[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, May 08, 2010

Tingkatkan Followers ; Perlu Ke Ada Konsep "I Follow You, You Follow I"?


Salam. Hari ni aku rasa aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama aku berblogging nie. Heh? Kali ini aku serius ok? Tak ada gelak-gelak punyer kat entry kali ini =.="

Followers. Apa yang ada pada followers? Well ~ Faham-faham sendirilah. Aku malas nak kupas lebih lanjut.

Aku cuma tak berkenan dengan konsep I follow you, you follow I. Ibarat itu macam paksaan taw. Tapi ada sesetengah orang ini, Si A just cakap I follow you, you follow I kat Si B. Dan bila Si B singgah blog Si A, Si B ni tak follow pun blog Si A. Si A pulak macam tak kisah. Dia tak ada pulak macam nak paksa-paksa Si B follow blog die. Kalau yang macam ini, aku tak ada kisah sangat. Maybe Si A faham yang Si B tak tertarik dengan blog die.


Tapi yang aku tak gemar ialah bab-bab memaksa orang follow blog die. Contohnya macam ini, Minah follow Mamat dan Minah cakap "I follow you, you follow I" kat Mamat nie. Mamat ini tengok blog Minah ini pun bukannya update selalu. Sebulan tu kurang dari 10 kali je update. Bila Mamat ini tak follow Minah, Minah ni cakap "Eh bila you nak follow I?" Bukan sekali je dia cakap macam tue, tapi berkali-kali. Kita pun naik muak taw. Heh? So terpaksalah si Mamat ini follow Minah tu.

Nampak tak? Mamat ini terpaksa follow Minah nie sebab Minah ini ajak lepas tu tanya-tanya macam tue. Rasa serabut lah ~ Sejujurnya lah ~ Aku pernah kena macam kes kat atas ni dalam 2 3 kali. Dan untuk happykan tuan empunya blog tue, aku pun terpaksalah follow =.="

Kenapa situasi kat atas ini berlaku? Sebab bila followers makin hari makin bertambah, kita akan jadi excited. Aku pun macam tue. Tapi pernah tak kita terfikir, kalau followers beribu-ribu tapi entry blog tak ada kualiti, tak ada guna jugak. Orang tak kan follow jugak blog kau.

Bukan aku nak tunding jari kat sape-sape tapi selalunya benda ini terjadi pada blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak dalam arena blog nie. Blogger amatur akan rasa seronok bila followers die bertambah. Jadi secara tak langsung, konsep I follow you, you follow I diamalkan :)

Followers sikit bukan bermakna korang punya blog tak bagus. Mungkin korang jarang update blog jer, kurang publisiti ker, jarang buat blogwalking ker. Cuma korang kena ingat ini jer, kualiti lebih penting dari kuantiti :)


Maka, jelaslah kat sini kan bahawa konsep I follow you, you follow I tak perlu sangat diamalkan. Kalau boleh, biarlah orang follow blog kita dengan seikhlas hati mereka. Baru rasa macam syok. Apa perasaan kau, bila ada orang paksa kau buat benda yang kau tak nak buat atau buat benda yang kau tak suke? Rasa macam tak best kan?


Bukan nak berlagak ke apa. Tapi followers aku yang ada sekarang ini adalah followers yang follow blog aku dengan kerelaan hati mereka. Aku just banyakkan blogwalking dan kadang-kadang aku akan tinggalkan komen di entry-entry mereka. Kalau mereka nak follow blog aku, aku no hal ~ Kalau tak nak follow blog, takpe. Aku tak kisah sebab itu hak masing-masing kan nak follow blog sapa-sapa pun :)

Sebenarnya ada banyak cara macam mana nak tingkatkan followers kita. Korang boleh singgah kat mana-mana otai blogger yang rajin berkongsi tips dan rahsia pasal dunia berblogging nie. Antara blogger-blogger yang selalu aku rujuk ialah Kak Ynn, Kak Rara, Cik Hel, Darkbatman, Kak Intan, Kak Ceera dan Kak Dahlia. Bagi aku, merekalah otai blogger. Tengok lah berapa banyak dah followers mereka. Dari merekalah aku tahu serba sedikit tentang dunia blogger ini :) Saya respek kamu semua ! ;DDD


Korang bolehlah cek entry pertama aku semasa aku mula-mula tulis blog. Tekan sini ok? Dan bandingkan dengan entry-entry yang aku tulis sekarang. Jauh beza kan? Aku belajar sendiri semua pasal blog nie. Dan sampai sekarang pun aku masih belajar. Aku banyak rujuk dari otai-otai blogger dan dari situ aku belajar sedikit demi sedikit :) Dan alhamdulillah, followers aku makin bertambah :)

Sekali lagi, aku nak ingatkan. Aku bukan nak tunding jari ke arah sesape pun. Aku hanya meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku jer selama aku berblogging nie. Tak ada niat pun aku nak sindir ke apa. Kalau ada yang terasa hati, marah atau tak suka, aku mintak maaf banyak-banyak. Dan kalau ada yang berkaitan dengan korang, itu hanyalah kebetulan sahaja :) World Peace ! :D


p/s : Dah teraddict maen game Hotel City. Haha ;DDD

p/ss : Pernah rasa takut bila followers dah masuk 400 +


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts