Being Friendly Is NOT Flirting !

by - Tuesday, May 18, 2010


Salam. Ini entry nak marah orang lepas geram. Sila faham.

Aku tak taw apa yang dah aku buat kat blog ini. Kadang-kadang aku cuba sampaikan apa yang aku rasa tapi orang lain anggap lain dan mula tuduh-tuduh macam-macam. Aku tak faham. Dan sila faham kadang-kadang aku menangis bila orang cakap macam tue

Bila aku menulis, aku menulis dengan jiwa aku. Aku menulis dengan perasaan aku. Apa yang korang baca selama ini adalah diri aku sendiri. Aku tak dapat bercakap secara live dengan korang. Sebab tu aku menulis. Aku menulis sebab aku anggap macam aku sedang bercerita dengan korang

Tapi kadang-kadang orang salah anggap. Orang kata itu dan ini tanpa berfikir perasaan orang. Perasaan sapa? Perasaan aku. Ornag lain sedap-sedap je cakap tapi aku yang baca, jiwa aku rasa sedih. Sedih sangat-sangat.


Kau tengok entry-entry aku selama ini. Bukan nak berlagak ke apa ker, tapi semuanya aku selitkan dengan gelak ketawa dan gurau senda. Sebab apa? Sebab itu cara aku bercakap dengan orang dan itu cara aku menulis. Aku buat macam tu sebab aku nak orang pun happy dengan aku. Aku tak suka orang sedih. Aku rasa lebih happy dan bahagia bila ada orang happy.

Tapi rupa-rupanya orang dah salah anggap. Orang kata aku ni gedik, mengada-ngada. Lepas tu dengan gambar-gambar aku yang 3 keping kat atas tue hah, orang cakap aku gedik. Orang cakap aku nampak gedik. Hanya dengan tengok gambar aku pun, kau dah boleh kata aku macam tue? Hebat lah kau ~

Aku tak tujukan kepada sesiapa tapi bila aku terbaca komen seseorang yang perlu aku approvekan tadi, tetiba aku rasa sedih dan sebak giler. Aku tak tahu apa salah aku. Aku rasa aku dah buat baik dengan semua orang. Tapi kita mana tahu kan kita buat salah tanpa kita sedar :')

Aku memang jenis cepat mesra dengan orang. Thats how I treat people. Aku mesra dengan orang bukan bermakna aku ni gedik. Get it?

p/s : Orang dengki dengan kita sebab dia pun nak jadi macam kita jugak tapi tak boleh :')


Padan muka kau sebab tak bolah jadi macam aku ! Haha ;DDD


You May Also Like

13 comments