Salam. Haih ~ Sejak dua menjak ini kan, rambut aku memang asyik gugur tahap kronik jer. Apasal erk? Tahap graviti bumi semakin bertambah ker? Haha ;DDD
Kulit kepala aku jenis berminyak taw. Kalau tak basuh rambut, alamatnya boleh perah-perah rambut aku tu lepas tu tadah dalam baldi. Minyak tu siap boleh goreng ikan lagi taw ~ Ok tipuuuuuu ~ Haha ;DD
Bila aku syampu rambut aku, pergh ~ Penuh bilik air tu dengan rambut aku. Apa perasaan korang weh? Sedih aku tengok rambut-rambut aku yang bertaburan atas lantai bilik air. Kadang-kadang kalau nak syampu rambut mesti aku rasa takut sebab aku tahu aku akan keguguran rambut masa aku bilas. Huhu T__________T Yang ini tak tipu. Aku memang sedih giler-giler ~
Kalau kat sikat tu, tak usah cerita lah ~ Faham-faham sendiri lah ye? Malas nak cerita. Kang aku cerita, aku jadi emo pulak kang ~
Kalau aku tak syampu kan, rambut aku berminyak. Kalau aku syampu kan, rambut aku gugur. Oh tidakkkk ! Apa yang harus aku lakukan? Sedih taw tak ~ Aku ingat nak bagi je kepala aku ini kat Yun Nam Hair Care tu. Bagi die fix apa-apa yang patut. Haha :')
Aku jealous taw tengok rambut orang lain lawa jer ~ Sedih aku tengok. Rasa nak pergi tumbuk-tumbuk dan tarik rambut die. Haha ;D Eh ingat perempuan bertudung ini tak pentingkan kecantikkan rambut ker? Hell nooo ! Ternyata itu adalah silap sama sekali. Aku jenis yang suke bergaya dengan rambut aku sendiri walaupun aku tahu aku ni bertudung :)
Aku google lah kan apa-apa yang patut dan terjumpa lah petua ini. Oh ye ~ Aku baru teringat aku pernah buat petua kat bawah ini tapi aku guna lendir daun bunga raya jer. Hehe :)
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.
Tapi memang betul lah weh ~ Guna lendir daun bunga raya memang mujarab untuk masalah-masalah macam kita ini *Eh kita ker? Haha ;D Aku pernah try. Hehe
Eh sesape yang dah baca entry ini boleh tak tolong tenangkan jiwa dan perasaan aku yang tengah resah gelisah ini? Aku rasa sedih sangat-sangat bila rambut aku asyik gugur jer ~ Yelah ~ Rambut kan mahkota bagi setiap wanita :(
I miss my old hair yang panjang, lembut dan beralun T______T
Eh sesapa lagi tahu tak petua-petua ke atau apa-apa produk yang boleh kurangkan keguguran rambut? Tapi kan ~ Jenis rambut mengikut individu lain-lain. Huhu T___T
Salam. Eh eh eh aku suka giler dengan lagu ini ok? Jangan mengada-ngada nak kutuk pulak. Haha ;D
Walaupun aku tak minat Akim tapi aku rasa die cuteeeee giler dalam video ini. Haha :D Psst ~ I wish someone like Akim will appear in my life and say "Saya suka awak". Owh ~ So sweeeeettttttt lol ~ :)
Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta
Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta
Ulang Chorus
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta
Eh eh eh ~ Korang jangan ingat aku ini terror bab-bab Nuffnag ini ! Aku pun baru join, bulan Februari hari tue. So masih bayi lagi.
Apa yang aku nak cakap ini adalah berdasarkan apa yang aku tahu. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan erk? Maaf zahir dan batin ! Wakakak ;DDD
Nuffnag ini adalah satu syarikat pengiklan di Asia Tenggara yang melibatkan negara Malaysia, Singapura, Australia dan Filipina. Aku rasa semua orang dah tahu kan?
Yang korang tak tahu adalah pasal iklan-iklan, buffered earnings dan meterred earnings. Ok, meh rapat-rapat, aku nak bagitahu :D
Iklan-iklan atau lebih dikenali sebagai CPC kat blog kita ni bukannya selalu ada ok? Perasan tak, kadang-kadang ada dan kadang-kadang tak :) Let me tell you something. Selalunya iklan-iklan ini akan ada kat blog korang waktu tengah malam.
Hah ~ Bila dah tahu waktu iklan waktu tengah malam, korang rajin-rajinlah blogwalking masa tue! Insyallah ~ Kalau ada orang yang singgah blog korang, dia akan klik kan Nuff korang :) Selalunya iklan-iklan ni tak banyak sangat dapat duit die.
Buffered Earnings atau lebih dikenali CPM adalah iklan yang tetap di blog anda. Kiranya macam syarikat pengiklan tu dah beli blog korang untuk siarkan iklan dia. Macam blog aku, iklan CPM aku yang masih berjalan ialah Pizza Hut dan Dutch Lady :) Alhamdulillah ~
Macam mana nak detect iklan buff nie? Senang jer ~ Kalau korang tengok asyik iklan yang sama je duk berkelip-kelip kat blog korang, maka cepat-cepatlah cek di Nuff korang :) Kat bahagian Earnings korang ok? :)
Tapi macam mana nak dapatkan Buffered Earnings? Scroll down ke bawah :)
- Poll survey
Jawab soalan-soalan tu dengan menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami. Kau ingat dia faham ke bahasa SMS kita nie? Haha ;D Jangan harap lah weh ~ Jawab ikut BM pun boleh maaa ~ Hehe ;D
- Update Blog Selalu
Dalam 3-4 jam, update sekali. Tak kisahlah nak update apa-apa pun. Pasal cerita ke, tips ker, lagu ker, isu-isu semasa ker ~ Lantak kau ~ Yang penting update ok? :)
- Trafik Tinggi
Lepas tu rajin-rajinlah ping blog korang kat Geng Blogger. Hehe. Bila dah ping, mestilah orang akan masuk blog korang. Secara tidak langsung, trafik akan naik :) Lepas tu rajin-rajinlah blogwalking ok? Tolonglah ~ Blogwalking adalah elemen terpenting dalam kehidupan kita sebagai ahli blog nie. Kata nak duit lebih kan? So kena lah rajin. Hehe :D
Metered Earnings. Hah ~ Yang ini aku baru dapat semalam. Aku pun tak tahu sebenarnya tapi setelah dibantu oleh para bloggers yang baik hati, aku dah tahu pasal Metered Earnings nie. Hehe ;D
Bila satu kempen atau iklan buff di korang dah tamat, dia akan jadi Metered Earnings lah ~ Haha ;D Faham tak?
Bila dah tamat, duit semasa iklan Buff tu akan masuk dalam akaun semasa korang. Kiranya macam ini, semasa iklan Buff korang tengah berjalan, korang dapat RM 15. Bila dah tamat iklan buff, die akan jadi metered kan? Jadi, duit RM15 akan masuk dalam akaun semasa korang yang tertera kat bahagian bawah sekali di bahagian Earnings. Faham? :D
Aku rasa setakat ini je lah yang mampu aku kongsi kat korang semua. Kalau ada salah dan silap, mintak maaf banyak-banyak ! Aku pun bukannya terror sangat tapi apa salahnya kan kongsi-kongsi sikit apa yang kita tahu. Sharing is caring :)
Harap-harap apa yang aku bagitahu ini mampu tolong korang semua dalam usaha nak dapat duit lebih. Hehe ;D Alahai ~ Sape dia lah yang tak nak duit kan? Semua orang nak :)
Sape dialah yang search keywords ni? Haha ;D
Tapi takpelah ~ Bagi menjawab soalan itu, aku jawab jugak ok? Hehe
- Sebab orang tu sunyi
- Sebab orang tu ada kredit lebih
- Sebab orang tu nak bosan
- Sebab orang tu nak cari pakwe/makwe segera ! Haha ;DDD
p/s : Tak kenal siapa Ah Chong? Baca entry ini dan ini :) Anda akan faham maksud saya. Muahaha ;D
Psstt ~ I dah siap dah isi borang permohonan PTPTN secara online tadi !
