[Film Review] Clueless

by - Tuesday, May 18, 2010


Salam. Pernah tak korang tengok satu movie atau baca novel dan korang rasa jalan cerita die ada kaitan dengan korang? Well ~ Aku pernah :')

Tadi aku tengok movie di HBO, Clueless. Thats why I love HBO ! Haha ;DDD Let me tell you about the story first :)


*************************************************

Movie ni cerita lama, 1995. Pasal seorang gadis, Cher Horowitz yang hidup mewah di Beverly Hills. Dia ada segala-galanya. Kaya, cantik dan popular di sekolah. Ayah die seorang yang terkenal lah jugak kan? Mak dia dah tak ada sejak die kecil lagi tapi itu tak menjejaskan Cher.

Cher Horowitz

Orang yang selalu cari pasal dengan Cher ialah Josh, her socially conscious ex-stepbrother who visits during a break from college. Heh? Haha ;DDD Tapi Josh ni selalu jugak lah cari pasal dengan Cher. Selalu gaduh-gaduh, berselisih pendapat dan macam-macam lagi. Hehe. Josh jugak selalu tuduh yang Cher ini seorang yang pentingkan diri sendiri.

Cher ada sorang kawan baik, Dione. Plot cerita bermula bila Cher tak puas hati dengan gred peperiksaan die yang dapat C. Cher dan Dione akhirnya sedar yang Mr Hall, guru kelas mereka sedang berada dalam keadaan sunyi dan menyebabkan mereka dapat gred teruk sebab menurut Dione "..Dia adalah lelaki sengsara yang ingin membuat orang di sekelilingnya sengsara jugak.." Haha ;DDD

Mr Hall & Miss Geist

Maka, Cher bertindak menjadi matchmaker untuk Mr Hall dan Miss Geist, guru perempuan mereka yang dalam keadaan kesunyian jugak. Tindakan dia menjadi dan menyedarkan Cher yang die gembira apabila dapat membantu orang lain. Cher dan Dione menolong seorang rakan baru mereka, Tai yang baru berpindah ke sekolah tersebut.

Dengan bantun Cher dan Dione, Tai berubah menjadi seorang perempuan yang comel dan mula menjadi tarikan lelaki. Dalam masa yang sama, Cher cuba memutuskan hubungan yang mula berputik antara Tai dan Travis, seorang pemain skateboard. Cher cuba menjodohkan Tai dengan Elton, seorang anak lelaki yang kaya.

Tai, Cher dan Dione. Masa ini Tai dah kena makeover semua dah

Tapi cubaan Cher kali ini tak menjadi bila Elton reject Tai. Cher rasa bersalah dalam hal ini apatah lagi Elton mula ada perasaan kepada dia. Kemudian, selepas kejadian Tai yang hampir-hampir kena bunuh di shopping mall, populariti Tai terus naik mendadak. Cher mula rasa pelik kenapa semua orang seolah-olah menumpukan perhatian kepada Tai. Huhu T________T

Dalam masa yang sama, Cher keluar dengan beberapa orang lelaki. Selepas kejadian Elton, Cher mula keluar dengan Christian, rakan sekelas dia yang handsome dan mempunyai citarasa dalam fesyen yang tinggi. Cher mula rasa pelik bila Christian tak memberi reaksi yang positive bila bersama dengannya ketika menonton filem di bilik tidurnya. Apabila Murray, BF Dione, mengesahkan yang Christian adalah seorang gay, Cher mula sedar akan kesilapannya.

Cher dan Christian

Cher mula merasai tekanan bila dia gagal dalam ujian memandu dengan JPJ. Haha ;DDD Sama lah dengan aku weh ~ Apabila dia pulang ke rumah, Tai berterus terang dengan dia yang dia sudah jatuh cinta dengan Josh. Tai menyuruh Cher untuk mendapatkan Josh untuk dia. Cher merasakan Josh tak sesuai dengan dia dan akhirnya mereka bergaduh.

Cher mula rasa kesunyian dan sedar dia patut menghargai orang di sekelilingnya. Dia mula terlibat dengan aktiviti-aktiviti amal. Selepas membuat 'pemeriksaan hati dan jiwa', Cher mula sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Josh.

Cerita ini berakhir dengan happy ending bila Mr Hall dan Miss Geist berkahwin. Persahabatan Cher, Tai dan Dione mula bertaut kembali. Dione dengan BFnya, Murray. Tai dan Travis bersama dan Cher bersama dengan Josh. Happy ending ! :)


********************************************************

Apa yang buat aku rasa dekat dengan filem ini adalah ;
  • aku pernah jadi matchmaker untuk orang lain
  • aku selalu tolong kawan-kawan aku, baik lelaki atau perempuan dalam masalah percintaan diorang. Heh?
  • walaupun aku tolong orang dalam masalah cinta dia, aku tak ada BF pun ok? Haha ;DDD
  • aku selalu gaduh dengan kawan-kawan lelaki aku, macam Cher dengan Josh lah ~ Tapi tak ada pulak yang couple dengan aku. Haha ;DDD

Bukan nak cakap aku ini baik ke apa tapi kadang-kadang aku terfikir, bilalah giliran aku pulak untuk ada teman rapat? Maksud aku, teman yang betul-betul rapat. Get it? Teman yang boleh aku berkongsi masalah, teman yang boleh gembirakan aku dan teman yang memahami aku. Erti kata lain adalah boyfriend ! Hahaha ;DDD

Weh weh weh ~ But Im nottttt tttoooooooo desperate ok? Aku lebih suke kalau benda ini akan terjadi dengan sendiri sebab itu adalah lebih manis :) Auww ~ Haha ;DDD

Well ~ Aku rasa itu sahaja kot. Jadi kepada sesiapa yang belum tengok, boleh lah tekan-tekan channel HBO selalu. Hehe. Walaupun cerita ini dah dah lama tapi tetap best untuk ditonton :)

You May Also Like

2 comments