[Topik] Kalau Dah Break Up, Janganlah Pergi Kutuk Orang Tu Pulak ~

Saturday, May 29, 2010



Salam. Tadi aku mesej dengan kawan rapat aku, Fyra aka Nescafe 3 in 1 tue. Dia pesan dia akan update blog die masa die balik cuti bulan 7 nie. Haha ;DDD Dia tak ada masa nak update blog sebab kehidupan di matrix sangat-sangat sibuk. Haha ;DDD

Masa tengah mesej-mesej dengan die, tertimbul lah cerita pasal kawan sekelas kitorang yang boleh dikatakan nerd di pandangan mata aku dengan Fyra nie. Haih ~ Kesian kat die sebab baru putus dengan boyfriend die.

Apa yang buat aku rasa macam nak marah dan annoying giler dengan XBF die tu adalah die boleh kutuk pulak kawan aku tu dekat wall FB die. Hey ! Kau tahu tak itu adalah terlalu public ! Semua orang boleh baca komen kau tahu tak?!


Kawan aku tue (aku panggil die Timah lah) tak ada pulak cakap apa-apa. Masa die tukar status ke single, ramai orang tanya, termasuklah aku. Yelah ~ Semua orang nak tahu sebab dia memang terkenal dekat sekolah dengan sifat die yang macam nerd dan kelakar tue

Tapi Timah ni punyalah baik, hanya cakap "..Nak buat macam mana, tak ada jodoh.." Aku nak jugak tahu kenapa diorang boleh putus sedangkan baru couple dalam 5 bulan rasanya. Haih ~ Tapi tak ada respon dari die. Maybe sedih kot ~

Bila aku tengok XBF die punya wall, dia update status sangat-sangatlah mengannoying kan ! Sumpah weh ~ Yang aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka dia adalah bila dia cakap macam ini "Kau ingat kau ada pakwe hensem, kau boleh tuduh macam-macam. Shil*n*t betul punya perempuan.." Eh korang rasa 'pakwe hensem' tu dia merujuk kepada diri dialah kan? Pfft ~


Aku just nak tekankan kat sini. Dah putus tu, jangan lah pergi kutuk-kutuk pulak. Tak baik taw ~ Aku hairan betul lah ~ Dulu masa tengah tangkap leleh dengan Timah tu, pijak semut pun tak mati. Madah cinta pujangga semua sedap jer dengar. Sayang, cinta, rindu ~

Tapi bila dah putus, sedap-sedap je keluar kan bahasa kasar. Aku cakap terus terang ok. Aku tak suke betul dengan lelaki yang macam ini. Hiprokirt ! Jahat ! Eh eh ~ Apasal tetiba aku jadi emo nie? Haha ;DDD


Kepada kaum-kaum lelaki, tolonglah jangan buat macam tue kepada kaum wanita walaupun korang dah putus. Eh kalau dah putus pun, boleh kawan kan? Aku dengan XBF-XBF aku *Wah ~ Macam banyak je XBF kau. Haha ;DDD boleh je kawan. Kamceng woo sampai sekarang. Kadang-kadang aku rasa keputusan kitorang untuk bercouple adalah salah sama sekali. Hehe

Aku faham. Maybe sukar nak kawan balik dengan XBF kita kan? Yelah ~ Orang yang selalu berkongsi suka dan duka kita dan orang yang pernah bertakhta di hati kita tetiba pergi macam tu jer. Lepas tu jadi kawan jer. Ibarat macam ini lah ~ Kau berada dekat dengan aku tapi aku tak dapat menyentuh kau. Gituuuu ~ Haha ;DDD

Kepada perempuan pulak, aku nak nasihatkan janglah terlalu percaya sangat dengan lelaki. Hehe :D Bukannya nak hasut korang tapi kadang-kadang perlu ada jugak sifat curiga dan berhati-hati jika melibatkan hal-hal lelaki. Aku takut jadi macam ini lah ~ Dia sedap-sedap je kutuk kita dan akibatnya kita yang tanggung malu.

Eh tapi ada jugak kes yang mana perempuan kutuk laki kan? Haih ~ Macam-macam lah ~ Pening kepala aku =.="

Korang rasa macam mana?

You Might Also Like

12 comments