p/s : Hari ini jugak aku dah tengok gambar si Dydy tue. Hell no ! Ada rupa ! Haha ;DD
p/ss : Anyone yang tak tahu/blurr/tak faham lagi pasal permohonan PTPTN? I boleh tolong. Ask me for it. Insyallah ~ :)
Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu
Korus:
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh…
VIP di hatiku
Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
VIP di hatiku 2x
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x
Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
VIP di hatiku 2x
Salam. Hari tu aku re-postkan balik entry pasal kawan aku cerita pasal kisah cinta aku kan? Hehe :p Kali ini aku nak ceritakan balik kisah cinta kawan aku nie. Hehe
Kawan aku, Cycy *bukan nama sebenar telah meninggalkan aku sebab die masuk matrix *lokasi dirahsiakan. Sedih jugaklah sebab mula-mula aku dengan dia mempunyai hala tuju yang sama tapi entah macam mana entah, die pergi matrix jugak. Huhu
Sepanjang die pergi tue, boleh dikatakan tiap-tiap hari kitorang mesej. Kadang-kadang die call aku. Haha ;DDD Die je call aku sebab die guna postpaid. Yelah ~ Kawan rapat kan? Macam-macam cerita yang kitorang bertukar :)
Baru-baru ini dia hantar mesej. "..Mai, aku dah crush dengan sorang budak akaun.." Bila aku baca mesej die tu, terus aku gelak-gelak dan tersenyum. Aku rasa kelakar giler mesej die tu dan serta-merta aku terbayangkan muka die. Haha ;DDD
Sebab apa aku gelak? Sebab apa aku rasa mesej tu kelakar? Sebab Cycy ni seorang yang berjiwa keras. Erm ~ Macam mana erk aku nak cerita kan kat korang? Senang cakap, die ni jenis yang tak percaya bab-bab cinta cintun nie. Haha ;DDD Selalunya dia akan cakap "..Aku akan bercinta selepas aku kahwin.." Haha ;DDD Sekarang apa kes weh? Haha ;DD
Dan selepas itu, kitorang selalu mesej cakap pasal Dydy *nama samaran budak laki tue. Haha ;D Aku memang teruja giler nak tahu pasal Dydy ni sebab aku nak tengok die ni jenis lelaki yang macam mana sampai kawan aku tu dah angau separuh mati. Haha ;DDD
Ada sekali tu aku pernah cakap "..Eh kau berdoalah banyak-banyak. Mana tahu die jodoh kau kan? Macam Kak Ceera dengan hubby dier tue. Bercinta kat matrix lepas tu kahwin. Sekarang dah nak dapat anak dah pun.." Dan dan tu jugak kawan aku, Cycy tu aminkan dan berdoa agar jodoh die ditetapkan dengan Dydy. Haha ;D Memang sah sah kau dah angau weh ! :D
Aku dah dengar macam-macam kisah cinta dari kawan-kawan aku. Ada yang sweet ~ Ada yang sour ~ Ada yang salty ~ Eh macam makanan pulak! Haha ;DDD
Kisah cinta aku? Nanti aku cerita taw ~ Hehe ;D Tapi yang tak boleh blah kisah cinta aku masa aku Darjah 5. Weh ~ Darjah 5 tueeeee ~ Haha ;DDD Kelakar pulak bila teringat-ingat balik. Haha ;DDD
Cinta itu hebat.
Cintu itu agung.
Sebab apa?
Sebab cinta itu mampu mengubah seseorang :)
Anda setuju? :)
Metered Earning. Apakah Itu? Anyone Answer Me Pleaseeee ~
Sorry you guys ! Im quite busy today lah ~ Hehe ;D
Dan sekarang baru bangun dalam keadaan yang segar bugar selepas mandi ! yeah ~ ;D
Esok kena pergi jog lagi ~ Haih ~ =.="
[Topik] Kalau Dah Break Up, Janganlah Pergi Kutuk Orang Tu Pulak ~
Salam. Tadi aku mesej dengan kawan rapat aku, Fyra aka Nescafe 3 in 1 tue. Dia pesan dia akan update blog die masa die balik cuti bulan 7 nie. Haha ;DDD Dia tak ada masa nak update blog sebab kehidupan di matrix sangat-sangat sibuk. Haha ;DDD
Masa tengah mesej-mesej dengan die, tertimbul lah cerita pasal kawan sekelas kitorang yang boleh dikatakan nerd di pandangan mata aku dengan Fyra nie. Haih ~ Kesian kat die sebab baru putus dengan boyfriend die.
Apa yang buat aku rasa macam nak marah dan annoying giler dengan XBF die tu adalah die boleh kutuk pulak kawan aku tu dekat wall FB die. Hey ! Kau tahu tak itu adalah terlalu public ! Semua orang boleh baca komen kau tahu tak?!
Kawan aku tue (aku panggil die Timah lah) tak ada pulak cakap apa-apa. Masa die tukar status ke single, ramai orang tanya, termasuklah aku. Yelah ~ Semua orang nak tahu sebab dia memang terkenal dekat sekolah dengan sifat die yang macam nerd dan kelakar tue
Tapi Timah ni punyalah baik, hanya cakap "..Nak buat macam mana, tak ada jodoh.." Aku nak jugak tahu kenapa diorang boleh putus sedangkan baru couple dalam 5 bulan rasanya. Haih ~ Tapi tak ada respon dari die. Maybe sedih kot ~
Bila aku tengok XBF die punya wall, dia update status sangat-sangatlah mengannoying kan ! Sumpah weh ~ Yang aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka dia adalah bila dia cakap macam ini "Kau ingat kau ada pakwe hensem, kau boleh tuduh macam-macam. Shil*n*t betul punya perempuan.." Eh korang rasa 'pakwe hensem' tu dia merujuk kepada diri dialah kan? Pfft ~
Aku just nak tekankan kat sini. Dah putus tu, jangan lah pergi kutuk-kutuk pulak. Tak baik taw ~ Aku hairan betul lah ~ Dulu masa tengah tangkap leleh dengan Timah tu, pijak semut pun tak mati. Madah cinta pujangga semua sedap jer dengar. Sayang, cinta, rindu ~
Tapi bila dah putus, sedap-sedap je keluar kan bahasa kasar. Aku cakap terus terang ok. Aku tak suke betul dengan lelaki yang macam ini. Hiprokirt ! Jahat ! Eh eh ~ Apasal tetiba aku jadi emo nie? Haha ;DDD
Kepada kaum-kaum lelaki, tolonglah jangan buat macam tue kepada kaum wanita walaupun korang dah putus. Eh kalau dah putus pun, boleh kawan kan? Aku dengan XBF-XBF aku *Wah ~ Macam banyak je XBF kau. Haha ;DDD boleh je kawan. Kamceng woo sampai sekarang. Kadang-kadang aku rasa keputusan kitorang untuk bercouple adalah salah sama sekali. Hehe
Aku faham. Maybe sukar nak kawan balik dengan XBF kita kan? Yelah ~ Orang yang selalu berkongsi suka dan duka kita dan orang yang pernah bertakhta di hati kita tetiba pergi macam tu jer. Lepas tu jadi kawan jer. Ibarat macam ini lah ~ Kau berada dekat dengan aku tapi aku tak dapat menyentuh kau. Gituuuu ~ Haha ;DDD
Kepada perempuan pulak, aku nak nasihatkan janglah terlalu percaya sangat dengan lelaki. Hehe :D Bukannya nak hasut korang tapi kadang-kadang perlu ada jugak sifat curiga dan berhati-hati jika melibatkan hal-hal lelaki. Aku takut jadi macam ini lah ~ Dia sedap-sedap je kutuk kita dan akibatnya kita yang tanggung malu.
Eh tapi ada jugak kes yang mana perempuan kutuk laki kan? Haih ~ Macam-macam lah ~ Pening kepala aku =.="
Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti
Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Ulang Chorus
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Ulang Chorus 2X
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu