aku umur 4 tahun. Kemudian, duduk di Terengganu sekejap. Then pindah ke Shah Alam. Lepas tu pindah pulak ke Port Dickson. Lepas tu pindah pulak ke Besut. Then pindah lagi ke Kuala Terengganu dan sekarang, aku stay di Kota Kinabalu Sabah untuk sementara waktu. Heh? Penat taw tak ?

Bila dah pindah-pindah ini, aku dah menuntut ilmu dengan banyakkkk cikgu. Hehe. Ada yang best, ada yang garang, ada yang kureng tapi bagi aku semua cikgu-cikgu sama jer iaitu mengajar budak-budak. Hehe :)

Masa aku tadika di Butterworth aku tak ingat sangatlah. Hehe. Masa aku sekolah agama di Permint Jaya, masa tu lah dimana zaman kenakalan aku di tahap kegemilangan. Haha ;DDD Bak kata mak aku, aku ini kalau nak buat something, mulut tak bunyi tapi aku jenis yang tak duduk diam. Haha ;DD

Tapi sekarang ini aku dah berubah dah. Mulut dan nakal sama-sama banyak. Haha ;DDD Eh sebenarnya aku suka sangat-sangat buat benda jahat macam ponteng kelas ker, buli orang ker tapi aku takut. Haha ;DDD Yes ~ Aku takut akibat dari perbuatan aku tue. Sebab tu aku jadi baik sampailah sekarang. Haha ;DDD

Act aku tak tahu nak tulis apa sebab aku pun tak ingat. Haha ;DDD

Masa aku sekolah di PD, Darjah 1, aku meniru kawan aku, Nisha Nadira. Haha ;DDD Masa tu tengah syok-syok meniru, sekali cikgu aku yang berbangsa India, bagi penampar sebijik kat pipi aku. Haha ;DDD Terbaaeekkk weh ! Kebas pipi aku masa tu. Act aku tak tahu pun itu adalah ujian taw sebab tu aku meniru. Haha ;DD

Dan selepas kejadian tersebut, aku jarang-jarang je meniru orang. Bagi aku, kalau dapat markah tinggi tapi meniru, tak ada guna jugak. Lebih baik markah rendah asalkan kita jujur dengan diri sendiri. Oh thanx cikgu India tu sebab sedarkan aku pasal ini :)

Masa sekolah PD, adik aku memang popular sebab aktif sukan dan selalu dapat Top 3 dalam kelas die. Disebabkan kepopularan adik aku, aku pun sebagai kakak die, popularlah jugak :) Haha ;DDD Boleh dikatakan semua cikgu kenal aku dengan adik aku.

Kat sekolah PD, aku belajar cara-cara berbahas. Haha ;DDD. Dua orang partner aku masa tu dah Darjah 6 dan aku baru je Darjah 4. Haha ;DDD Bangga kan? Haha ;DDD Thanx to Cikgu Zahari yang sedar dengan kepetahan mulut aku yang macam bertih jagung ini dan kelantangan suara aku yang macam speaker. Haha ;DDD


Ada seorang cikgu ini kan, aku tak ingat dah nama die apa. Die ni garang giler ! Boleh dikatakan semua budak-budak naik seram dengan die. Dah lah masa tu die mengandung so angin die tu kadang-kadang ok, kadang-kadang tak lah kan?

Dia ajar kelas aku Matematik. Dia bagi kerja sekolah. Masa hari nak hantar kerja sekolah tu, aku main hantar je tanpa cek dulu sebab masa tu aku rasa aku dah siap. Aku ulang balik, aku RASA aku dah siap. Haha ;DD

Cikgu perempuan ini pun cek lah buku-buku kitorang. Haha ;DDD Sekali die panggil nama aku dan kawan aku, Iskandar. Pergh ~ Aku rasa cuak dah masa tu. Sekali die membebel sebab aku dengan Iskandar ini tak siap kerja. Aku pun hairan lah ~ Lepas cikgu tu tunjuk buku kerja aku, mampus ! Memang aku tak siap. Heh? Macam mana lah aku boleh RASA yang aku dah siap kerja tue?

Kau nak tahu di denda apa kat aku dengan Iskandar? Dia kahwin kan aku dengan Iskandar depan classmate aku ! Bapok terbaeekkk lah ~ Siap ada pengapit lagi. Pfft ~ Aku just tunduk je lah ~ Sebab aku malu dan lagipun masa tu aku pengawas. So tak patutlah pengawas tak siap kerja rumah kan?

Iskandar ini pulak pandang depan sambil tersengih-sengih jer. Argh ~ Budak Iskandar tu memang jenis nerd dan slumber. So aku tak heran lah kalau die tak tahu malu. Masa tu aku Darjah 4 :) Terima kasih aku ucapkan kat cikgu tu sebab cikgu tu ajar aku untuk siapkan kerja sekolah dan yakinkan aku yang aku dah SIAP kerja sekolah.

Dulu masa stay di PD aku tuisyen taw ~ Masa kat tuisyen, kena hafal sifir dan sebut sifir tu depan cikgu. Masa tu aku kena hafal sifir apa entah. Tak ingat. Tapi aku tak hafal =.=" Kan aku dah cakap aku ni malas. Haha ;DDD

Masa die nak dengar sifir yang aku kena hafal kan, aku tergagap-gagap taw ~ Sekali die amik pembaris dan dia pukul tangan aku. Pergh ~ Perit weh ! Mula-mula aku rilex lagi taw ~ Dan keesokkanya, aku tengok tangan aku yang kena pukul tu, lebam. Lebam weh ~ Terima kasih kat cikgu tuisyen aku tu sebab ajar aku untuk terus hafal dan ingat apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran :)


Dan dekat PD jugak, aku belajar mengaji dekat Pasti Al-Shuhada. Haha ;DDD Ingat lagi weh ~ Hehe. Nama ustazah yang ajar aku tu Ustazah Mariam. Hehe. Aku belajar mengaji dengan die dari Muqqadam sampailah ke Al-Quran. Alhamdulillah ~ Sekarang ini die ada kat Kuantan, dah kahwin dan mempunyai 3 orang anak :)

Dengan Ustazah Mariamlah, aku tahu apa itu period dan batas-batas seorang perempuan melayu yang ayu. Hehe :D Syukran ya zilan ya ustazah ! :D

Masa aku sekolah di Tengku Mahmud, aku suke menyakat cikgu lah ~ Haha ;DDD Tapi ada had lah kan? Hehe. Cikgu Chong, mengajar BM aku masa aku Form 3. Cikgu aku ni jenis nano-nano jugak lah ~ Sama je dengan budak-budak kelas aku kan? Hehe.

Satu hari, die ajar tentang perkataan 'telah'. Yelah ~ Yang menunjukkan situasi yang telah berlaku kan? Then kawan aku ini macam tak faham lah ~ Aku bagitahu die pun macam kawan aku tu tak faham-faham jugak. Sekali cikgu aku ini pun bagilah contoh ayat keramat ini,

"Kucing saya telah bertukar menjadi anjing"

Ada rasa macam nak ketawa tak masa tue? Haha ;DDD BTW Cikgu Chong, thanx sebab ajar perkataan telah tu dan saya akan ingat sampai bila-bila. Haha ;DDD

Inilah Cikgu Chong Bee Kuai *curi dari FB :p


Sebelah kanan tu, Cikgu Marni, cikgu Sains aku masa sekolah rendah. Haha ;DDD Best giler belajar sains dengan dia sebab Cikgu Marni jenis sporting dengan students die. Lepas tu, classmate aku pulak masa tu jenis gila-gila. Haha ;DDD Kiranya sambil belajar sambil main lah ~ Hehe

Aku ada ingat sekali, masa kelas malam yang aku tak boleh nak pergi, kawan aku cakap, Cikgu Marni puji aku sebab aku ini jenis yang banyak bertanya sampai lah aku faham. Hehe :) Sebagai seorang pelajar, aku mestilah happykan bila seorang cikgu memuji aku.

Tapi aku takut dengan pujian. Thats true sebab aku takut dengan kata-kata pujian yang dilemparkan, akan buat aku lupa diri. Bukan aku nak cakap aku ni tunjuk baik ker apa tapi aku pernah nampak, bagaimana kawan sekolah lama aku, hanyut dengan pujian dan akhirnya dia gagal dalam PMR

Masa aku Form 3, aku masuk pancaragam aka band. Hehe. Aku main Tenor Saxesphone. Alah ~ Yang macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee main tue. Hehe. Yang ajar aku main saxesphone ini adalah Cikgu Datuk K sebab misai die tebal macam Datuk K. Hehe :p Aku tak tipu ni taw ~ Thanx Cikgu Datuk K sebab ajar aku cara-cara nak baca note muzik dan main tenor saxesphone :)



Kalau kat Sester, aku rapat dengan sorang cikgu nie ~ Cikgu Nurlina lah ~ Hehe :) Kadang-kadang aku boleh cakap telefon dengan die selama 2 jam. Haha ;DDD Macam-macam benda kitorang borakkan. Tiap-tiap malam mesti chat kat YM. Hehe :)

Cikgu Nurlina lah yang bertanggungjawab untuk tahan aku dari keluar Sester. Hehe. Dulu memang lah aku ada niat nak keluar dari Sester. Tapi lepas dengar nasihat cikgu, alhamdulillah ~ Aku dapat stay kat Sester sampailah ke penghujungnya :) Thanx Cikgu ! :D

Cikgu Nurlina dengan anaknya, Irfan :)) Sayang cikgu dan Irfan :)


Yang ini adalah cikgu Sejarah aku masa Form 5, Cikgu Rozazat. Cikgu ni kan suke kacau aku dan aku suke kacau die. Haha ;DDD Aku ni pulak jenis yang suke banyak tanya. Punyalah aku ni banyak tanya, dia pernah cakap macam ini dekat aku "..Maisarah, saya bagi kad merah dekat awak supaya berhenti cakap.." Heh? =.="


Dan yang paling aku tak boleh lupa sekali ialah masa Cikgu Jat mengajar kelas malam. FYI, waktu malam adalah waktu hyperaktif aku. Haha ;DDD So aku mulalah buat bising dalam kelas, banyak tanya soalan kat cikgu. Then sekali dia pandang aku sambil tersenyum. Aku pandang die balik. Sekali die bukak mulut dan cakap "..Maisarah, saya rasa awak ini lebih bising dari kucing yang kat tepi jalan tue.. " Hah ~ Amik kau ! Apa lagi ~ Satu kelas aku pakat duk gelak-gelak dekat aku. Haha ;DDD

Act ada banyak lagi cerita yang aku nak tulis tapi ini pun aku skip-skip taw ~ Hehe. Lagipun gambar-gambar banyak dekat lappy aku yang lama. Lappy aku tu di rumah tok aku. Jauh tueee ~ Hehe :D

Cikgu-cikgu di sekeliling aku banyak mempengaruhi aku. Yelah ~ Dalam usaha nak jadikan aku ini murid terbaik lah kononnya. Hehe. Insyallah ~ Aku akan cuba jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang *tetiba =.="

Apa-apa pun, sampai sekarang ini aku tak kan lupa semua cikgu-cikgu aku dari tadika sampailah sekarang. Hehe. Aku doakan kalian semua mendapat yang terbaik dari Allah dan bahagia selalu :) Love you always. Terima kasih semua cikgu-cikgu sebab akhirnya dapat jugak aku graduate. Haha ;DDD Graduate Form 5 jer ~ Hehe :D


p/s : Salam takziah diucapkan kepada kawan aku, Mat Nor kerana ayahnya telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Al Fatihah ~

You May Also Like

16 comments